Rasanya tak lengkap bagi seorang lelaki melangkah keluar dari rumah tanpa secalit atau semburan minyak wangi di badan.
Pada zaman kini minyak wangi bukan lagi dianggap sebagai item mewah semata tetapi sebagai pelengkap dan keperluan asas yang diperlukan oleh seorang lelaki maskulin.
Seperti pelbagai jenis produk lain minyak wangi juga terbahagi kepada beberapa peringkat harga. Bagi yang ingin tampil wangi dan mempunyai daya penarik hebat pasti tidak rugi jika anda laburkan sedikit wang membeli pewangi yang berkualiti.
Pelakon terkenal British, Ed Skrein yang sering muncul sebagai antagonis diangkat menjadi ikon BAD BOY.
SEKITAR PELANCARAN
Pada majlis pelancarannya beberapa selebriti terkenal seperti Aiman Hakim, Wak Doyok, Harris Baba, Venice Min dan Farah Nabilah turut sama memeriahkan majlis.
Ads
Antara jenama minyak wangi yang mampu menyerlahkan daya penarik anda ialah Carolina Herrera. Bagi penggemar jenama ini, siri 212 pastinya antara minyak wangi yang sentiasa menjadi pilihan.
Antara selebriti kacak yang hadir Azreil Ismail, Aiman Hakim, Wak Doyok, Harris Baba dan Ammar Alfian.
Tapi berbeza untuk keluaran terbaru apabila Carolina Herrera memperkenalkan siri minyak wangi terbarunya, BAD BOY.
MASKULIN berkesempatan memenuhi jemputan eksklusif Carolina Herrera pada majlis pelancarannya di Suria KLCC minggu lalu. Mungkin anda tertanya-tanya apakah konsep yang dibawakan oleh minyak wangi terbaru diberi nama julukan BAD BOY ini.
Ads
BAD BOY disamping GOOD GIRL, wangian versi wanita.
DUA KARAKTER BERBEZA
Muncul dengan konsep ikon rebel, BAD BOY membawa dua karakter berbeza oleh seorang lelaki iaitu gagah dan sensitif. Ia bersesuaian dengan slogannya, ‘It’s so good to be bad’.
Simbol kilatnya pula membawa definisi heroism dan kekuatan dan ia menjadi pembawa simbol personlaiti lelaki bad boy yang tak boleh dijangka, unik, menarik dan ada daya tarikan tersendiri.
Carolina Herrera BAD BOY EDT kini boleh didapati di pasaran.
Minyak wangi Carolina Herrea Bad Boy EDT kini boleh dapati di pasaran pada harga RM390 (100ml) dan RM290 (50ml).
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kini lelaki berjanggut bukan satu perkara yang pelik, malah ia sudah menjadi satu trend. Lelaki berjanggut juga menjadi pelengkap untuk lelaki yang ingin kelihatan jantan. Mengikut kajian sebuah universiti luar negara mengatakan, 70 peratus wanita di seluruh dunia gemarkan imej lelaki berjanggut.
Malah Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik dan juga seorang pendakwah, dalam satu ceramahnya mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat lelaki berjanggut. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.
Ini 10 kelebihan jika lelaki berjanggut. Bukan anda seorang saja yang dapat kelebihan, isteri anda pun akan dapat manfaatnya.
1. Melembapkan kulit wajah
Kulit wajah terbina dengan ejen pelembap tersendiri yang dikenali sebagai ‘sebaceous glands’. Ia bertindak menegeluarkan minyak semula jadi yang menjadikan kulit kekal lembap. Menyimpan jambang yang tebal akan membantu melindungi kulit wajah daripada terkena angin yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
2. Elak masalah jerawat
Menyimpan janggut juga sebenarnya boleh membantu melindungi kelenjar sebum daripada dijangkiti oleh bakteria jerawat. Vulgaris juga mencegah terjadinya masalah jerawat dan bintik hitam.
3. Beri perlindungan daripada sinaran UV
Hasil kajian dari University of Southern Queensland menerusi jurnal bertajuk “Radiation Protection Dosimetry” mendapati bahawa bahagian wajah yang tertutup dengan janggut rata-ratanya sepertiga lebih rendah terdedah dengan sinaran ultra violet yang membahayakan. Ini sekali gus memberi perlindungan terhadap sinar ultra violet matahari 90 hingga 95 peratus. Bahkan kajian yang dijalankan di Australia juga membuktikan perkara yang sama.
4. Kurangkan gejala asma dan alahan
Jika anda mengalami alahan debunga, debu dan gejala asma, jambang sebenarnya membantu sebagai penapis bagi mengelakkan kuman sampai ke permukaan wajah. Lebih besar janggut yang anda simpan, maka lebih banyak bahan pencemaran yang dapat ditapis setiap hari.
5. Pahala buat isteri
Sebaik sahaja isteri celik mata dari tidur, rebutlah peluang pahala dengan merenung wajah suami. Kemudian usap lembut jambang suami dari dagu hingga ke penghujungnya.
6. Galakkan kesuburan wanita
Kajian yang dilakukan oleh para saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat berjudul “The Amazing Fact of Human Body” mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia membantu menstabilkan kitaran haid, selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita dengan cara sentuhan dan belaian pada jambang atau janggut suami.
7. Sensasi ciuman yang berbeza
Wanita lebih menikmati ciuman dengan lelaki berjanggut berbanding lelaki yang wajahnya mulus tanpa janggut. Ini kerana janggut akan membuatkan pasangan rasa geli, sekali gus menambahkan keintiman saat mencium suami.
8. Calon ayah yang baik
Kajian dari University of New South Wales dalam jurnal yang bertajuk “Evolution and Human Behaviour” mengatakan bahawa wanita berpendapat lelaki yang memiliki janggut adalah lebih menarik serta dilihat sebagai calon pasangan dan ayah yang baik.
9. Sesuai dijadikan pasangan romantik
Hasil kajian yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun mendapati tarikan yang dimiliki oleh selebriti terkenal seperti George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham adalah disebabkan oleh wajah mereka yang berjanggut dan membiarkan wajah mereka tidak dicukur bersih. Mereka juga menyifatkan lelaki berjanggut paling sesuai dijadikan pasangan romantik.
10. Kurangkan tanda penuaan dan awet muda
Seorang ahli dermatologi dari London bernama Dr Nick Lowe mengatakan bahawa janggut membantu melindungi kulit agar tetap sihat dan mengurangkan tanda-tanda penuaan sekali gus membuatkan lelaki awet muda. Ini kerana pendedahan terhadap sinaran matahari yang sedikit membuatkan lelaki yang berjanggut kelihatan lebih muda berbanding mereka yang tidak mempunyai janggut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tip penjagaan wajah ala pelakon Korea, patutlah kulit glowing. Setiap selebriti pasti mempunyai cara tersendiri untuk menjaga kulit mereka, termasuk para pelakon lelaki Korea.
Tip Penjagaan Wajah Ala Pelakon Korea, Patutlah Kulit Glowing
Mereka juga mengamalkan rutin penjagaan kulit menggunakan produk skincare. Tidak hairanlah jika para pelakon ini sentiasa kelihatan menawan dengan kulit yang bersih dan berseri.
Berikut adalah lima tip penjagaan kulit wajah ala pelakon Korea. Nak tahu siapa mereka? Jom, baca hingga habis!
1.Hyun Bin
Hyun Bin menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi hyaluronic acid atau asid hialuronik untuk mengekalkan kesihatan kulitnya. Asid hialuronik berupaya menegangkan kulit serta mencegah pelbagai tanda penuaan seperti kedutan pada wajah. Kandungan asid hialuronik mampu menjadikan kulit lebih anjal dan terhidrat dengan baik. Inilah rahsia penjagaan wajah Hyun Bin yang membuatkan dia kelihatan awet muda.
2. Song Joong Ki
Pelakon Korea ini masih kelihatan awet muda walaupun sudah berusia 38 tahun. Song Joong Ki rajin menggunakan produk skincare yang mampu menghidrat kulit dan sentiasa memakai pelembap. Selain itu, dia juga memberi perhatian khusus kepada kawasan sekitar mata dengan menggunakan eye cream dan masker mata. Ini bertujuan untuk mencegah kemunculan kedutan serta garis-garis halus di bahagian tersebut.
3. Kim Soo Hyun
Masker wajah adalah rahsia kulit sihat Kim Soo Hyun. Pelakon berusia 34 tahun ini menganggap masker wajah sebagai produk yang praktikal dan mampu menutrisi kulitnya dengan cepat. Sebagai contoh, sebelum menghadiri acara penting, dia akan menggunakan masker pelembap yang mengandungi vitamin C bagi menjadikan wajahnya kelihatan lebih berseri dan glowing.
4. Park Seo Joon
Park Seo Joon sangat mementingkan penjagaan kulit wajah. Dia kerap menggunakan sheet mask sekali sehari bagi memastikan kulitnya sentiasa lembap. Selain itu, dia juga mengamalkan tiga langkah asas penjagaan kulit, iaitu mencuci wajah, menggunakan toner, dan akhirnya memakai pelembap. Rutin inilah yang membuatkan kulitnya sentiasa kelihatan flawless dalam setiap penampilan.
5. Park Bo Gum
Tidak ketinggalan, Park Bo Gum juga rajin menggunakan skincare bagi memastikan kulitnya kekal sihat dan awet muda. Dia lebih gemar menggunakan produk asas seperti pelembap yang mengandungi SPF bagi melindungi kulitnya daripada sinaran matahari.
Itulah lima tip penjagaan kulit wajah yang diamalkan oleh pelakon Korea. Anda juga boleh mencuba rutin ini untuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri!
Penampilan pada wajah sama ada berjambang, berjanggut, bermisai atau ‘clean’ merupakan pilihan masing-masing. Setiap lelaki ada keselesaan sendiri dalam menentukan gaya penampilan wajah mereka. Namun tidak semua orang boleh ‘carry’ dengan setiap penampilan berbeza.
Sejak dari dahulu lagi lelaki yang mempunyai karakteristik ada rambut di wajah dianggap sebagai satu simbol kelelakian. Maka tidak hairanlah mengapa ramai wanita menganggap lelaki berpenampilan seperti ini sangat menarik di mata mereka.
Kali ini MASKULIN ingin perkatakan tentang penampilan lelaki bermisai. Sebut sahaja misai pasti ramai yang terbayang penampilan A.Galak dalam siri TV dan filem aksi ‘Gerak Khas.
Tidak ramai lelaki berani menyimpan misai dan bereksperimen dengan gayanya. Tapi tahukah anda sebenarnya terdapat ramai wanita yang suka kepada lelaki bermisai?
Berikut MASKULIN kongsi beberapa sebab mengapa dalam dia wanita sebenarnya suka lelaki bermisai.
ELEGAN
Lelaki bermisai boleh tampil lebih elegan dengan gaya pakaiannya yang tampak stailo. Misai mampu menjadikan lelaki nampak lebih sofistikated serta berkeyakinan tinggi. Ini salah satu karakteristik lelaki yang diidamkan oleh wanita.
LEBIH MATANG
Wanita mahu berdampingan dengan lelaki yang matang bukannya lelaki berlagak anak muda remaja yang nampak keanak-anakan. Dalam kebanyakan budaya misai dianggap sebagai simbol kematangan seorang lelaki.
Lihat sahajalah karakter-karakter lelaki macho di dalam filem. Ramai di antaranya bermisai dengan lagak sangat macho. Lelaki bermisai tidak perlu bekerja keras untuk tampak segak dan macho di hadapan wanita. Cukup sekadar mengukirkan satu senyuman manis. Pasti ramai hati yang berdebar kencang.
Seorang lelaki yang menjaga penampilan bermisai dengan baik secara tidak langsung menunjukkan bahawa dia seorang yang kemas. Biar nampak macam selekeh tapi sebenarnya lebih kemas berbanding orang lain.
DEFINISI KACAK
Bagi ramai wanita, lelaki bermisai membawa simbol kesuburan dan ketampanan. Misai juga menjadi indikasi bahawa seorang lelaki sudah berubah daripada remaja kepada lelaki dewasa. Jadi tidak hairanlah ramai yang mendifinisaikan lelaki bermisai sebagai kacak.
Buat anda yang ingin menyimpan misai, lakukanlah dengan baik. Penjagaan rapi boleh membawa imej yang sangat baik kepada anda. Ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik gaya hidup lelaki terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.