Minuman Kurus Ini Buat Perut Kenyang Tanpa Makan Malam. Hanya Guna 4 Bahan!

Share

Bila berat badan dah mula naik, mulalah hati risau. Terus potong selera nak ambil makan malam kerana takut makan malam penyebab berat anda tak turun-turun. Kini anda tak perlu risau kerana ada minuman kurus untuk buat perut anda kenyang tanpa makan malam.

Nurul Moleek Cereprove menerusi page Masak Apa Hari Ni (MAHN) berkongsi petua menyediakan minuman kurus untuk buat perut kenyang tanpa makan malam hanya guna 4 bahan. Petua ini juga mampu mengatasi masalah sembelit yang dihadapinya.

Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba!

PETUA KURUS & ATASI SEMBELIT STAIL OMPUTIH

Petua ni saya dapat kat blog mat salleh. Saya try amal memang ok sangat2 la. Saya amal minum malam. Saya minum pukul 7 pastu memang kenyang sampai tidur. Sembelit memang dah takde langsung. Susu pun takde masalah. Banyak je untuk baby. Yang best tu perut rasa kenyang je amal ni. Ada banyak resipi lain tapi sy share yang ni dulu la. Sapa nak share, silakan. Saya halalkan ye.

Ni bahan2 untuk 1 serving ye. Means untuk sekali minum.

  • 1 biji epal hijau
  • 2 biji kurma
  • 1 sdt serbuk Kayu Manis Ceylon
  • 1 gelas susu (saya pilih susu berkrim tu sebab rasa lemak lagi sedap hehe. Nak lagi bagus pilih yang low fat punya)

* Saya amalkan Kayu Manis Ceylon tu sebab khasiat dia yang lagi baik dari kayu manis biasa. Dari segi rasa, Aryan Kayu Manis Ceylon ni kurang rasa rempah dia dan lebih manis dan sedap sebab gred paling tinggi.

Cara buat dia senang je. Potong buah kurma & epal tu kecik2. Jangan buang kulit epal ye sebab kandungan Flavonoid yang ada kat kulit tu bagus untuk pelihara jantung dan elakkan stroke.

Masukkan susu & buah2 yang dipotong tadi. Nak lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dalam ni saya tak masukkan ais. Then masukkan Kayu Manis Ceylon tadi.

Blender sampai halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS tau. Minum semua sekali.

BACA: Wanita Kongsi 26 Resipi Overnight Oats, Sesuai Untuk Diet & Kurangkan Kolesterol!

Dah siap. Boleh amal setiap hari. Buncit2 lepas mengandung pun dah kurang bila selalu amal ni hihi.

Ni khasiat yang saya baca kat website dia:

– Kayu Manis Ceylon mengawal paras glukosa & dan mengawal penyimpanan lemak.
– Kandungan karbohidrat & kombinasi serat tinggi mampu beri rasa kenyang lebih lama.
– Singkirkan toksin dari badan.
– Atasi sembelit & usus tersumbat.
– Boleh mencegah masalah perut dan usus.

BACA: Kena Periksa GI Kalau Nak Makan Roti Untuk Diet, Doktor Ini Kongsi Cara Pilih Yang Sesuai!

Ni hasilnya… rasa pun sedap manis + masam sikit. Nak minum 2 gelas pun ok je ni.

Published by
Roselinda