Fesyen

Minyak Wangi Lelaki Paling Best & Tahan Lama, 9 Bau Ini Memang Padu!

Share

Memilih minyak wangi yang sesuai bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri, malah juga boleh menarik perhatian. Bau yang tepat boleh meninggalkan kesan mendalam, terutamanya apabila ia tahan lama.

Sseorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai Iqbal Aromatic berkongsi 9 perfumes terbaik untuk golongan lelaki.

Iqbal merupakan peminat minyak wangi sejak dibangku sekolah lagi, dan dia mempunyai target untuk mengumpul 200 botol minyak wangi dalam masa setahun.
Wah, ni mesti ilmu minyak wangi memang penuh didada kan. Hiks!

Jom kita lihat antara minyak wangi yang telah direkomendasi oleh lelaki ini.

1. Paco Rabbane (Pure XS)

Harga RM250

Twitter: Iqbal Aromatic

Baunya seperti vanilla coke, sesuai dipakai pada waktu malam kerana aromanya yang tenang membuatkan orang disekeliling berasa selesa dengan kita.

Ketahanan: 4/5

2. Versace Dylan Blue 100 ML

Harga RM230

Twitter: Iqbal Aromatic

Gabungan bergamot, ambroxan dan blackpapper, kalau korang jalan pakai minyak wangi ni memang orang akan ‘toleh belakang’. Sumpah tak tipu. Hiks! Sangat versatile untuk dipakai dalam apa jua majlis.

Ketahanan: 4/5

3. Versace Eros EDP (New version)

Harga RM330

Twitter: Iqbal Aromatic

Siapa yang pernah pakai Eros EDT, mesti korang akan lebih tertarik dengan Eros EDP ini kerana ketahanan Eros EDP lebih padu berbanding EDT. Perempuan memang suka bau perfume ini, so ia wajib ada dalam koleksi lelaki.

Ketahanan: 5/5

4. Lacoste Blanc 100 ML

Harga RM160

Twitter: Iqbal Aromatic

Gabungan grapefruit, ylang-ylang, cardamom membuatkan drydown itu mempunyai aroma White Floral.

Ketahanan: 4/5

5. Dior Sauvage EDP

Harga RM470

Twitter: Iqbal Aromatic

Bagi yang jenis kuat berpeluh, Dior Sauvage ini blend dengan peluh jantan, baunya akan jadi lebih sedap. Minyak wangi ini best seller di Sephora walaupun harganya agak mahal tapi memang berbaloi.

Ketahanan: 5/5

6. YSL Y (EDP) 40 ML

Harga RM260

Twitter: Iqbal Aromatic

Memang superb gila, pakai pagi pergi kerja, petang masih ada bau lagi. Perempuan pun kebanyakannya suka bau perfume ini. Kalau korang suka vibeshower gel’, boleh cuba yang ini. Notes ambroxan membuatkan perfume ini sangat versatile.

Ketahanan: 5/5

7. Moschino Toy Boy 100 ML

Harga RM347

Twitter: Iqbal Aromatic

Kalau korang suka bauan Ros, bolehlah cuba yang ini. Baunya agak keras tapi tetap mengekalkan elemen maskulin.

Ketahanan: 5/5

8. JPG Ultramale 75 ML

Harga RM280

Twitter: Iqbal Aromatic

Sweet bubblegum, sesuai kalau korang nak pakai pergi tempat sesak, sangat mass appealing. Wajib ada dalam koleksi lelaki sebab perfume ni memang rare

.

Ketahanan: 5/5

9. Armaf Club De Nuit Intense Man

Harga RM180

Twitter: Iqbal Aromatic

Ini adalah dupe kepada Creed Aventus kerana Creed harganya mahal, so alternatifnya korang boleh cuba yang ini. Tahan lama dan aroma smokey vibe tu paling best.

Ketahanan: 4.5/5

Mana satu perfume yang sesuai dengan personaliti anda. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit info dan manfaat.

Sumber: Iqbal Aromatic

BACA LAGI : Bateri Kereta Cepat ‘Kong’, 6 Punca & Tip Boleh Tahun Sampai 3 Tahun

Artikel diambil dari REMAJA

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Nana