Jika anda seorang lelaki yang mementingkan gaya tetapi masih mahu mengekalkan keselesaan serta minimalisme pastinya anda mahukan seleksi pakaian yang ideal untuk cuaca tropika.
Koleksi terbaru UNIQLO Spring/Summer 2025 adalah sesuatu yang patut anda nantikan. Berpegang kepada konsep Modern Neo Classic, koleksi ini mengambil inspirasi daripada suasana musim bunga di Copenhagen yang tenang dan musim panas di Athens yang penuh warna, menghasilkan pakaian yang bersahaja tetapi tetap bergaya.
UNIQLO sentiasa menekankan falsafah LifeWear mereka, yang menggabungkan reka bentuk ringkas, berkualiti tinggi, dan berfungsi dalam setiap helaian pakaian.
Koleksi kali ini menampilkan pemilihan warna neutral yang mudah dipadankan, siluet yang segar, dan lapisan pakaian yang ringan bagi memberikan keselesaan sepanjang hari.
Sama ada untuk bersantai di hujung minggu atau menghadiri acara kasual, koleksi ini menawarkan pilihan pakaian yang versatil dan mudah disesuaikan mengikut situasi.
Rekaan klasik yang dikemas kini dengan sentuhan moden menjadikannya sesuai untuk lelaki yang menghargai gaya tanpa perlu berusaha terlalu keras.
‘Kain Bernafas’ Untuk Cuaca Malaysia
Cuaca panas dan lembap di Malaysia sering menjadi cabaran dalam memilih pakaian yang sesuai.
Ads
UNIQLO menyelesaikan masalah ini dengan memilih fabrik yang sejuk dan bernafas seperti linen premium. Salah satu item utama dalam koleksi ini ialah Premium Linen Shirt, yang bukan sahaja bergaya tetapi juga memberikan keselesaan maksimum.
Selain itu, koleksi ini juga menampilkan Sport Utility Wear (SUW) yang terdiri daripada teknologi inovatif seperti AIRism, Dry-EX, dan UV Protection. Teknologi ini membantu memastikan pakaian kekal kering, ringan, dan mampu melindungi kulit dari sinaran matahari.
Ads
UNIQLO turut memperkenalkan koleksi UT (UNIQLO T-shirt) yang menampilkan reka bentuk eksklusif daripada inspirasi seni terkenal seperti Picasso, Peanuts, dan seni pop New York.
Ini memberi peluang kepada peminat fesyen untuk menyuntik elemen artistik ke dalam gaya harian mereka.
Untuk penggemar denim, Wide Straight Jeans daripada koleksi denim UNIQLO juga ditampilkan dalam musim ini. Potongan yang longgar tetapi kemas memberikan keseimbangan antara gaya klasik dan keselesaan.
Ads
Koleksi Spring/Summer 2025 UNIQLO bukan sahaja menawarkan pilihan pakaian yang bergaya tetapi juga mengutamakan keselesaan dan fungsi, menjadikannya pilihan yang ideal untuk lelaki moden.
Sama ada anda ingin tampil ringkas tetapi elegan, atau mencari pakaian yang fleksibel untuk pelbagai acara, koleksi ini pasti mempunyai sesuatu untuk anda.
Jenama fesyen ikonik dari Amerika Syarikat, Cole Haan telah mengumumkan pelancaran koleksi terbaru dalam ‘keluarga’ GrandPrø iaitu GrandPro Rally.
Koleksi terbaru ini merupakan koleksi kasut yang direka khas buat mereka yang inginkan gaya, keselesaan dan juga sifat vrsatality pada sneakers sama ada untuk lelaki atau perempuan.
GrandPrø Rally merupakan rekaan yang cukup laid back yang menggunakan bahan sangat ringan. Koleksi GrandPrø Rally menampilkan ciri-ciri seperti material breathable, upper dengan potongan laser dan kemasa yang berkualiti.
Gaya rekaan diseimbangi pula dengan binaan ringan yang bila dipakai tidak menggangu pergerakan kaki. Ia juga dilengkapi dengan tapak kasut yang cukup responsif serta lembut.
Ini sekali gus menjadikan koleksi GrandPrø Rally sebagai kasut yang selesa digunakan untuk sepanjang hari dalam apa jua keadaan dan aktiviti.
Jelas Ketua Pegawai Kreatif Cole Haan, Scott Patt, koleksi GrandPrø Rally menginovasikan semula kasut sukan klasik menjadi sepatu berprestasi tinggi baghi memenuhi gaya hidup aktif moden.
Koleksi ini kini boleh didapati di semua outlet Cole Haan seluruh negara dan juga di website rasminya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat lelaki yang ingin tampil lebih bergaya dan dalam masa yang sama menonjolkan status, jam tangan merupakan aspek yang cukup penting.
Selain ia membawa simbol status, jam tangan dalam kategori luxury atau mewah juga merupakan satu peranti yang boleh menjadi harta warisan selama bergenerasi lamanya.
Terbaru, “ThinKing” sebuah jam tangan mekanikal ternipis di dunia diperkenalkan dengan ketebalan hanya 1.65 milimeter (mm) dan berat 13.3 gram.
Reka bentuk luar biasa
Jam Tangan “ThinKing” Sumber: Oddity Central
Direka oleh pembuat jam terkemuka dari Rusia, Konstantin Chaykin, ThinKing merupakan prototaip inovatif yang tampil dengan reka bentuk luar biasa.
Reka bentuk casingnya yang sangat halus menjadikan jam ini mudah terdedah kepada tekanan biasa semasa dipakai.
Untuk melindunginya, tali jam khas daripada kulit buaya dengan sisipan elastik dan titanium digunakan untuk menyerap hentakan serta tekanan semasa pemakaian.
Jam tangan ultra nipis ini sarat dengan pelbagai inovasi teknikal, termasuk barrel penggulungan yang ultra nipis dan sistem dwi-roda imbangan.
Lebih nipis daripada syiling lima sen Amerika
Ketebalannya yang luar biasa juga mengatasi rekod sebelumnya dengan kelebihan 0.5 mm, menjadikan ia lebih nipis daripada syiling lima sen Amerika.
Jam Tangan “ThinKing” Sumber: Oddity Central
Untuk mencapai kejayaan ini, Chaykin mengaplikasikan idea-idea radikal dalam reka bentuknya, termasuk menggantikan pemutar jam klasik dengan paparan jam dan minit melalui dua tingkap berasingan.
Meskipun lebih rapuh berbanding jam tangan biasa, ThinKing diperbuat daripada keluli tahan karat khas yang mampu menahan tekanan harian.
Tidak hairanlah jam ultra nipis ini bernilai tinggi, mengambil masa lama untuk dihasilkan dan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi.
Namun, pengguna perlu memakainya dengan berhati-hati kerana ketipisannya membuatkan ia mudah rosak.
MASKULIN yakin setiap orang mempunyai warna kegemaran. Ia tidaklah salah kerana pemiihan warna kegemaran itu berlandaskan sebab masing-masing. Ada orang suka satu jenis warna itu kerana ia warna rasmi pasukan bola sepak kegemaran mereka. Tidak kurang juga yang memilihnya disebabkan kesesuaian jiwa tersendiri. Tapi tahukah anda setiap warna dalam gaya fesyen itu ada maksud tersendiri.
Bercakap tentang warna pula ia kadangkala bergantung kepada trend semasa. Sebagai contoh di luar negara, jika pada musim luruh atau sejuk warna yang lebih ‘mute’ pastinya menjadi pilhan ramai.
Dan bila tiba musim panas dan bunga warna putih dan lebih ceria menjadi trend yang membanjiri koleksi pereka terkenal global.
Bagi kita di Malaysia yang tidak mempunyai empat cuaca berbeza pula pemilihgan warna itu banyak bergantung kepada citarasa masing-masing. Sedar atau tidak kecenderungan kita memilih sesetengah warna sebenarnya barkait rapat dengan personaliti diri.
PUTIH
Melambangkan sesuatu yang suci dan segar. Ia membawa maksud simbol seseorang yang ingin memulakan kehidupan baru. Bak warnanya yang suci seperti kain kanvas yang menunggu dicoretkan artis. Ia juga melambangkan kemahiran kebersihan dan profesional.
MERAH
Melambangkan kekuasaan fizikal. Dari segi kebaikan ia melambangkan bahawa pemakai dapat menyelesaikan pekerjaannya. Secara negatif, ia melambangkan bahawa pemakai mengekspresikan paksaan dan agresif. Merah juga dikaitkan dengan tenaga seksual, dan juga kemarahan.
Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia melambangkan kuasa kerana ia menggabungkan tenaga fizikal kuasa mental merah dan kuning. Warna ini mewakili maksud pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang sangat kuat dan kompleks untuk separuh separuh orang.
KUNING
Warna tenaga mental dan dikaitkan dengan tarian intelektual dalam pelbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa sahaja yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian pada sesuatu, tetapi untuk setengah orang itu dia dianggap sebagai warna pemaksa. Terdapat juga sekutu kuning dengan sikap pengecut.
HIJAU
Warna yang wujud dari gabungan warna kuning dan biru. Hijau dianggap sebagai warna semula jadi. Ia berkaitan dengan pertumbuhan dan peningkatan dan dianggap sebagai warna yang baik bagi mereka yang bekerja dengan objek; benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain.
Sekiranya anda sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri. Ia juga merupakan warna yang baik untuk berehat dan menenangkan minda. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu.
Sejenis warna yang mampu meningkatkan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi .Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.
HITAM
Warna yang cukup stigma pada suatu ketika dahulu. Hitam adalah warna yang melambangkan kesedihan dan ketakutan. Hitam juga melambangkan sifat yang sofistikated dan kemampuan menyesuaikan diri.
Jangan lupa untuk ikuti sleksi vido menarik dan subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.