“Minum” Makanan Ini Dan Kekal Hidrat Sepanjang Hari

Share

Ketika anda sedang berdiet, tentu anda akan rasa dahaga yang amat melampau kerana badan anda kekurangan hidrat. Pada waktu itu, anda akan mula teguk air masak dengan rakus setiap kali anda selesai bersenam. Dalam proses seseorang itu berdeit, air memainkan peranan penting dalam memastikan berat badan anda menurun. Namun, siapa larat nak minum air lebih dari 8 gelas sehari kan? Kevin Zahri ada mengatakan bahawa seseorang yang ingin menurunkan berat badan harus memasatikan bahawa urin anda jernih namun minum air yang sangat banyak, akan membuatkan anda berkawan rapat dengan tandas.

Apa yang kita tahu ialah penting untuk kekal terhidrasi. Air boleh membantu dengan pengawalan berat badan kerana ia membuatkan anda berasa kenyang, ia membuang toksin dari badan kita, dan buah pinggang kita memerlukan air untuk berfungsi. Jadi, jika anda tak larat nak minum air sepanjang masa, apa kata anda makan makanan ini yang turut mengandungi air membantu anda untuk menurunkan berat badan.

 

Timun

 

Tak kiralah timun tempatan atau timun jepun, khasiat yang terdapat dalam timun bukan saja dapat membantu anda menurunkan berat badan, malah ia dapat membantu untuk mencantikkan kulit anda. Timun mengandungi kira-kira 95 peratus air, ia jugakaya dengan potassium, yang boleh membantu mencegah strok. Selain itu, ia mengandungi bahan anti-radang, fisetin, yang boleh mencegah sakit otak.

 

 

Tembikai

Ada antara anda ambil buah ini sebelum makan, dan ada antara anda yang ambil buah ini selepas makan. Tak kira masa mana anda ambil makanan ini, ia amat baik untuk tubuh anda. Air yang terdapat dalam buah tembikai ini turut membantu anda terhidrasi kerana ia mempunyai kira-kira 92 peratus air. Tahu dah ramai minat dengan buah tembikai ni, jadi makan tembikai dengan banyak tidak mencemarkan kesihatan anda.

 

 

Lobak merah

Ada yang takut nak ambil lobak merah ini dengan kuantiti yang banyak kerana ia tergolong dalam persatuan Karbo. Jangan terlalu sterotaip dengan fakta ini, anda juga tahu selain daripada lobak merah baik untuk mata, ia juga mempunyai kandungan air yang membantu anda untuk terhidrat sepanjang hari.

 

 

Cauliflower

Ramai yang mengamalkan diet Atkins menggantikan nasi dengan cauliflower ini. Tindakan anda itu bagus! Namun, jika anda tidak mengamalkan diet Atkins, anda juga boleh menikmati cauliflower ini dalam masakan mudah (bukan yang berminyak). Ia mengandungi 92 peratus air dan serat yang tinggi, dengan 3.5 gram dalam satu cawan cauliflower yang dimasak. Ini juga merupakan cara mudah untuk ‘makan air’.

 

 

 

Published by
Maiya Deen