MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia pada hari ini telah memperkenalkan MINI John Cooper Works 3 Door dan MINI John Cooper Works Countryman yang terbaharu untuk pasaran tempatan.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Daripada tiga kemenangan yang digarap di Monte Carlo Rally pada tahun 1960-an, sehingga enam kejayaan yang dilakar di Dakar Rally baru-baru ini, keterujaan yang dibawakan oleh jentera MINI melalui DNA sukan permotorannya dibuktikan dari era demi era.
“MINI John Cooper Works 3 Door dan MINI John Cooper Works Countryman baharu merupakan hasil keulungan dalam sukan permotoran yang bersifat abadi, dan diperhalusi melalui kepakaran yang berusia bertahun lamanya di bawah nama ‘John Cooper Works’.”
Tambah beliau, “Nama ‘John Cooper Works’ terus meraih keterujaan dan kekaguman di Malaysia, seperti yang disaksikan melalui kejayaan luar biasa MINI Malaysia pada tahun 2020 yang mencatat penyerahan sebanyak 10% jentera John Cooper Works di peringkat tempatan. Dengan pengenalan model-model baharu ini, kami akan terus menyuntik nafas kepada sentimen ‘Big Love’ yang dijiwai oleh warga MINIacs.”
SENTUHAN MODEN, AURA KLASIK
MINI John Cooper Works 3 Door hadir dengan penampilan lebih moden. Luarannya tampil dengan gril radiator yang baharu yang besar dan berbentuk heksagon dalam satu komponen tunggal yang mengunjur ke bawah,
Ads
Ia memberikan iras kepada jentera lebih megah di atas dan di luar litar lumba. Turut dinaik taraf ialah lampu LED Adaptif (Adaptive LED) yang kini dilitupi dengan perumah dalaman baharu yang berwarna hitam. MINI John Cooper Works 3 Door baharu juga hadir dengan rongga udara penyejukan untuk memastikan sistem pemanduan dan brek berada pada tahap suhu yang optimum apabila jentera ini dipandu dalam kondisi ‘sporty’ yang ekstrem.
MINI John Cooper Works 3 DoorMINI John Cooper Works 3 Door
Ketutup sisi yang bertemakan model kenderaan juga menghiasi panel sisi hadapan serta apron belakang – dan apron belakang ini turut didatangkan dengan peresap khas untuk mengoptimumkan aliran udara di seksyen belakang. Malah pembaharuan reka bentuk yang dibuat juga membolehkan kedua-dua paip ekzos kenderaan ini dibingkaikan dengan sempurna.
Kuasa dan keterujaan yang tiada tandingannya – MINI John Cooper Works Countryman baharu turut hadir dengan eksterior yang diperhalusi dan gubahan aksen yang lebih moden, termasuk elemen rekaan yang baharu pada komponen gril radiator. Dari hadapan, kerencaman teknologi pencahayaan yang berkualiti tinggi kini dapat dilihat dengan lebih jelas, manakala perwatakan MINI John Cooper Works Countryman baharu diserlahkan melalui rekaan lampu khas yang bertemakan Union Jack.
Ads
MINI John Cooper Works CountrymanMINI John Cooper Works Countryman
Trim eksterior Piano Black menghiasi MINI John Cooper Works 3 Door serta MINI John Cooper Works Countryman baharu, ia turut mempamerkan hendal pintu, logo MINI, serta jata model dalam warna hitam berglos tinggi. Lampu hadapan LED Adaptif yang bersertakan distribusi cahaya berciri boleh ubah dan fungsi matriks bagi lampu puncak juga ditawarkan sebagai standard bagi kedua-dua model.
WARISAN DNA PERLUMBAAN JOHN COOPER WORKS
Jentera baharu MINI ini dikuasakan oleh enjin MINI TwinPower Turbo 2.0 liter 4 silinder, dibangunkan menerusi kepakaran John Cooper Works dalam bidang perlumbaan kereta. Turut digandingkan dengan Transmisi Steptronic Sport 8 Kelajuan, MINI John Cooper Works 3 Door baharu mampu menjana 231 kk (kuasa kuda) dan tork bernilai 320 Nm, serta berupaya memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 6.1 saat.
Jentera ini mempunyai kelajuan tertinggi mencecah 246 km/j. Penggunaan bahan api direkodkan pada paras 6.3 liter bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 kilometer, dengan emisi CO2 berkadar 143 g/km.
Ads
Ia juga dilengkapi sistem brek hebat, Brembomeliputi angkup brek dengan empat piston berserta cakera yang diventilasi dari dalam, termasuk angkup brek merah yang mempamerkan logo John Cooper Works.
Manakala MINI John Cooper Works Countryman pula hadir dengan enjin dengan kuasa tertinggi yang pernah dimuatkan di dalam MINI, iaitu Enjin MINI TwinPower Turbo 2.0 liter 4 silinder, berserta dengan sistem penyejukan khas. Oleh itu, ia dapat membekalkan output berjumlah 306 kk dan tork bernilai 450 Nm.
Dipadankan dengan sistem pacuan semua roda ALL4 yang hadir dengan fungsi kawalan pintar berserta Transmisi Steptronic Sport 8 Kelajuan, MINI John Cooper Works Countryman baharu mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 5.1 saat. Varian ini pula mempunyai kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j. Penggunaan bahan apinya direkodkan pada paras 7.6 liter bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 kilometer, dengan emisi CO2 berkadar 175 g/km.
Maklumat lanjut mengenai model-model MINI yang terbaharu ini boleh didapati di www.mini.my.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selain melakukan servis secara berkala terdapat beberapa perkara perlu anda tekankan dan ambil berat. Salah satunya tidak mengamalkan beberapa tabiat yang dipercayai boleh menyebabkan ia mudah rosak.
Bagi mengelakkan aircond kereta anda cepat rosak, pastikan anda ubah tabiat buruk dan adab semasa berada di dalam kenderaan.
Tidak kiralah apa jua kenderaan, sebagai individu yang akan berada di dalamnya pastikan anda elak 5 perkara ini.
BUKA TINGKAP KETIKA AIRCOND TERPASANG
Antara kebiasaan yang sering kita buat adalah membuka tingkap kereta terlalu lama biarpun ketika itu aircond masih terpasang.
Tindakan ini menyebabkan kompresor terpaksa beroperasi lebih dari biasa untuk mendapatkan suhu yang ideal, padahal tanpa sedar kita sedang membuka ruang yang sangat besar. Jika berlarutan, tidak mustahil aircond dalam kenderaan anda mudah dan cepat rosak.
Foto: Carcility
SUKA MEROKOK DALAM KERETA
Jangan biasanya diri untuk merokok sesuka hati termasuk semasa berada dalam kenderaan. Ini kerana asap serta debu dari rokok berisiko untuk tembus ke bahagian penapis udara dan pengaliran tersebut menyebabkan penapis jadi cepat kotor kerana habuk. Akibatnya, tahap kesejukan aircond dalam kenderaan menjadi tidak optimum.
KERETA BERSEPAH DAN BERHABUK
Ketahuilah jika anda membiarkan sampah dan kotoran bersepah dalam kabin, ia bukan sahaja menyebabkan kenderaan anda nampak bersepah malah debu juga boleh melekat secara berterusan.
Faktor ini memberi kesan kepada aircond kerana debu dan habuk yang terhasil akan masuk dan keluar dari penapis aircond sekali gus membuatkan komponen itu mudah untuk rosak.
PAKAI PEWANGI JENIS GEL
Pewangi jenis gel boleh berubah kepada gas dan berwap. Misalnya apabila terkena suhu sejuk, wap tersebut berubah kembali kepada bentuk gel dan boleh menghalang penapis dan evaporator atau cooling coil dalam aircond.
ENJIN DIMATIKAN SECARA MENGEJUT
Sebelum matikan enjin, sila tutup aircond terlebih dahulu. Jika tidak, semasa mahu hidupkan enjin, aircond terpaksa bekerja secara automatik. Anda perlu tahu bahawa bateri antara terbeban untuk beroperasi semasa enjin dihidupkan.
Disebabkan prestasi bateri tidak begitu maksimum, arus elektrik yang terhasil akan jadi kurang stabil dan perkara ini seterusnya mempengaruhi pengaliran elektrik bagi aircond.
Sehubungan itu, anda digalakkan untuk menggunakan pewangi yang bersifat cecair untuk mengelakkan perkara tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat anda yang mempunyai anak kecil pastinya sudah masak akan masalah ini. Pelbagai kesan kotoran disebabkan sisa makanan, minuman atau kesan muntah pasti sedikit sebanyak melekat pada kerusi kereta atau sofa di rumah.
Jika tempat duduk di dalam kereta memang sukar sedikit nak dibersihkan. Paling tidak kena bawa ke pusat cucian kereta untuk cucian lebih khusus. Pastinya ia memakan kos lebih mahal berbanding cucian biasa.
Usah risau ada cara dan tip yang boleh anda gunakan. Selain bersihkan seat kereta, anda juga boleh menggunakan cara ini untuk membersihkan segala kekotoran terutamanya pada bahagian panel pintu kereta dengan pantas.
Perkongsian bijak daripada Encik Radi tentang cara-cara membersihkan seat kereta ini boleh anda jadikan panduan.
– 2 sudu cuka
– 1 sudu baking soda
– Secawan air suam
Caranya:
1. Campurkan baking soda bersama dengan cuka dalam air suam
2. Kacau dan masukkan dalam botol spray
3. Sembur rata pada seat yang kotor dengan jarak 6-8 inci dari seat kereta tersebut
4. Gunakan berus lembut dan gosokkan pada bahagian yang kotor
5. Lapkan dengan kain microfiber yang telah dibasahkan dengan air
6. Ulangi langkah 3-6 hingga ia betul-betul jadi bersih
7. Keringkan dengan vacuum atau guna tuala microfiber hingga kering
Selain seat kereta, anda juga boleh semburkan ke bahagian-bahagian lain dalam kereta. Barulah bersih luar dan dalam. Apabila ada feel macam kereta baru, barulah hilang rasa stres nak jalan jauh.
Bukan sahaja mudah malah kosnya jauh lebih menjimatkan! Selamat mencuba ya.
Seperti mana yang kita semua sedia maklum, tayar merupakan salah satu komponen paling penting dalam memastikan kereta dapat bergeral dengan selamat. Disebabkan itulah kita tidak boleh ambil mudah dan sambal lewa tentang keadaan kondisi tayar sepanjang masa..
Setiap tahun banyak kejadian kemalangan berlaku akibat daripada kerosakan pada tayar. Kegagalan tayar berfungsi dengan baik ketika pemanduan boleh menyebabkan kereta hilang kawalan.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 perkara penting dalam penjagaan tayar.
Tekanan Angin Cukup
Salah satu tip untuk menjaga tayar adalah pastikan tekanan angin tayar anda cukup dan tidak kurang mahupun terlebih.
Tayar yang kurang tekanan angin akan menyebabakan kenderaan anda menggunakan petrol yang berlebihan.
Sebelum cucuk pam angin, periksa dahulu berapa tekanan angin yang diperlukan. Selalunya ia aka nada si sisi pinta sebelah pemandu. Jangan terus cucuk angin dan membuat andaian sendiri. Bimbang jika anda akan terlebih pam.
Andai kata anda ada duit lebih, elakan daripada membeli tayar ‘second hand’. Kerana bimbang kualiti tayar terjejas. Tetapi andai kata anda memang tiada pilihan lain dan terpaksa beli yang second hand pastikan kualitinya betul-betul berbaloi.
Rotating Tayar Setiap 10,000 kilometer
Proses tukar posisi tayar biasanya dilakikan sekirannya anda sudah mencapai 10,000km sekali. Malah bergantung pada kondisi tayar anda. Ini kerana, kereta anda menerima tekanan yang berbeza ketika pemanduan. Jadi tayar akan haus tidak sekata.
Alignment Dari Semasa Ke Semasa
Alignment tayar kereta adalah untuk mengurangkan kehausan tayar dan meningkatkan kawalan serta keselesaan pemanduaan. Sebaiknya lalukan jajaran tayar jika anda telanggar sesutau objek atau lubang di atas jalan lalu terasa berbeza bila anda memandu. Malah, jika anda anda memandu stereng bergegar sehingga menganggu kualiti pemanduaan.
Jika anda tukar ganti tayar baru pasti anda akan lakukan balancing. Jika tidak, kenderaan anda pasti akan tidak stabil atau bergegar. Untuk membuat imbagan mekanik akan menggunkan mesik imbangan khusus.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guru lelaki kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.