Kesihatan

Miller Khan Dedah Usaha Dapatkan Anak, Isteri Jalani Rawatan IVF

Share

Setiap pasangan yang sudah berkahwin kebiasaannya pasti akan ada keninginan untuk menimang cahaya mata. Begitu juga dengan pelakon asal Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan.

Miller Khan atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan yang kini berusia 38 tahun berkongsi bahawa dia dan isterinya, Farina Rebecca sedang berusaha mendapatkan zuriat pertama mereka dengan menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Jelasnya, selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga ini masa yang sesuai untuk mereka mencuba mendapatkan anak.

“Kami sudah tiga tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Jadi, kami merancang untuk mencuba kaedah IVF.

“Doakan segalanya dipermudahkan. Ini percubaan pertama kami dan prosedur akan dilakukan di Jakarta, Indonesia,” katanya.

Malah jelasnya lagi, mengambil kira factor usianya sendiri, dia dan isteri berbincang an sama-sama bersetuju untuk melakukan rawatan IVF.

“Kami bukan lagi pasangan muda. Sebelum membuat keputusan ini, kami berbincang secara mendalam dan mencapai kata sepakat.

“Kami juga berkongsi serta mendapatkan pandangan daripada ahli keluarga masing-masing.

“Mudah-mudahan ada rezeki untuk cahaya mata pertama ini. Buat masa ini, proses masih di peringkat awal dan kami sedang mendapatkan khidmat nasihat,” tambahnya lagi yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa Larrie di Hyatt Centric KL.

Pada acara tersebut, Larrie turut mengumumkan Miller Khan sebagai duta rasmi jenama mereka untuk Malaysia dan Indonesia.

Miller dan isterinya Farina, telah lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga sejak 10 November 2021.

BACA: Bersenam Ketika Berpuasa, Cara Elak Dehidrasi Teruk & Kekal Bertenaga

MASKULIN mendoakan agar Miller dan isteri akan melalui rawatan dengan dengan lancer dan sempurna.

All the best!

 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim