Alha Alfa nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Maklumlah dia menjadi pilihan artis terkenal tanah air seperti Amy Mastura, Jihan Muse, Uqasha Senrose dan ramai lagi lah. Semua sebab hasil solekannya yang memang tak dinafikan cantik kebaboom!
Tapi siapa sangka sebelum dia berjaya seperti sekarang, sebenarnya ada kisah menarik dan amalan yang Alha lakukan sampai beliau berjaya. ia mampu memberikan inspirasi untuk kita. Alha berkongsi amalan yang dilakukannya sebelum bergelar makeup artist dan ahli perniagaan kosmetik yang berjaya. Cayalah Alha!
Ini perkongsian daripada Alha Alfa
salam minggu semua..ok alha just nak share serba sikit kgembiraan alha bersama followers2 alha kat ig ni..ceritanye ber mula 1 tahun lepas..alha ke @autochapterbykhairiedin untuk melihat kereta idaman kalbu ..tapi time tu angan2 mat jenin..sbb time tu alha baru je mula nak jual cosmetics ni..sbb tgk org lain pkai kereta mewah2..jual product..macam best je..so alha pegi ke @mogamotors utk membeli MERCZ CLA 250..tp time tu acc alha xcukup..loan xlepas..keciwa ??? balik dgn perasaan hampa..allah je yg tau..heheh sbb alha meniaga duit sendiri..xde pinjaman bank..xde funder..semua sendiri..time nak pegi tu mntak ibu ayah doakan..harap2 dpt la bwk kreta sebiji..tapi sedih xdapat..ibu kata “xpe sabar je dlu..allah nak bagi lebih tu..?..so alha pn pakai alza..wlupun stokis2 i dah tukar2 keta dh..tp alha truskn berniaga sbb nak rolling modal bkn skit2?..tapi alha selalu percaya,klu kite nak sesuatu tu,kite xcukup duit..bkn simpan smpi ckup dan jadi tamak..tapi makin keluarkan..mungkin allah nmpak usaha keras company kami..kami xbuat product cost murah n jual mahal..kami melabur lbh utk dapatkn product yg bagus..kami dirikan masjid di TERENGGANU dan kami ada menjaga bberapa pusat tahfiz di selangor dan terengganu..niat alha supaya lebih kite iklas..rezeki akan dtg..
Jangan Lupakan Ibu Bapa
ibu bapa tu insha allah kalau alha tak cukup, dorang KENE cukup..klu uols ada company baru,kecik2 pun xapa,
Ads
Ketepikan Duit Untuk Bantu Orang Susah
Setiap bulan ketepikan sedikit untuk bantu orang-orang susah yang memerlukan kita..nmpk sepeti RIAK kan? mungkin ada yg kata DAH BUAT BAIK,BGTAU ORG,KURANG PAHALA.. tak apa,niat alha utk berkongsi serba sedikit rahsia berniaga dgn follower alha yg terlalu basic..yg alha n company buat..mcmna nak dapat duit juta2 tu mungkin ada pakar lain yg lebih arif..insha allah xsalah kite share kebaikan yg kite buat.
Seperti RASULULLAH SAW,setiap kebaikan yg beliau lakukan,di ceritakan kepada kite melalui para sahabat,keluarga baginda..yg akhirnya sampai skrg kite dpt contohi..jadi jika ada sahabat2 kite yg buat baik..kite ceritakn kpd org lain ttg kebaikan mereka..insha Allah kalau kita positif , positif lah ia..JADI selpas setahun, Alha jmpa semula @autochapterbykhairiedin dan alhamdulillah dapat 3 terus.tq allah.
Bukan senang nak berjaya. Dan tak semestinya apa yang kita belajar itu yang kita akan kerja. Sebab rezeki ada di mana-mana. Allah dah atur yang terbaik untuk kita. Moga kisah ini jadi inspirasi untuk kita berjaya tak kiralah dalam bidang apa pun.
Sumber : Instagram Alha Alfa
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Saya sering ditanya bagaimana cara bagi mendapatkan bentuk wajah yang sempurna apabila usia meningkat. Sememangnya diakui peningkatan usia menyebabkan permasalahan kulit yang melendut menjadikan kita kehilangan simetri wajah yang asal. Apa yang terjadi adalah disebabkan kejatuhan lemak pada muka dan kehilangan kolagen semulajadi.
Ini menimbulkan masalah yang dikenali sebagai fat jowls iaitu keadaan di mana lemak jatuh di bawah pipi. Fat jowls yang terjadi meski pun tidak ketara seperti kedutan dan pigmentasi tetap menjadi satu fenomena yang menghodohkan. Wajah serta merta tampak tua dan riak wajah seolah-olah muram dan tertekan. Kehadiran fat jowls menimbulkan kesan penuaan wajah yang ketara dan sukar disembunyikan dengan kosmetik.
Kehadiran lemak pada kawasan rahang sebegini membuatkan wajah tampak kendur. Lemak yang berkumpul semakin lama semakin banyak menjadikan wajah dipenuhi garis-garis penuaan. Untuk memahami proses pembentukan sekelompok lemak yang begini adalah baik kita mengenali struktur muka kita terlebih dahulu.
Pada muka kita terdapat banyak salur darah dan saluran lymphatic. Sel-sel pada kulit paling mudah bereplikasi. Ini bermakna sebarang luka atau calar pada muka lebih cepat sembuh berbanding sel-sel kulit bahagian lain. Muka kita disokong oleh struktur tulang yang nipis. Tengkorak kita mempunyai struktur keras hanya pada bahagian kepala. Pada bahagian muka ia merupakan struktur tulang nipis yang berupa tulang cribriform. Tulang ini mempunyai lubang-lubang halus yang sangat banyak. Bahkan keseluruhan permukaannya mempunyai lubang lubang. Terdapat juga tulang rawan yang merupakan tulang lembut yang membentuk hidung dan cuping telinga. Terdapat juga jenis tulang ini pada sekitar soket mata kita.
FAKTOR PEMBENTUKAN FAT JOWL ATAU KEJATUHAN MUKA.
Salur lymphatic yang tersumbat
Apabila salur lymphatic tersumbat maka sel-sel lemak akan terperangkap dan tidak dapat bergerak. Lemak cair bergerak di dalam saluran lymphatic iaitu sistem pergerakan lemak yang penting dalam tubuh badan kita. Apabila salurannya tersumbat maka lemak akan berkumpul pada muka menyebabkan muka tampak berat dan melendut ke bawah.
Graviti
Tindakan graviti menjadikan masalah ini semakin ketara. Usaha mengurut wajah dan menarik ke atas semula hanyalah memberi kesan sementara disebabkan oleh tindakan graviti yang kuat.
Otot yang mengembang
Otot-otot muka yang mengembang membuatkan muka tampak besar dan semakin lama semakin kembang. Bagi mereka yang mempunyai tulang pipi yang tinggi masalah ini membuatkan mata menjadi seolah-olah mengecil. apabila pipi semakin besar ia akan membuatkan mata seakan akan tertutup. Penampilan seseorang akan merosot jika matanya terlalu kecil. Mata merupakan permata yang menyerlahkan kecantikan justeru pelbagai cara menata rias mata dicipta. Jika mata tersorok di sebalik timbunan lemak pada muka maka penampilan seseorang menjadi kurang menarik.
Kehilangan kolagen pada kulit
Kehilangan kolagen membuatkan kulit tidak membaluti muka dengan baik. Ini membuatkan kulit kita mengendur. Ia juga menyumbang kepada pembentukan fat jowls yang menghodohkan.
Kekurangan hormon
Banyak hormon yang berinteraksi dan terlibat dalam metabolisme lemak. Metabolisme lemak penting kerana lemak digunakan bagi penghasilan tenaga. Apabila hormon metabolisme kurang maka lemak berkumpul pada muka dan kita akan menghadapi masalah kekurangan tenaga. Dalam kes ini lemak bukan sahaja berkumpul pada muka malah pada belakang badan dan juga lengan. Hal ini juga menjadikan seseorang itu keletihan dan mudah murung.
Rawatan yang sesuai bagi fat jowls
Beberapa perkara patut di lakukan bagi mengurangkan atau menghilangkan simptom ini tampak ketara
Botox
Kebanyakan orang begitu takut dengan Botox. Pada pendapat mereka Botox akan memburukkan muka dan boleh mengubah paras wajah seseorang. Botox sebenarnya adalah sebuah jenama untuk satu bahan yang mengandungi Botulinum Toxin Type A. Ia mula ditemui oleh Dr. Justinus Kerner pada tahun 1820 .
Pada tahun 1950an seorang doktor dari Montreal Kanada, Dr. Vernon Brooks mendapati bahawa Botulinum Toxin Type A boleh melemahkan otot secara sementara. Pada tahun 1980an seorang doktor pakar mata, Dr. Alan B. Scott di Kanada merawat spasm kelopak mata. Beliau mendapati bahawa pesakit yang dirawat dengan Botox, semua garis halus di sekitar mata akan hilang.
Jika seseorang mempunyai kedut muka yang kelihatan hanya ketika mengerutkan kening atau mengenyitkan mata, Botox adalah rawatan yang diperlukan. Kegunaan Botox yang paling sering adalah pada dahi, tepi mata dan sekitar mata. Ia juga boleh digunakan untuk mengubati kedut di leher. Botox bekerja pada kedutan dalam dua cara.
Pertama, ia melemahkan otot-otot yang menyebabkan kedut. Kedua, dan faktor yang lebih penting adalah oleh kerana otot-otot yang terlibat boleh lemah, lama kelamaan pesakit akan kurang menggunakan otot ini. Dengan cara ini, Botox sebenarnya mencegah perkembangan dan pendalaman kedut. Secara ringkas Botox hanya berkesan pada kedutan dinamik. Ia bererti , kedutan yang timbul hanya akibat pergerakan otot muka.
Oleh kerana Botox hanya menghilangkan kedut yang di sebabkan oleh pergerakan otot muka, bagai mana pula kita hendak merawat kedut yang bukan di sebabkan pergerakkan otot muka?
Contoh kedut seperti ini adalah kedut di sebelah hidung atau nasolabial fold.
Cara untuk merawat masalah ini adalah dengan menggunakan filler yang bermaksud “mengisi”.
Oleh itu ia memberi “volume” kepada ruangan yang diisi. Semasa proses penuaan beberapa perkara penting berlaku kepada wajah kita yang boleh menampakkan kita lebih tua.
Pertama adalah terbentuknya pigmentasi, kedua kedut kedut mula timbul dan ketiga kehilangan “volume” isi yang menyebabkan muka kita menjadi kecut.
Filler berfungsi untuk mengisi semula ruang yang “hilang” akibat proses penuaan. Oleh itu, ia banyak digunakan di kawasan pipi terutama di tulang pipi agar pipi kelihatan lebih bulat, di bahagian dagu untuk membentuk dagu, di bahagian mata untuk menghilangkan lingkaran bawah mata, untuk bibir yang nipis atau tidak simetri dan di bahagian hidung untuk menampakkan batang hidung.
Serdev suture
Teknik serdev merupakan satu inovatif yang mengagumkan di dalam dunia perubatan estetik. Teknik ini mengangkat kembali muka tanpa pembedahan atau kesan parut.
Kemajuan dunia perubatan estetik dijangka lebih baik pada masa hadapan disebabkan olah kegigihan doktor melakukan penyelidikan dan meningkatkan pengetahuan.
Di Malaysia kini bidang estetik mula diterima dan ilmu estetik mula dijadikan suatu sukatan pelajaran di peringkat pakar dan dihormati.
Kita tidak perlu ragu-ragu bagi mendapatkan wajah dan tubuh badan yang cantik dan menjadi muda kembali.
Sumber : Utusan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama radio pilihan nombor satu Pantai Timur, radio Gegar memperkenalkan segmen baharu iaitu “Bro Pagi Gegar” yang akan ke udara setiap Ahad hingga Khamis, jam 6 hingga 10 pagi.
Segmen itu merupakan antara pembaharuan yang dilakukan sebagai pembuka tirai 2024 di samping memperkenalkan Fizie Roslan selaku penyampai baharu radio itu.
Fizie bertanggungjawab mengemudikan “Bro Pagi Gegar” bersama rakan penyampai Issey Fazlisham yang akan menceriakan pagi pendengar dengan beberapa pengisian baharu seperti berikut:
WikiGEGAR, Tahu Ke Dop?
Issey dan Fizie akan berkongsi berita dan fakta menarik dari platform media sosial dan platorm berita.
Guano Preh, Skalo Bereh
Pendengar berpeluang untuk membuat panggilan ke udara dan berkongsi perasaan ataupun aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut.
Yang Gegar, Yang Gogek
Issey dan Fize akan berkongsi berita menarik dan berita yang kurang mendapat perhatian bersama pendengar.
Open Table
Topik perbincangan harian bersama pendengar.
Abe Salok Madu
Issey akan melakonkan watak Abe Salok Madu dan berdikir barat untuk memberi pandangan serta nasihat berkaitan isu tular semasa.
Bro Talk
Fizie akan berkongsi petikan tentang topik harian bersama pendengar.
Dalam pada itu, radio Gegar turut memperkenalkan gandingan baharu bagi segmen “Gegar 10-3”, iaitu Scha Musa dan Shah Muhammad.
Nama Conir McGregor tak perlu lagi MASKULIN perkenalkan. Atlet berprestasi tinggi yang merupakan antara ikon paling popular sukan Mixed Martial Art (MMA) ini mencipta sejarah baru dengan pertarungan epiknya sebelum ini dengan Khabib Nurmagomedov.
Perlawanan tersebut telah menjadi anatara pertarungan yang mendapat liputan paling meluas di dunia. Malah ia juga tular di semua laman media sosial pada ketika itu.
Semalam Conor telah mengejutkan ramai pihak apabila secara tiba-tiba mengumumkan persaraannya daripada MMA. Pengumuman yang dilakukan menerusi akauan Twitter-nya semalam telah menjanan perbualan meluas terutamanya daripada peminat serta penggemar sukan MMA.
Menerusi ciapan di TwitterConor berkata dia mengambil keputusan untuk bersara daripada MMA berkuat kuasa serta-merta. “Saya ucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan untuk terus maju dalam pertandingan ini,” jelas Conor lagi.
Tweet tersebut (ketika artikel ini ditulis) mendapat lebih 80 ribu retweet dan lebih 325 ribu like. Namun rata-rata pengguna Twitter didapati agak skeptikal dengan pengumuman Conor kali ini.
Sebelum ini juga Conor pernah mengumumkan persaraannya sebelum kembali aktif semula. Mungkin kerana itu ada peminat menganggap ini hanya satu gimik daripadanya untuk mempromosikan namanya semula. Akan tetapi tak kurang juga yang melahirkan rasa sedih dan mengucapkan selamat berjaya kepada Conor.
Pada 2016, Conor turut mengumumkan perasaraannya di Twitter sebelum melakukan comeback dan bertarung menentang Nate Diaz dan Eddie Alvares. Conor yang digelar ‘The Ntorious One’ menjadi atlet MMA pertama bergelar juara dalam dua kelas berat berbeza.
KATA FOLLOWERS
Antara respons yang ditunggu-tunggu oleh peminat MMA tentang persaraan Conor ini tidak lain tidak bukan dari Khabib Nurmagomedov.
Khabib yang menewaskan Conor dalam pertarungan epik dan penuh kontroversi tahun lalu tidak mengambil masa yang lama. Walaupun ia bukanlah satu kenyataan secara terus namun peminat boleh merasakan ia adalah sebuah statement yang padu dari Khabib untuk Conor.
INI RESPONS KHABIB
Menerusi akauan Twitter, Khabib memuat naik fotonya dengan kapsyen, “There can be only one king in the jungle. Only one.”
Khabib dan Conir sebelum ini telah digantung oleh Nevada State Athletic Commission akibat daripada pergaduhan selepas perlawanan mereka dulu.
Nampaknya impian untuk ramai peminat menyaksikan perlawanan repeat antara Khabib dan Conor sukar menjadi kenyataan. Melainkan ada usaha daripada pihak tertentu menemukan mereka semula.
Untuk Conor, selamat bersara!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.