Sebut sahaja kereta MINI mungkin ramai yang teringat dengan model klasik yang popular dibawa oleh Mr. Bean.
Namun kini, jenama MINI sudah sinonim menjadi simbol sofistikated, elegan dan premium terutamanya pada golongan eksekutif muda di kotaraya besar seluruh dunia.
Jenama premium ini kini dikenali sebagai pengeluar kenderaan kompak tercanggih yang menjadi idaman ramai pengguna terutamanya di kalangan lelaki.
Tahun ini menyaksikan MINI menyambut ulang tahunnya yang ke-60 sejak diperkenalkan pertama kali di Britain. Ia merupakan satu jangka hayat cukup lama bagi sebuah jenama pengeluar kereta terutamanya seperti MINI yang mengkhususkan penghasilan kereta kompak.
BACA: Suzuki Jimny, Simbol Lelaki Lasak & Seksi!
Bersempena sambutan ulang tahun ke-60, MINI Malaysia telah mengumumkan berita baik buat anda yang ingin membeli kenderaan MINI bermula 8 Julai sehingga 31 Ogos 2019.
MINI Malaysia memperkenalkan Program Inklusif Servis +Pembaikan MINI (MSRI) secara eksklusif buat semua kenderaannya yang dibeli pelanggan pada tarikh seperti yang dinyatakan di atas.
Secara tak langsung pemilik-pemilik baru semua kenderaan MINI akan layak menerima Servis Berjadual Percuma yang selama 60 bulan atau 80,000km (mana-mana yang dipenuhi dahulu) serta waranti selama 60 bulan tanpa had perbatuan.
Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, Sejak 1959, MINI tidak lekang mencabar batasan dan pada masa yang sama, masih mengekalkan identitinya yang berpaksikan penggunaan ruang yang kreatif, keseronokan pemanduan, gaya dan individualisasi.
Sempena meraikan ulang tahun ke-60 ini juga MINI Malaysia menjelaskan bahawa pihak mereka sangat berbesar hati untuk melanjutkan Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan kepada pemilik-pemilik MINI baharu untuk membawakan Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan.
Servis yang ditawarkan melalui Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan ini sejajar dengan sistem Servis Berasaskan Kondisi dan ia merangkumi pemeriksaan kenderaan, penukaran minyak enjin, serta servis untuk penapis udara, penapis bahan api, penapis mikro, palam pencucuh dan bendalir brek.
Buat anda yang sudah lama mengidamkan sebuah kereta yang hebat seperti MINI, mungkin inilah masa yang sesuai untui merealisasikan impian itu.