Military Diet, Cara Turunkan Berat Badan Dengan Pantas

Share

Pernahkah anda dengar tentang istilah ‘Military Diet’?

Military Diet merupakan teknik menggabungkan makanan yang berkalori rendah yang boleh mendapatkan hasil dalam masa 1 minggu. Diet ini boleh mengurangkan berat anda sehingga 5kg dalam masa 3-7 hari jika anda mengikuti meal plan mereka dengan betul. Walau bagaimanapun, ia masih lagi bergantung kepada badan seseorang.

Diet ini juga dikenali dengan diet 3 hari kerana anda perlu ketat dengan pengambilan kalori 3 hari dalam seminggu. Ia dibahagikan kepada dua bahagian dalam tempoh satu minggu. Anda perlu hadkan pengambilan kalori dalam masa tiga hari dengan mematuhi meal plan yang ketat, manakala hari selebihnya, anda dibenarkan untuk makan macam biasa.

Diet ini tidak wajar dilakukan setiap minggu kerana ia berbentuk tidak sihat. Kalau diperhatikan pengambilan kalori untuk diet ini hanya kira-kira 800-1100 kalori sehari sedangkan setiap orang perlu mengambil makanan berjumlah 1600-2000 kalori seorang.

Military Diet hanya berfungsi untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan pantas dalam masa yang singkat. Jika anda nak kekal kurus dalam tempoh jangka panjang, ini bukan diet yang sesuai dengan anda.

Food photo created by valuavitaly – www.freepik.com

Ini diet plan Military Diet yang boleh anda ikut.

Hari Pertama

  • Sarapan Pagi: Kopi O, 1/2 Grapefruit, I keping roti bakar disapu 2 sudu kecil peanut butter.
  • Makan Tengah Hari: Air masak/ kopi O, 1/2 tin tuna air dengan sekeping roti
  • Makan Malam: 3 aun daging atau ikan, 1 mangkuk sayur-sayuran (mentah). 1 biji kecil Apal, 1/2 pisang dan 1 mangkuk aiskrim Vanilla

Hari Kedua

  • Sarapan Pagi: Sebiji Telur (jangan campurkan apa-apa). 1/2 pisang atau mana-mana buah-buahan. Sekeping roti.
  • Makan Tengah Hari: 1 mangkuk Cottage Cheese, 5 keping biskut masin, sebiji telur rebus.
  • Makan Malam: 2 ketul hot dog tanpa roti, 1 mangkuk brokoli, 1/2 mangkuk lobak mereh, 1/2 pisang dan 1 mangkuk aiskrim Vanilla.

Hari Ketiga (Kalori pada hari ini sangat ketat)

  • Sarapan Pagi: 1 keping cheddar cheese, 5 keping biskut masin, sebiji epal kecil
  • Makan Tengah Hari: Sebiji telur dan sekeping roti kosong
  • Makan Malam: 1 mangkuk tuna air, 1/2 pisang, dan 1 mangkuk Vanilla aiskrim

Lihat kesan yang bakal anda dapat selepas 3 hari anda mengikuti diet ini. Kalau boleh jangan amal diet ini selalu, kembalilah kepada rutin biasa selepas 3 hari. Diet ini boleh dilakukan sebulan sekali sahaja.

Jom subscribe YouTube atau follow TikTok MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim