Sehingga kini jenama automotif MINI masih lagi relevan di hati penggemar kereta di Malaysia. Antara model popularnya ialah MINI Cooper S Countryman. Istimewanya kali ini MINI Malaysia menampilkan model MINI Cooper S Countryman Edisi Terhad.
Jelas Pengarag Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, “Sejak MINI Cooper S Countryman Sports diperkenalkan pada tahun 2018, ia memegang takhta sebagai salah sebuah model paling popular kami.
“Kami berbesar hati memperkenalkan dua versi baharu iaitu MINI Countryman Sports dengan Blackline Package serta MINI Countryman Sports dengan Panoramic Sunroof. Ini menunjukakkan komitmen kami untuk meluaskan portfolio kami buat para peminat MINI Countryman di Malaysia”.
MINI Countryman Sports dengan Blackline Package tampil dengan iras sporty lagi bergaya dan bersama elemen-elemen krom seperti komponen gril hadapan dan jata MINI yang kini tersedia dalam warna Piano Black yang menawan. Varian eksklusif ini juga hanya dihadkan kepada 38 unit sahaja di Malaysia.
Manakala MINI Countryman Sports dengan Panoramic Sunroof pula memperkayakan sensasi kebebasan yang benar-benar mengujakan untuk diamati ketika jentera ini dipandu. Kedua-dua varian MINI Countryman Sports ini bakal dikuasakan oleh enjin MINI TwinPower Turbo dua liter yang mampu menjana 192 kk dengan nilai tork berjumlah 280 Nm.
Ads
BERKUASA TINGGI
Hebatnya jentera ini, ia dilengkapi enjin empat silinder berkapasiti dua liter dengan MINI TwinPower Turbo yang berkuasa tinggi. Sekali gus mampu menjana 192 kuasa kuda dengan puncak 280 Nm.
Ia juga mampu melakukan pecutan abad dalam masa 7.5 saat serta dan kelajuan masksimum mencecah 225 km/j. Ia digandingkan dengan Transmisi Automatik ‘Dual Clutch Sports’ Tujuh Kelajuan yang membekalkan keupayaan penukaran gear yang pantas, menyelesakan dan berbekalkan efisiensi teroptimum.
Transmisi dwiklac ini juga membolehkan fungsi mula/henti enjin digunakan untuk mengoptimumkan penggunaan bahan api ketika kenderaan ini tidak bergerak.
Di samping itu, fungsi pacuan neutral (coasting) disediakan sebagai standard dalam mod pemanduan MID dan GREEN; lantas membolehkan jentera ini menyelusur pada kelajuan melahu (idling) untuk mengurangkan penggunaan bahan api, di mana rangkaian pemacu (drivetrain) dipisahkan ketika kelajuan diperlahankan.
Ads
DALAMAN SOFISTIKATED
Dari segi reka bentuk kedua-dua versi ini menampilkan sofistikasi dengan tema hitam yang dikekalkan olehnya. Material bumbung dilitupi dengan Antrasit, serta Kerusi Sport pula bermaterialkan Leather Cross Punch yang mewah dalam warna Carbon Black. Sentuhan sofistikasi yang terakhir ditawarkan melalui Permukaan Interior John Cooper Works dalam warna Piano Black.
Jentera baharu ini dilengkapi dengan Tuil Pemilih Elektronik yang akan kembali ke posisi asalnya selepas pertukaran dibuat antara mod memandu, neutral dan mengundur.
Mod Sport boleh diaktifkan dengan menggerakkan tuil pemilih ke arah kiri dalam mod memandu, ia membekalkan stail pemanduan yang lebih sporty serta membenarkan intervensi manual.
Ads
MINI Cooper S Countryman Sports ini juga menawarkan Sistem Bunyi Harman Kardon 12 Pembesar Suara Berprestasi Tinggi dengan DSP Amplifier dan teknologi Kelas D, ia menjana kuasa akustik yang tulen dengan 360 watt.
SISTEM NAVIGASI
Model terkini MINI ini hadir dengan Sistem Navigasi MINI 8.8 inci skrin sentuh, konsol sentral, atau kawalan suara.
Ia hadir dengan kad SIM 4G yang terintegrasi. Pengguna boleh menghubungkan iPhone tanpa sambungan wayar pada kenderaan ini. Dan menggunakan MINI Visual Boost untuk akses pelbagai ciri telefon pintar tersebut melalui Apple CarPlay.
Kenderaan ini juga dilengkapi dengan MINI Connected yang terkini, ia menawarkan pelbagai perkhidmatan digital seperti Panggilan Kecemasan Pintar (Intelligent Emergency Call), MINI TeleServices dan Servis Jarak Jauh (Remote Services). Fungsi ini membolehkan perancangan mobiliti diintegrasikan dengan lancar dalam rutin digital harian pengguna.
MINI Countryman Sports dengan Blackline Package dan MINI Countryman Sports dengan Panoramic Sunroof kini disediakan di semua pusat pengedaran MINI bertauliah di seluruh negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Satu hakikat yang tidak boleh kita nafikan, jenama Proton cukup dekat di hati rakyat Malaysia. Walau apa jua kritikan yang selama ini mereka berikan kepada Proton, itu sebenarnya luahan rasa sayang mereka terhadap jenama automotif negara tersebut.
Setiap model yang diperkenalkan pasti mendapat perhatian yang cukup besar sama ada di showroom, laman media sosial dan juga media-media arus perdana. Di antara model yang paling ditunggu-tunggu ialah Proton X50.
Sejak ia mula diumumkan pada tahun 2018 ramai rakyat Malaysia sangat teruja dan tidak sabar menantikan kehadiran Proton X50. Pasaran kenderaan SUV kompak juga turut menjadi semakin popular dan ia sedikit sebanyak menyumbang terhadap keterujaan itu.
Lebih menarik lagi, sebelum ini telah tular apabila ia dilihat dipandu uji di aras jalan raya sejak September yang lalu. Keterujaan tersebut kini semakin memuncak selepas tularnya di laman media sosial foto memaparkan senarai harga Proton X50 di atas jalan raya tanpa insuran.
Foto khabar angin yang tular tersebut memaparkan harga Proton X50 bermula pada RM75,800 dengan model spesifikasi paling tinggi pula pada harga RM103,800.
Kredit: CARETA
Jika dibandingkan di pasaran harga yang dinyatakan menerusi foto tersebut ternyata jauh lebih rendah berbanding jenama pesaing yang lain. Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi dari pihak Proton. Peminatnya seakan sudah tidak sabar menantikan kemunculan Proton X50, begitu juga MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap kali Perodua memperkenalkan model baharu kereta mereka pastinya ia mendapat liputan dan mencuri perhatian ramai. Hadir sebagai jenama kereta paling laris di Malaysia untuk beberapa tahun kebelakangan ini jadi tidak hairanlah mengapa pelancaran Perodua Axia 2023 cukup dinantikan ramai.
Hari ini, Perodua secara rasminya memperkenalkan Perodua Axia 2023 yang hadir menepati ramalan awal tampil sebagai jentera mampu milik yang sangat mantap.
Selai hadir dengan rekaan yang lebih baharu dan berbeza dengan model sebelumnya, Perodua Axia 2023 bolehlah diktakan sebagai sebuah ‘jentera baharu’ yang cukup dengan ‘abangnya’. Apa yang menarik walaupun hadir sebagai kereta segmen mampu milik namun ia sarat dengan teknologi cnggih dan terkini.
Untuk pengetahuan anda, Perodua Axia 2023 hadir menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Disebabkan itulah ia hadir dengan saiz lebih panjang dan lebar berbanding generasi sebelumnya.
Selain itu, terdapat sedikit perbezaan dari segi ketinggian di mana ia hadir 15mm lebih rendah berbanding model sebelumnya.
Jentera terbaru Perodua ini mengekalkan statusnya sebagai kereta mampu milik dengan panduan enjin tiga silinder asal 1KR-VE 1.0 liter. Apa yang berbeza ialah transmisi asal automatik empat kelajuan telah digantikan dengan transmisi D-CVT.
Jelas Perodua, transmisi D-CVT ini menyumbang kepada kadar penggunaan bahan api yang lebih jimat, dan mereka mendakwa satu liter petrol membolehkan Axia 2023 berjalan sejauh 23.2 km (4.31 liter/100 km).
Terdapat seleksi empat varian berbeza diperkenalkan iatu G, X, SE dan AV. Model paling atas iaiatu AV hadir dengan skrin sesentuh 9-inci, meter digital 7-inci, 6 airbag dan juga tempat duduk semi-leather.
Pelanggan boleh memilih sebanyak lima warna berbeza yang ditawarkan iaitu Coral Blue, Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver dan Ivory White. Perodua Axia 2023 ditawarkan pada harga bermula dari RM38,600 hingga RM49,500 untuk varian AV.
Jadi apa pendapat anda terhadap Perodua Axia 2023? Bagi MASKULIN ia telah melepasi jangkaan dan Perodua sekali lagi membuktikan mengapa mereka masih utuh sebagai jenama kereta paling laris di Malaysia.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hah jangan terkejut ya, menurut Jan-Erik Lönnqvist, profesor psikologi sosial di Universiti Helsinki Sweden telah mengeluarkan kajian mengenai Jurnal Psikologi Antarabangsa yang mendedahkan bahawa pemilik atau pemandu kereta mewah mempunyai gaya pemanduan yang teruk di jalan raya.
Perkara ini terbukti apabila golongan membawa kereta mewah ini sering melanggar peraturan jalan raya dengan memandu melebihi had laju dan mencucuk rapat dengan kereta hadapan.
Malah lebih teruk lagi, ada diantara mereka yang tidak menggunakan signal dan memandu secara agresif yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Ini kerana, individu yang membawa kereta mewah ini sering bangga dengan kemampuan diri membeli atau membawa kereta mewah dan merosakan tingkah laku yang tidak beretika ketika di jalan raya.
Bila dipukul, apa tindakan yang boleh dibuat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.