Kalau post lepas Bangun Tidur Terus Rasa Gemuk? Kevin Zahri Tahu Puncanya anda dah hadam dengan masalah gemuk air, kali ini Kevin nak kongsikan kepada anda pula 7 cara untuk membuang gemuk air.
Jika anda bersenam untuk membuang lemak, air juga akan turut terbuang
Minuman seperti kopi, teh dan lain-lain adalah duiretik iaitu ia membantu anda membuang air. Elakkan pengambilan tanpa gula dan susu, kerana teh o kosong dan kopi o kosong tidak mempunyai kalori.
Garam ni umpama pasir yang menyerap air. Kurangkan garam dalam setiap masakkan. Ini membantu anda kurangkan masalah hypertension atau tekanan darah tinggi.
Badan anda tidak dapat menghadamkan serat dan terpaksa membuangnya melalui sistem perlawasan. Tapi untuk membuang serat yang sememangnya kering, ia memerlukan banyak air. Ini “rahsia” kebanyakkan diet Detox.
Kenapa mesti takut minum air kalau gemuk air? Anda perlu banyakkan minum air untuk membuang lebihan air yang tidak perlu dalam badan.
Ia adalah musuh kepada (sodium) garam. Potassium penting untuk mengawal keseimbangan lendiran badan. Pisang memang sering menjadi makanan kegemaran atlet-atlet kerana ia kaya dengan potassium untuk stabilkan lendiran badan.
Setiap gram karbohidrat (nasi, roti, buah, mee dan lain-lain) perlulah lebih kurang 3g air untuk dihadamkan. Jadi, kalau diet anda tinggi dengan karbohidrat, sememangnya badan anda terpaksa mengurangkan air berlebihan. Sebagai panduan, elak gula ringkas, pilih yang mengandungi banyak serat dan jangan lebih dari segenggam untuk pengambilan nasi.