Mesti Cuba, 5 Produk Pencuci Muka Jika Mahu Wajah Flawless & Lawan Pertumbuhan Jerawat

Share

Kebanyakan lelaki kurang peka dengan produk pencuci muka, jika zaman dahulu kaum lelaki hanya menggunakan sabun mandi sebagai bahan untuk mencuci wajah tetapi kini sudah ada pencuci muka khas untuk kaum lelaki.

#1: Garnier Men Acno Fight Acne Foam

Masalah kulit berjerawat sebenarnya jarang dialami oleh lelaki kecuali jika anda mengalami perubahan hormon ataupun peredaran darah tidak bersih/kotor. Produk dari Garnier khas untuk lelaki ini, ada jawapan terbaik untuk anda. Pencuci muka ini dapat membuang sel-sel kulit mati serta menghalang kadar pertumbuhan jerawat yang baru dan ruam-ruam kecil.

Fungsi pencuci muka 6 dalam 1 ini dapat melawan jerawat, mengecilkan liang pori, mengurangkan kemerahan pada kulit serta mengawal penghasilan minyak dan sebum berlebihan. Diperkaya dengan Herba Repair dan asid Salicylic, kulit anda kembali bermaya seperti biasa.

#2: Men’s Biore Double Scrub Facial Foam Deep Clean Extra Cool

Anda aktif bersukan? Kulit menjadi kusam dan rosak? Biore’s Men Double Scrub ini sesuai untuk anda yang mengalami masalah tersebut. Seharian bersukan, pasti kulit wajah anda akan keletihan dan berminyak. Diformulasi dari teknologi Advanced Japan Million-scrub, pencuci muka jenis ini membersih liang pori secara optimal dengan menyerap masuk ke dalam lapisan kulit.

Sensasi ‘cooling’nya menyejukkan kulit wajah sehingga tiada lagi kulit kusam dan tidak bermaya. Kulit anda akan lebih tenang selepas seharian melakukan aktiviti luar. Berbaloi dengan harga, hasilnya juga ‘lumayan’.

#3: Bad Lab Depth-charged Deep Cleansing Facial Cleanser
Pencuci muka dari BadLab ini mampu mengembalikan lembapan pada kulit wajah anda dan sangat sesuai untuk yang alami masalah kulit kering terlampau. Ianya menyerap ke dalam lapisan kulit paling dalam untuk mencuci kotoran yang melekat dalam liang pori terbuka. Diperkaya dengan Bentonite Clay dan Charcoal serta Dragon’s Blood yang dapat mengekalkan hidrasi dan membuatkan kulit tampak segar bermaya.

Tiada lagi kesan keletihan dan kekusaman tampil pada kulit wajah selepas menggunakan pencuci wajah ini.

Nak dapatkan pencuci muka yang murah dan beberapa item kecantikan untuk kulit wajah di sini.

#4: Nivea Men Cleanser Whitening Acne Oil Control Foam
Nivea men memberikan anda pengalaman mencuci muka yang menakjubkan. Memberikan kulit kelihatan lebih bermaya dan berseri sepanjang hari. Tekstur buih memberikan pembersihan yang mendalam pada kulit wajah anda dan menjadikan kulit muka bebas minyak. Pencuci muka ini mempunyai 10 kali ganda efek yang mampu mencerahkan kulit muka anda. Jenamanya yang terkemuka ini seharusnya tidak menjadi keraguan untuk anda mencubanya.

#5: Kiehl’s Facial Fuel Energizing Face Wash
Pencuci muka ini mampu membersihkan kotoran yang melekat pada kulit dan menghapus lapisan minyak tanpa mengeringkan kulit wajah anda. Pasti sesetengah dari anda yang hendak mencukur janggut atau misai mengalami masalah facial hair yang degil. Gunakan pencuci muka ini sebelum shave janggut dan misai untuk melembutkan akar umbi facial hair.

Diformulasi dari kafein, vitamin dan ekstrak Citrus yang dapat mengembalikan kesegaran kulit wajah dalam masa beberapa hari. Wajah anda tampil segar dan berseri selepas menggunakannya.

Sumber: Productnation.com/my

Published by
L.A