Kalau bercakap tentang minuman, tiada apa yang paling sedap melainkan datang secara terus dari sumber semulajadi.

Antara minuman yang cukup terkenal di kalangan masyarakat Melayu khususnya yang tinggal di pesisir pantai ialah air nira.

MenaRiknya air nira ini bukanlah senang untuk kita perolehinya terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Negara kita cukup bertuah kerana dikurniakan pelbagai jenis tumbuhan buah-buahan yang memberikan banyak manfaat seperti pokok kelapa.

Sejak dari kecil kita telah didendangkan tentang betapa berjasanya pokok kelapa kepada kehidupan seharian.

IKLAN

Bermula daripada batangnya yang boleh dibuat sebagai titi, daunnya sebagai pembalut ketupat, buahnya yang boleh dijadikan santanm airnya yang boleh diminum serta dahannya yang mengeluarkan air nira.

BACA: Memang Terbaik, Ini 8 Khasiat Buah Kelapa Yang Ramai Orang Tak Tahu!

Minuman Super! Khasiat Tak Terjangka Air Nira Yang Hebat Untuk Kesihatan Lelaki 
Proses memgumpul nira kelapa bukanlah satu kerja yang mudah.

Penghasilan air nira bukanlah muda kerana ia perlu ditadah menerusi dahan yang dipotong. Penjual atau petani yang mengutip air nira pula perlu menunggu untuk bekasnya penuh. Dan jika air nira dibiarkan terlalu lama pun tak boleh juga. Jangan anda minum air nira yang masam dan mengandungi alkohol sudahlah ya.

IKLAN

Ikuti khasiat air nira yang boleh memberikan manfaat kesihatan kepada anda.

ATASI SEMBELIT

Salah satu khasiat air nira yang mungkin anda tak tahu ialah dapat mengatasi masalah sembelit. Punca utama terjadinya sembelit ialah kekurangan serat dalam pengambilan makanan seharian. Dan serat merupakan elemen yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Air nira mengandungi kaya dengan vitamin, vitamin A, asam amino, serat, protein dan banyak lagi

IKLAN

TURUN SUHU BADAN

Selain itu, air nira juga sesuai diminum oleh mereka yang alami deman panas. Ia dikatakan sangat bermanfaat untuk menurunkan suhu panas dalam badan sama ada kanak-kanak ataupun dewasa.

Minuman Super! Khasiat Tak Terjangka Air Nira Yang Hebat Untuk Kesihatan Lelaki 

KESIHATAN TULANG

Air nira juga dikatakan mampu membantu kesihatan tulang kita. Seperti mana anda tahu tulang dalam badan memerlukan vitamin untuk berfungsi dengan sempurna. Seiring dengan peningkatan usia, tulang anda makin hari makin raput kalau anda mengabaikan penjagaannya.

BEKALKAN TENAGA

Minuman air nira dapat menyegarkan tubuh disiang hari. Ini boleh memberikan tenaga kepada anda untuk bekerja. Minuman ini akan membuatkan anda kekal aktif dan tidak mudah lesu. Selain itu, khasiat lain minuman ini adalah dapat memperkuatkan otot, menguatkan sel-sel tubuh badan, membantu penjagaan mata dan melawaskan pencernaan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI