Minum Air Sambil Makan, Ada Kebaikannya Dapat Mencegah Makan Secara Berlebihan!

Share

Kita selalu dengar orang tua selalu membebel jangan minum sambil makan, tidak baik untuk kesihatan? Namun adakah benar atau orang tua-tua hanya ‘bebel’ sebab mahu jimat airnya?

Kali ini MASKULIN ada jawapannya, menurut Syaza Nutritionist,

Mitos: air yang diminum sewaktu makan akan mencarikan asid perut dan enzyme percernaan yang akan membuatkan perut susah mencerna makanan sebenarnya

Jawapan: Tidak Benar! Sistem pencernaan akan menyesuaikan kadar rembesan asid dan enzyme mengikut konsistensi makanan.

Mitos: Jika minum masam / berasid sambal makan, akan membuatkan air liur (saliva) berkurangan dan menyukarkan badan Ketika untuk mencerna makanan.

Jawapan: Tidak Benar, minuman masam sebenarnya boleh meningkatkan penghasilan saliva. Tiada bukti saintifik menyatakan ianya akan mempengaruhi penghadaman dan penyerapan nutrient. Tapi jika berlebihan boleh menyebabkan sakit perut.

Mitos: Air yang diminum akan mempercepatkan penghadaman dan membuatkan makanan tak boleh dicerna dengan baik.

Jawapan: Tidak benar. Dalam satu kajian yang menganalisis pengosongan perut mendapati, walaupun air melalui sistem penghadaman lebih cepat daripada makanan, ia tak mempengaruhi pencernaan makanan.

Namun minum sambil makan mempunyai beberapa kebaikannya, antaranya seperti …

#1: Melancarkan & membantu pengjadaman

#2: Minum air dapat mencegah makan secara berlebihan

#3: Minum air kosong dapat mengurangkan pengambilan kalori

Published by
L.A