Tak lengkap lah kalau diet tapi tak bersenam bukan? Dengan lakukan beberapa senaman ia dapat membuang segala lemak lebih pada tubuh. Malah akan menyegarkan anda.
Ini adalah beberapa senaman cara-cara bakar lemak perut dalam seminggu.
#1: Jumping Burpees
Buat posisi tangan di lantai dan luruskan badan seperti ada membuat plank, kemudian turun dan angkat badan lalu lompat kan badan anda, angkat tangan dan temukan tapak tangan ke kiri dan kanan sehingga bunyik tepukan selama 15 kali dengan 3 set workout. Burpees boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan jantung akan pump tidak kira masa.
Ads
#2: Bicycle Crunches
Baring lurus, angkat kaki dan bengkokkan kaki sehingga 90 darjah. Tangan di belakang kepala dan gerakan siku kiri bertemu dengan lutut kanan manakala kaki kiri pula perlu lurus. Kemudian, tukar posisi dengan temukan siku kanan bertemu dengan lutut kiri dan kaki kanan pula anda luruskan. Harus diingat siku anda perlu selari dengan peha dan anda perlu rasa tekanan diperut bukannya di tengkuk. Lakukan senaman ini 20 kali sebanyak 3 set.
#3: Side plank
Ads
Mengiring ke kiri atau kanan tahan dan angkat badan dengan menggunakan kuasa lengan. Luruskan tanggan dan imbang badan dengan baik. Kedudukan ini baik untuk perut, belakang, glutes, core serta obliques anda. Tahan selama 15 sehingga 60 minit lakukan sebanyak 3 kali dan ulangi pada bahagian satu lagi.
#4: Swimming
Ads
Lurukan tangan dan meniarap ke lantai, angkat kaki kanan dan tangan kiri serentak selama beberapa saat dan ulangi dengan kaki kiri dan tangan kanan pula.
#5: Russian Twist
Kebelakangkan badan anda dan kaki perlu dibengokkan malah naikkan kaki sedikit ke atas. Pusingkan pinggang dan tangan anda ke kiri dan ke kanan. Untuk dapat tekakan yang lebih berkesan ambil bola dan pengang bola tersebut. Tahan selama 3 saat dan lakukan pergerakan ini sebanyak 12 kali dengan 3 set gerakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap individu mempunyai kadar metabolisme badan yang berbeza-beza. Orang yang ada banyak tisu otot mempunyai kadar metabolisme badan yang lebih tinggi berbanding orang yang mempunyai lebih banyak lemak.
Apabila kadar metabolisme badan meningkat, lagi mudahlah anda nak menurunkan berat badan. Ini kerana berat badan mempunyai kaitan rapat dengan sistem metabolisme badan yang berfungsi untuk membakar lemak yang berlebihan.
Seseorang yang mempunyai kadar metabolisme badan tinggi boleh anda lihat jika dia makan banyak tetapi badannya tetap kurus.
Untuk memastikan misi cepat kurus anda berjaya, ikuti 6 cara mudah ini untuk anda tingkatkan kadar metabolisme badan.
1. Minum banyak air masak
Meminum 8 gelas air atau lebih yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum, selain menigkatkan metabolisme badan.
2. Buat senaman membina otot
Membuat senaman otot bagus untuk membantu anda membakar banyak lemak. Ini akan meningkatkan pembinaan otot badan sekali gus menaikkan kadar metabolisme badan anda.
3. Makanan pedas
Mungkin ramai yang tidak tahu kandungan capsaicin di dalam cili dapat membakar kalori sehingga 30 minit selepaskan kita memakannya dan menaikkan metabolisme badan.
4. Dapatkan sinaran matahari
Cahaya mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan.
Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
5. Amalkan minum teh hijau
Teh hijau mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu minum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
6. Jangan makan lepas 7 malam
Elakkan makan di tengah malam atau selepas 7 malam kerana sistem metabolisme badan memang rendah pada waktu itu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selain mengganggu penampilan, lemak-lemak ini sukar untuk disorokkan sehingga anda hilang keyakinan diri. Mesti anda tertanya-tanya kenapa lemak hanya ‘melekat’ di bahagian tertentu sahaja?
Menurut Doktor Kosmetologi, Dr Dennis Wolf di The Private Clinic of Harley Street, Inggeris, ini adalah 7 bahagian di mana lemak paling suka berkumpul. Kalau anda nak kurus, pastikan anda tahu cara nak menyingkirkannya.
Lengan
Punca: Kurang bersenam dan faktor penuaan. Ini menyebabkan kulit hilang keanjalan dan tubuh mula mengumpul lemak sehingga lengan menggelebeh.
Cara nak buang:
Lakukan olahraga dan latihan kecergasan secara konsisten.
Lemak sekitar pinggul
Punca: Lemak ini berkumpul akibat pengambilan gula secara berlebihan. Timbunan lemak pada bahagian ini biasanya terjadi kerana tubuh mengalami resistensi insulin sehingga membentuk lemak di sekeliling pinggang dan pinggul.
Cara nak buang:
Lakukan senaman aerobik, berjalan, berlari atau berenang sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Punca: Tekanan, depresi dan juga kerisauan yang melampau (bahasa saintifiknya anxiety).
Cara nak buang:
Elakkan rasa stres dan belajar untuk relaks. Hormon stres membuatkan lemak terkumpul pada bahagian perut, jadi adalah lebih baik kalau korang buat medisasi atau buat senaman pernafasan.
Minum teh hijau. Tapi bukan teh hijau yang bercampur susu. Teh hijau herba adalah cara terbaik untuk bertenang apabila korang memerlukannya.
Lemak di bahagian paha dan ke bawah
Punca: Salah satu punca kenapa paha anda besar adalah disebabkan lebihan gluten didalam diet.
Cara nak buang:
Berjalan turun naik tangga. Aktiviti tersebut boleh membakar lemak yang terkumpul pada bahagian paha anda.
Jangan skip sarapan pagi. Kalau anda tidak mengambil sarapan pagi, anda akan rasa sangat lapar apabila sampai waktu tengahari atau petang anda akan makan lebih banyak.
Punca: Penimbunan lemak di perut terjadi ketika berlakunya peningkatan kortisol yang tinggi. Kortisol merupakan hormon yang terlibat dalam respons stres dan meningkatkan tekanan darah serta kadar gula darah.
Stres juga salah satu penyebab utama tingginya sekresi kortisol. Ketika ini terjadi, kortisol akan memecahkan otot dan memasukkannya ke dalam penyimpanan lemak di daerah perut. Stres akan menjadi lebih parah apabila anda mengambil pola pemakanan yang salah.
Cara nak buang:
Untuk menyikirkan lemak di perut, anda perlukan 80% diet sihat. Kurangkan pengambilan kalori dengan mengambil makanan yang kaya dengan protein, sayur-sayuran, bijian dan menggantikan kebiasaan buruk makan makanan kecil dengan makanan yang lebih sihat.
Pengambilan vitamin C juga penting dalam membantu menyeimbangkan lonjakan kortisol pada tubuh anda.
Paling penting lakukan latihan kardiovaskular yang mempercepatkan denyutan jantung sehingga kalori lebih banyak terbakar seperti joging, senam aerobik atau muay thai.
Lemak di bahagian kaki
Punca: Masalah ini sering dihadapi oleh perempuan yang mempunyai masalah urat atau sewaktu mengandung, apabila ketika itu kaki mereka membengkak.
Cara nak buang:
Kurangkan makanan masin kerana makanan masin boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan.
Jangan duduk tanpa sebarang gerakan untuk lebih 30 minit. Cuba untuk berdiri dan berjalan secara kerap.
Dagu
Punca: Lemak di dagu biasanya disebabkan oleh faktor genetik dan penuaan. Seiring dengan penambahan usia, kulit akan kehilangan keanjalan dan otot sehingga ia menurun dan kendur. Dagu yang berlipat menjadi semakin jelas jika anda mengambil terlalu banyak makanan berlemak.
Cara nak buang:
Lakukan olahraga.
Amalkan diet yang sihat untuk menghilangkan lemak berlebihan. Diet sihat yang rendah kalori merupakan cara yang cukup efektif.
Kurang pengambilan makanan olahan terutamanya yang tinggi kadar gula.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.