Kopi merupakan sejenis minuman yang paling popular untuk diminum pada pagi hari. Ini kerana kopi mengandungi kafein yang dapat membangkitkan semangat anda. Itulah sebabnya ada orang yang merasa hari mereka tidak sempurna dan tidak berfungsi jika belum minum kopi di pagi hari.
Walaupun perkara seperti ini dilihat normal, namun ternyata sebuah kajian yang dipaparkan di laman web dailymail.co.uk menyarankan agar anda tidak meminum kopi di pagi hari.
Ads
Menurut pakar, ketika di pagi hari tubuh anda mempunyai hormon cortisol yang mencukupi dan bertindak untuk membuatkan badan anda kekal cergas, aktif dan terjaga. Jadi sebenarnya badan anda telah menghasilkan ‘kafein’ secara semulajadi dan tidak perlu lagi meneguk secawan kopi atau apapun minuman yang mengandung kafein.
Ads
Ini adalah hasil penilitian dan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychosomatic Medicine. Pakar perubatan telah melakukan penelitian dan mendapati bahawa waktu paling baik untuk menikmati kopi setiap hari adalah di antara pukul 9.30 dan 11.30 pagi kerana kafein akan memberi tindak balas dengan hormon kortisol yang membantu tubuh bekerja lebih cergas dan aktif serta meningkatkan kewaspadaan.
Pada waktu pagi, minuman kopi anda mungkin berguna dan mempunyai kesan efektif jika dinikmati di antara pukul 9.30 dan 11.30 pagi.
Ads
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semalam merupakan Hari Kesihatan Mental Sedunia di mana ia membawa kepada kesedaran dan juga sokongan kepada mereka yang berdepan masalah ini.
Dari segi definisinya kesihatan mental merujuk kepada keadaan kesejahteraan emosi, psikologi, dan sosial seseorang individu.
Ia melibatkan bagaimana seseorang berfikir, merasa, dan bertindak apabila berhadapan dengan kehidupan seharian. Kesihatan mental juga membantu menentukan bagaimana kita mengendalikan tekanan, berhubung dengan orang lain, membuat pilihan, dan membuat keputusan.
Kesihatan mental bukan hanya ketiadaan gangguan mental. Ia melibatkan kemampuan seseorang untuk menikmati kehidupan, mencapai keseimbangan antara aktiviti kehidupan dan usaha untuk mencapai ketahanan psikologi, serta berfungsi dengan baik secara sosial dan bekerja dengan produktif.
Gangguan kesihatan mental boleh mempengaruhi pemikiran, perasaan, dan tindakan seseorang. Contoh-contoh gangguan kesihatan mental termasuk kemurungan, kebimbangan, gangguan makan, dan gangguan adiktif.
Penting untuk memahami bahawa kesihatan mental adalah sebahagian penting dari kesihatan keseluruhan seseorang individu. Memelihara kesihatan mental memerlukan usaha berterusan, pemahaman diri, dan sokongan dari orang sekeliling.
Dan perkara ini sebenarnya banyak berlaku di kalangan lelaki. Namun di atas beberapa faktor kebanyakan lelaki seakan tidak tahu atau berada dalam penafian bahawa mereka ada isu kesihatan mental. Kenapa perkara ini boleh berlaku?
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa sebab mengapa lelaki sukar untuk tampil ke hadapan bagi menghadapi masalah ini.
Norma Sosial dan Budaya
Tidak dinafikan di dalam banyak masyarakat termasuk di Malaysia, lelaki seringkali dilihat sebagai tunjang kekuatan dan ketabahan.
Oleh itu, mereka mungkin merasa malu atau lemah untuk mengakui bahawa mereka memerlukan bantuan atau sedang mengalami masalah kesihatan mental.
Takut Dihakimi
Kebanyakan lelaki mempunyai rasa takut bahawa mereka akan dihakimi oleh masyarakat atau rakan-rakan mereka jika mereka mengakui bahawa mereka memerlukan bantuan. Ini boleh menyebabkan mereka memilih untuk menyembunyikan perasaan mereka dan tidak mencari bantuan.
Kesedaran mengenai kesihatan mental di kalangan lelaki mungkin agak berkurangan berbanding dengan wanita.
Oleh sebab itu, lelaki mungkin tidak sedar tanda-tanda awal masalah kesihatan mental berlaku kepada mereka atau bagaimana untuk mendapatkan bantuan segera.
Cara Atasi Masalah
Lelaki cenderung untuk mencari cara alternatif untuk mengatasi masalah kesihatan mental. Salah satunya seperti melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
Atau lebih teruk mula terjerumus dengan substans terlarang atau alkohol yang bukan sahaja tidak berkesan malah boleh memburukkan lagi keadaan.
Kurangnya Sumber
Di beberapa tempat, sumber untuk kesihatan mental yang khusus untuk lelaki mungkin kurang atau tidak dikenali dengan baik, yang membuatkan lelaki merasa kesulitan untuk mendapatkan bantuan yang sesuai.
Jadi amat penting untuk kita semua terutamanya golongan lelaki meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental di kalangan lelaki dan memberi sokongan kepada mereka yang memerlukannya. Kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal, dan tiada siapa pun harus merasa malu untuk mencari bantuan.
Ingat, mencari pertolongan itu bukanlah satu kelemahan tetapi ia adalah kekuatan yang luar biasa untuk keluar dari belenggu masalah kesihatan mental.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah perut buncit adalah perkara paling ditakuti, tidak kira lelaki mahupun perempuan, penampilan diri amatlah dititikberatkan. Ini salah satu cara bagaimana untuk mengempiskan perut yang semakin membesar. Selamat berjaya!
Ya, kali ini anda boleh cuba petua ‘ajaib’ dan mudah ini, cukup berkesan hilangkan perut buncit seawal seminggu dan boleh mengurangkan selera makan anda…
Bahan2 :
1.Sebiji Lemon
2. Halia dalam dua atau 3 inci
3. Air 1.5 liter
Seeloknya di buat waktu malam dan dibiarkan sejuk semalaman sebelum diminum pada keesokan harinya.
cara penyediaan :
– Masukkan 1.5 liter air dalam periuk dan panaskan. Masukkan lemon yang dah dipotong dan halia yg telah di umbuk ke dalam periuk tersebut.
-Biarkan didih selama 5 minit. Jangan lupa kacau.
-Selepas 5 minit didih, kecilkan api dan biarkan selama 10 minit. Tutup periuk dan tinggalkan ruang sedikit semasa tempoh 10 minit tersebut.
-Padamkan api, dan tutup habis periuk tersebut. Letak benda berat supaya wapnya tidak mudah keluar.
Cara minum :
Seteguk dua sahaja sekali minum. Maksudnya satu periuk tu boleh di habiskan dalam masa sehari. Letakkan dalam bekas minuman dan boleh di bawa ke pejabat. Minum sedikit-sedikit, dilarang minum selepas jam 8 malam. Banyakkan minum air masak.
Perkongsian dari FB Ibrahim Yop
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penularan wabak COVID-19 tidak mengenal negara, bangsa dan agama. Ia kini telah merebak boleh dikatakan kes semua negara di dunia.
Bagi negara Teluk, Qatar merupakan antara negara yang terjejas teruk dengan hingga ke hari ini sebanyak 401 kes telah dilaporkan positif virus tersebut.
Namun negara Qatar adalah jauh lebih kecil berbanding negara kita. Malah populasinya juga jauh lebih kecil dengan hanya 2.63 juta penduduk sahaja. Berbeza dengan negara kita dianggar kira-kira 33 juta.
Jadi peratusan jumlah kes mengikut jumlah penduduk jauh lebih tinggi. Menyedari akan hal tersebut kerajaan Qatar telah mengambil beberapa langkah drastik bagi mengurangkan penyebaran wabak COVID-19.
Berikut merupakan antara langkah-langkah pencegahan penularan yang dilakukan oleh Qatar.
MENGHENTIKAN PENERBANGAN MASUK
Bermula Rabu ini, semua penerbangan masuk ke Doha akan dihentikan selama 14 hari.
MENGHENTIKAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM
Semua sistem pengangkutan awam termasuk metro dan bas dihentikan serta-merta.
KERJA DARI RUMAH
Bagi mana-mana individu yang berusia 55 tahun ke atas, wanita hamil dan individu memiliki penyait kronik boleh melakukan kerja dari rumah.
PENUTUPAN SEKOLAH
Sistem pembelajaran akan digantikan dengan e-learning bermula pada 22 Mac 2020. Pelajar dari Gred 1 sehngga Gred 11 wajib mengikuti sistem pembelajaran ini sehingga diberitahu kelak.
Manakala bagi pelajar Gred 12 yang menduduki peperiksaan akan menduduki peperiksaan di ibu pejabat peperiksaa. Bagi pelajar sekolah private dan universiti, pelbelajaran akan dilakukan secara jarak jauh.