Tak dapat dinafikan kopi merupakan antara minuman paling popular di kalangan lelaki. Malah di kalangan rakan-rakan terdekat MASKULIN di pejabat juga ramai yang setiap hari tak boleh hidup tanpa kopi.
Budaya minum kopi juga kini menjadi salah satu gaya hidup moden yang menjadi satu perkara biasa. Maka tak hairanlah pelbagaian rangkaian serta jenama menjual produk berasakan kopi muncul di pasaran tempatan.
Menariknya minuman kopi ini dinikmati tidak mengikuti masa. Ada yang gemar minum di waktu pagi. Malah ada juga yang menjadikan kopi sebagai minuman yang membuatkan mereka berasa lebih segar pada waktu malam.
Namun tahukah anda dalam kajian terbaru menunjukkan orang yang minum kopi 6 cawan atau lebih dalam sehari mempunyai risiko lebih tinggi mendapat sakit jantung?
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, Public Health Malaysia berkongsi sebuah posting tentang kajian yang dilakukan oleh penyelidik di University of South Australia.
Berikut merupakan perkongsian page tersebut di Facebook;
Ads
RISIKO LEBIH TINGGI
Siapa suka kopi? Admin pun suka. Pagi, petang, malam, tak sah kalau tidak minum kopi sekali dalam sehari. Pelbagai jenis kopi dihidangkan pada waktu pagi/sahur sebelum kita memulakan aktiviti harian. Pada waktu makan tengahari dengan kopi ais, minum petang dengan nescafe, makan malam dengan kopi panas, dan lewat malam dengan kopi starbucks.
Namun tahukah anda, kajian terbaru yang telah dilakukan oleh penyelidik di University of South Australia menunjukkan, meminum kopi sebanyak 6 cawan atau lebih dalam sehari boleh merosakkan kesihatan kita dengan meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga 22%!
Buat pertama kalinya, paras maksima telah diletakkan pada minuman kopi.
Ads
KESAN KOPI TERHADAP FIZIKAL
“Kopi merupakan perangsang yang paling biasa digunakan di dunia. Ianya menjadikan kita sedar, meningkatkan tenaga, dan membantu kita fokus, tetapi ramai yang selalu tanya, berapa banyakkah kopi yang dianggap sebagai terlalu banyak?” kata Prof Hypponen, penyelidik kopi berkenaan.
Kebanyakan anda akan bersetuju, jika anda meminum kopi pada kuantiti yang banyak, anda akan berasa gelisah, mudah marah, cepat terasa, dan mual. Kafien membantu badan anda bekerja dengan cepat dan kuat, namun, jika anda alami simptom di atas, ianya mungkin menunjukkan anda berada pada tahap keupayaan maksima pada hari tersebut.
“Kita juga tahu, risiko penyakit kardiovaskular meningkat dengan darah tinggi, dan salah satu punya adalah kafien yang berlebihan. Untuk menjaga kesihatan kita, kita perlu menghadkan pengambilan kofi kepada kurang daripada 6 cawan sehari. Pengambilan kurang daripada itu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular” kata Prof Hypponen.
Ads
Dianggarkan, sebanyak 3 billion cawan kopi sehari dinikmati penduduk seluruh dunia. Seperti makanan dan benda lain, kesederhanaan adalah langkah terbaik untuk kesihatan anda.
Sumber
1. Elina Hypponen, Ang Zhou. A cup of Joe and you’re good to go (Under 6 a day and you’re A-OK). University of South Australia. 2019.
2. Ang Zhou, Elina Hypponen. Long-term coffee consumption, caffiene metabolism genetics, and risk of cardiovascular disease: a prospective analysis of up to 347,077 individuals and 8368 cases. The Americal Journal of Clinical Nutrition. 2019. 109(3). pg 509-16. https://doi.org/10.1093/ajcn/nqy297
Jerawat di dahi biasanya dikaitkan dengan masalah dalam sistem pencernaan.
Ini mungkin menunjukkan kita mengalami kesulitan dalam menghadam makanan tertentu.
Ia juga boleh menandakan kita mengalami
Masalah hati
Tekanan
Jadual tidur yang tidak teratur
Dahi adalah salah satu kawasan paling biasa di mana jerawat batu muncul dan menyebabkan rasa tak selesa yang amat sangat.
PUNCA JERAWAT DI DAHI?
Jerawat di kawasan dahi boleh berlaku kerana beberapa sebab, di bawah ini disenaraikan punca tersebut.
1.PRODUK KOSMETIK YANG KURANG SESUAI.
Jerawat di dahi boleh berlaku disebabkan oleh solekan atau syampoo rambut tertentu yang mungkin tidak sesuai dengan kita.
Bahan kimia dari dalam syampu atau losyen tertentu boleh meleleh dari rambut kita semasa digunakan & terkena kulit di kawasan dahi.
Ini akan merengsakan kulit dahi yang sensitif & mengakibatkan pori / liang roma tersummbat yang akhirnya menyebabkan masalah jerawat.
2. KULIT KEPALA BERMINYAK & MASALAH KELEMUMUR.
Kelemumur dan minyak berlebihan di kulit kepada hasil dari peluh boleh menyumbat liang liang roma kulit & menyebabkan jerawat batu. Kelemumur adalah salah satu penyebab paling biasa masalah jerawat dahi. Lelaki dan wanita yang mempunyai kulit kepala berminyak juga terdedah kepada jerawat di dahi, dada atas dan bahagian belakang badan.
3. TERLALU BERLEBIHAN DALAM MENGELUPAS KULIT MATI.
Kita memang di galakkan untuk melakukan proses pengelupasan menggunakan produk skincare seperti toner dan sebagainya. Tetapi biarlah secara sederhana.
Pengelupasan memang akan membantu dalam menghilangkan sel kulit mati dari permukaan kulit yang akan menyumbat liang roma & menyebabkan jerawat batu.Tetapi, jika dilakukan secara berlebihan boleh menyebabkan jerawat dan kerengsaan pada kulit.
SO, HOW NAK HILANGKAN JERAWAT DI DAHI?
AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT!
Antara cara terbaik untuk menghilangkan jerawat, kawal apa yang kita makan sebaiknya.
Pastikan kita sentiasa makan makanan seimbang yang kaya serat. Makanan seperti buah-buahan & sayur-sayuran berdaun hijau bukan saja kaya khasiat, malah sangat baik untuk kesihatan kulit.
Elakkan makanan yang mempunyai no indeks glisemik tinggi iaitu makanan yang kaya gula. Makanan indeks glisemik tinggi seperti kek, roti putih meningkatkan tahap gula darah dan menggalakkan jerawat
Pastikan kita minum air kosong secukupnya.
Kurangkan pengambilan makanan berasid.
Berhenti merokok.
Jangan minum minuman beralkohol. Arak itu haram untuk orang Islam.
Amalkan makan yang kaya serat untuk detoks toksin dalam badan & membantu sistem penghadaman yang lebih sihat.
REHAT DAN LAKUKAN SENAMAN SECARA BERDISIPLIN.
Rehat dan senaman yang mencukupi merupakan dua cara hidup yang mudah untuk diamalkan jika kita ingin menghilangkan dan mencegah jerawat. Senaman akan mengurangkan tahap hormon kortisol yang menyebabkan tekanan & badan kita akan menghasilkan hormon endorfin yang akan menenangkan fikiran.
JAGA KEBERSIHAN DIRI.
Islam itu agama kebersihan, bukankah kebersihan itu separuh daripada iman? Kita di galakkan bersugi setiap kali sebelum solat.
Amalan menjaga kebersihan sangat membantu dalam mengelakkan masalah jerawat.
Pastikan kita sentiasa membersihkan kulit dengan baik untuk mengurangkan pembentukan minyak / sebum yang akan menyumbat liang roma kulit kita.
Pembentukan minyak akan cenderung untuk memerangkap bakteria dan menggalakkan pembentukan jerawat. Kita juga boleh kerap mengamalkan produk skincare yang bagus untuk mengelupas (exfoliate) kulit.
Ini akan membantu menghilangkan kulit mati di permukaan kulit yang akan menyebabkan pori tersumbat & menyebabkan jerawat.
JANGAN SESEKALI TEKAN JERAWAT.
Jangan tekan jerawat kerana ini akan memburukkan lagi pelarian, menyebabkan tanda parut atau jangkitan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mengubah gaya hidup menjadi lebih aktif dan sihat bukan suatu perkara yang mudah. Ramai individu mampu membuat perubahan sedemikian namun tidak ramai yang berjaya mengekalkan perubahan itu dalam kehidupan mereka.
Hal ini kerana masih ramai orang yang mempunyai tanggapan yang salah terhadap gaya hidup yang sihat.
Menurut pempengaruh kecergasan Abdul Hanif Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Hanif Loid, beliau berpendapat yang orang ramai masih menganggap mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat itu merupakan sesuatu yang ‘megah’.
“Kenapa orang rasa sukar, sebab orang ingat kita harus bermula dengan megah. Kita harus start dengan gym, kena bayar membership, kena beli dumbell, kena beli pakaian sukan, kena start makan salmon dan salad hari-hari.
“Saya membantu lebih ramai orang faham bahawa anda boleh mulakan dengan makan tempe, nasi ayam, nasi goreng, Maggi dengan telur, dengan tuna atau sardin,” kata Hanif kepada Maskulin ketika ditemui di sidang media Tiktok Awards 2023 minggu lalu.
Tambahnya, dengan bersenam selama 10 minit sahaja di dalam jadual aktiviti harian anda pun sudah memadai untuk memulakan perjalanan hidup yang lebih sihat.
Dari segi pemakanan pula, Hanif menyarankan untuk makan apa sahaja makanan yang telah tersedia di rumah anda tanpa perlu membeli bahan makanan yang bukan kebiasaan bagi anda.
Dengan perubahan yang tidak drastik sebegini, Hanif percaya yang seseorang akan mampu meneruskan perjalanan gaya hidup sihatnya dengan lebih lama memandangkan mereka masih menikmati kehidupan seperti biasa.
“Macam mana saya boleh bertahan selama 16 tahun sebab saya mulakan dengan 10 minit sehari dan saya mulakan dengan apa yang saya nampak dekat rumah. Telur, sayur, makan sahaja.
“Satu kesilapan yang banyak orang ingat is you kena start big. To me, enjoy life… Bila you enjoy life, you seronok dengan semua benda, you raikan semua perkara, you dah start jaga badan dah waktu tu,” tambahnya.
TERCALON TIKTOK AWARDS 2023
Hanif yang mempunyai lebih 577,000 pengikut di Tiktok itu turut tercalon bagi anugerah kategori “Best Of Sports” di Tiktok Awards 2023 di samping pencipta kandungan berpengaruh lain yang juga di bidang kecergasan.
Temasya anugerah berprestij meraikan pencipta kandungan atas talian yang julung kali diadakan di Malaysia itu juga bakal disiarkan secara langsung di media arus perdana pada 27 Ogos ini, iaitu di TV3 bagi acara utama dan di TV9 bagi acara karpet merah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ya, mungkin anda sendiri pun sudah banyak kali mendengar tentangnya. Tapi cuba tanya diri sendiri bilakah kali terkahir anda melakukannya, Senaman basic yang mudah dilakukan ini sebenarnya sangat baik terutamanya untuk anda yang ingin membina otot bahagian badan, tangan dan lengan.
Malah ia juga senaman untuk orang yang paling malas bersenam. Tak perlu banyak bergerak sangat pun dan hanya memerlukan sedikit ruang sahaja.
MASKULIN jamin anda akan dapat rasakan perubahan pada diri sama ada dari segi fizikal dan mental. Jadi apakah yang akan berlaku kepada anda selepas sebulan melakukannya setiap hari. Ikuti jawapannya di bawah!
LEBIH BERTENAGA
Selepas beberapa melakukannya anda akan rasakan perubahan pada fizikal. Badan anda akan rasa lebih bertenaga dan kurang lesu apabila bangkit dari tidur. Apabila genap sebulan anda melakukan 10 push up, badan anda akan rasa lebih ‘ringan’. Ini kerana dengan melakukan senaman kadar denyutan jantung anda akan bertambah lalu suhu badan juga jadi makin stabil. Dan ini berkait rapat dengan tenaga dalaman.
PERUBAHAN LUARAN
Walaupun ada kemungkinan badan tak berubah ketara dari segi fizikal namun dengan melakukan senaman ini selama sebulan badan anda akan rasa lebih pejal. Maksudnya di sini otot-otot penting seperti perut, tangan dan kaki akan menjadi lebih kuat.
TERAS BADAN LEBIH KUAT
Antara kelebihan melakukan push up, ia mampu menguatkan otot bahagian abdomen atau dalam erti kata lain menguatkan teras badan anda. Ramaik orang otak sedar bahawa senaman push up memberikan faedah kepada keseluruhan bahagian badan. Lalu dengan melakukan 10 push up selama sebulan anda dapat membina teras yang lebih kuat.
JADI MAKIN SENANG
Selepas melakukan senaman ini selama sebulan anda akan dapati lama-kelamaan push up akan rasa mudah dilakukan. Malah anda boleh meningkatkan jumlah push up kepada dua kali ganda dengan senang. Mungkin untuk bulan seterusnya anda boleh lakukan 20 push up setiap hari selama sebulan. Selain itu speed anda melakukan push up juga bertambah.
MENTAL LEBIH TENANG
Setiap hari anda ada misi tersendiri iaitu harus melengkapkan 10 kali push up. Ini secara tak langsung anda melatih diri untuk lebih berdisiplin. Dan apabila anda mampu mendisiplinkan diri, perkara lain juga anda akan boleh lakukan. Anda juga akan ada disiplin untuk menjaga pemakanan dan mengambil makanan lebih sihat setiap hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.