MINI Lancar ‘Add Independence’ Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-63

Share

MINI bukanlah jenama automotif yang cukup asing di Malaysia. Ia telah menjadi ikon permotoran automotif yang cukup terkenal dan berpengaruh terutamanya di United Kingdom. Tempiasnya juga turut di rasai di Malaysia dengan popularitinya masih relevabn hingga sekarang.

Mereka juga sentiasa mendekatkan diri dengan pelbagai kempen yang bersifat lokaliti bersama pelanggan mereka. Ini dapat disaksikan dengan kempen terbaru yang pastinya memberikan satu nilai tambah menarik buat pengguna di Malaysia.

Terbaru, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia ini telah memperkenalkan kempen ‘Add Independence’ bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63 yang bakal menjelang. Ia merupakan satu kempen penghargaan buat pelanggan mereka di negara ini dengan tawaran yang cukup hebat.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl turut mengambil peluang untuk berkongsi, “MINI Malaysia teruja untuk mempelawa warga MINIacs kembali menyusuri jalan raya dengan kempen ‘Add Independence’ ketika kita melangkah masuk ke era normal baharu dan menyambut bulan Kemerdekaan tahun ini.

“Program-program menarik yang disediakan turut dirumus khas buat warga MINIacs yang mendahagakan pengembaraan baharu, dan tiada jentera yang lebih sempurna daripada MINI Countryman untuk memenuhi citarasa mereka. Tidak kira apa jua destinasi pengembaraan anda, terdapat aneka varian MINI Countryman yang dapat memenuhi setiap keperluan.”

Kempen ‘Add Independence’ memperkenalkan pelbagai tawaran menarik, ia meliputi kadar faedah serendah 0%, pelan ansuran bulanan bermula daripada RM2,315, bantuan pembayaran ansuran sebanyak RM5,000, serta rebat tunai sehingga RM22,000 bagi pembelian model-model MINI terpilih. Tawaran ‘Add Independence’ telah mula dibuka mulai hari ini sehingga 30 September 2020.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim