Sempena pengenalan koleksi Spring 2020, COACH telah melancarkan kempen ‘Originals Go Their Way’. Menerusi kempen koleksi terbaru ini COACH bekerjasama dengan dua selebriti Hollywood terkenal iaitu Micahel B. Jordan dan Jennifer Lopez.
Micahel B. Jordan yang juga merupakan duta global jenama ini tampil bersama-sama Jennier Lopez yang muncul pertama kali menjayakan kempen COACH.
Menurut COACH, kempen ini membawakan ceritera tentang ekspresi diri menerusi lensa di sebalik wajah popular seperti mereka berdua.
Jelas Pengarah Kreatif COACH, Stuart Vevers, koleksi ‘Originals Go Their Way’ menyerlahkan sentimen spontan, asli dan playful yang membawa refleksi kepada visi fesyen di kota New York.
Kempen ini juga meraikan individu yang berani serta bebas mengekspresikan diri tanpa perlu menjadi orang lain. Keaslian diri menjadi antara tema yang dibawa oleh kempen istimewa daripada COACH kali ini.
Bagi merealisasikannya, Stuart Vevers bekerjasama juga dengan jurugambar berpengaruh, Juergen Teller yang telah berkolaborasi bersama mereka sejak tahun laun.
Antara koleksi yang mendapat perhatian ramai ialah seleksi beg seperti Hutton, the Rambler dan tidak ketinggalan juga beg lelaki seperti Pacer Backpack dan belg bag.
Foto: COACH