MINIfest 2023 Raikan Peminat MINI Dengan Pelbagai Aktiviti Seisi Keluarga

Share

Jenama automotif automotif premium kompak, MINI baru-baru telah meganjurkan MINIfest 2023 berlangsung di Sentul Depot pada 22 Julai lalu.

Dengan tema ‘Big Love, Big Fun’, ia menyaksikan pelbagai aktiviti diadakan di samping pameran kenderaan MINI yang cukup bersejarah.

Peminat MINI yang dikenali dengan gelaran MINIacs turut menikmati segala aktiviti yang dianjurkan pada kali ini.

Menurut Ketua MINI Malaysia, Linnet Yew, “Kami teruja kerana MINIfest 2023 sekali lagi dapat menghimpunkan warga MINIacs dari pelbagai latar belakang untuk menghidupkan semangat jenama MINI yang unik.

“Tema Big Love, Big Fun sememangnya merangkapkan semangat yang mewarnai acara ini seperti yang dijulang oleh MINI, bagi mencorak sebuah komuniti yang sihat, terdiri daripada para individu yang berkongsi semangat pengembaraan yang sama.”

“Kami juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada warga umum serta para pelanggan yang kami hargai atas kepercayaan yang terus diberikan kepada MINI, menjadikan Malaysia pasaran yang paling pesat bertumbuh bagi kami pada tahun 2022,” tambahnya.

Sehingga bulan Jun 2023, sebanyak 1,000 unit kenderaan MINI telah terjual menyaksikan ia jumlah tertinggi dalam tempoh 6 bulan. Sekali gus membuktikan sokongan hebat dari peminat jenama mereka.

BAGAIKAN KARNIVAL

Seramai lebih 2,300 warga MINIacs berhimpun di Sentul Depot dengan pelbagai aktiviti- aktiviti menarik untuk mereka seperti pameran MINI, sesi pandu uji yang eksklusif, dan jualan aneka barangan yang kreatif dan lestari.

Bagi mereka yang permainan karnival yang popular juga telah disediakan di perkarangan ini. Khususnya MINI Slingshot, menerusinya para peserta telah dilancarkan ke udara di mana mereka dapat menyaksikan acara ini dari satu sudut yang lebih menarik.

Para pengunjung juga telah membanjiri MINI Car Boot Sale untuk membawa pulang aneka barangan perhiasan, sementara pelbagai rakan jenama dan vendor tempatan mengambil peluang untuk menawarkan aneka kraf dan seni yang menarik, termasuk barangan fesyen serta aksesori rekreasi yang unik.

Hadirin yang mendaftarkan diri bagi acara tersebut juga telah berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang dipilih oleh MINI berserta rakan-rakan kongsinya, menerusi sesi-sesi cabutan bertuah yang diadakan sepanjang hari berkenaan.

Juga memeriahkan festival tersebut ialah booth MINI yang menawarkan aneka barangan eksklusif buat para peminat MINI, di samping stesen pengubahsuaian yang membolehkan pelanggan memperibadikan barangan MINI kesukaan mereka.

Menerusi kerjasama dengan Modle.play, para keluarga dan anak-anak kecil juga dapat menyertai dua bengkel menarik yang dirumus khas untuk mereka, di samping ruang permainan kanak-kanak yang lengkap dengan aneka mainan yang diperbuat daripada kayu.

Di antara pelbagai aktiviti dan pengalaman yang disediakan di acara ini, yang menjadi tumpuan utama ialah MINI Garage, di mana para pengunjung telah berpeluang untuk menelusuri sejarah dan evolusi jenama MINI yang mengagumkan.

Pameran ini membolehkan pengunjung meneroka legasi kenderaan MINI serta transformasinya yang inovatif dari detik ia diasaskan, dipersembahkan melalui peragaan jentera MINI Classic, MINI 3-Door R53, MINI 3-Door R56, MINI Coupe R58, MINI Countryman R60, dan MINI Paceman JCW R61.

Selain itu, para hadirin di MINIfest 2023 juga telah diberikan peluang yang eksklusif untuk memandu uji dua model MINI terbaharu – MINI 3-Door Hatch Cooper SE dan MINI Countryman, membolehkan pengunjung mengamati sendiri ciri-ciri kefungsian jentera ini yang canggih, di samping kelincahan dan prestasi luar biasanya yang sinonim dengan jentera MINI.

@maskulinmy Meraikan demokrasi, Baby Shima umumkan dia bakal bertanding pada PRN akan datang. Apakah manifesto bakal dibawa oleh penyanyi comel molek ini? #maskulin #majalahmaskulin #babyshima #maskulinbae #fyp #fypmalaysia ♬ April (No Vocals) – The Young Ebenezers
Published by
Farizul Izwany Ibrahim