Kebanyakan lelaki kurang peka dengan produk pencuci muka, jika zaman dahulu kaum lelaki hanya menggunakan sabun mandi sebagai bahan untuk mencuci wajah tetapi kini sudah ada pencuci muka khas untuk kaum lelaki.
#1: Garnier Men Acno Fight Acne Foam
Masalah kulit berjerawat sebenarnya jarang dialami oleh lelaki kecuali jika anda mengalami perubahan hormon ataupun peredaran darah tidak bersih/kotor. Produk dari Garnier khas untuk lelaki ini, ada jawapan terbaik untuk anda. Pencuci muka ini dapat membuang sel-sel kulit mati serta menghalang kadar pertumbuhan jerawat yang baru dan ruam-ruam kecil.
Fungsi pencuci muka 6 dalam 1 ini dapat melawan jerawat, mengecilkan liang pori, mengurangkan kemerahan pada kulit serta mengawal penghasilan minyak dan sebum berlebihan. Diperkaya dengan Herba Repair dan asid Salicylic, kulit anda kembali bermaya seperti biasa.
#2: Men’s Biore Double Scrub Facial Foam Deep Clean Extra Cool
Anda aktif bersukan? Kulit menjadi kusam dan rosak? Biore’s Men Double Scrub ini sesuai untuk anda yang mengalami masalah tersebut. Seharian bersukan, pasti kulit wajah anda akan keletihan dan berminyak. Diformulasi dari teknologi Advanced Japan Million-scrub, pencuci muka jenis ini membersih liang pori secara optimal dengan menyerap masuk ke dalam lapisan kulit.
Ads
Sensasi ‘cooling’nya menyejukkan kulit wajah sehingga tiada lagi kulit kusam dan tidak bermaya. Kulit anda akan lebih tenang selepas seharian melakukan aktiviti luar. Berbaloi dengan harga, hasilnya juga ‘lumayan’.
#3: Bad Lab Depth-charged Deep Cleansing Facial Cleanser
Pencuci muka dari BadLab ini mampu mengembalikan lembapan pada kulit wajah anda dan sangat sesuai untuk yang alami masalah kulit kering terlampau. Ianya menyerap ke dalam lapisan kulit paling dalam untuk mencuci kotoran yang melekat dalam liang pori terbuka. Diperkaya dengan Bentonite Clay dan Charcoal serta Dragon’s Blood yang dapat mengekalkan hidrasi dan membuatkan kulit tampak segar bermaya.
Tiada lagi kesan keletihan dan kekusaman tampil pada kulit wajah selepas menggunakan pencuci wajah ini.
Ads
Nak dapatkan pencuci muka yang murah dan beberapa item kecantikan untuk kulit wajah di sini.
#4: Nivea Men Cleanser Whitening Acne Oil Control Foam Nivea men memberikan anda pengalaman mencuci muka yang menakjubkan. Memberikan kulit kelihatan lebih bermaya dan berseri sepanjang hari. Tekstur buih memberikan pembersihan yang mendalam pada kulit wajah anda dan menjadikan kulit muka bebas minyak. Pencuci muka ini mempunyai 10 kali ganda efek yang mampu mencerahkan kulit muka anda. Jenamanya yang terkemuka ini seharusnya tidak menjadi keraguan untuk anda mencubanya.
Ads
#5: Kiehl’s Facial Fuel Energizing Face Wash Pencuci muka ini mampu membersihkan kotoran yang melekat pada kulit dan menghapus lapisan minyak tanpa mengeringkan kulit wajah anda. Pasti sesetengah dari anda yang hendak mencukur janggut atau misai mengalami masalah facial hair yang degil. Gunakan pencuci muka ini sebelum shave janggut dan misai untuk melembutkan akar umbi facial hair.
Diformulasi dari kafein, vitamin dan ekstrak Citrus yang dapat mengembalikan kesegaran kulit wajah dalam masa beberapa hari. Wajah anda tampil segar dan berseri selepas menggunakannya.
Kini anda tak perlu susah nak buang whitehead sebab ada cara mudah yang boleh anda buat. Menggunakan dua bahan bermodalkan serendah RM0.40, anda boleh buang whitehead tanpa perlu memicitnya.
Tidak dinafikan, kehadiran whitehead yang bermaharajalela di celah-celah hidung dan dagu membuatkan kita rasa rimas. Bimbang jika dipicit boleh menyebabkan hidung dan dagu menjadi merah.
Cara mudah dan murah ini anda boleh ikuti menerusi perkongsian Facebook Yanie Rosdi. Kini anda tak perlu lagi bersusah payah nak membeli pore patches sebab dua bahan ini boleh mengatasi masalah whitehead anda.
Ketika di usia remaja, musuh utama penampilan wajah kacak anda ialah tak lain tak bukan jerawat!
Malah ramai jejaka kacak pada masa kini yang sudah dewasa berdepan masalah jerawat yangs angat teruk ketika usia belasan tahun.
Biasalah, itulah tempoh di mana hormon sedang galak berperang antara satu sama lain. Yang jadi mangsanya ialah wajah dan juga bau badan anda!
Bila meningkat dewasa jerawat bukan lagi masalah utama yang anda hadapi. Akan tetapi dengan kepelbagaian aktiviti yang anda lakukan dalam kehidupan seharian, wajag terdedah kepada bermacam kotoran.
muncul masalah blackhead. Jika ia tak dikawal masalah blackhead ini boleh menjejaskan penampilan kacak anda. Apabila liang wajah anda tersumbat dengan kotoran, sel mati serta minyak maka sakanlah blackhead dan whitehead muncul.
Jangan biarkan ia berlarutan walaupun ia tak menyakitkan namun blackhead boleh menyebabkan kulit wajah menjadi semakin kusam.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 4 cara terbaik bagaimana anda boleh hapuskan blackhead pada wajah.
GUNA PENCUCI MENGANDUNGI ASID SALISILIK
Rejimen penjagaan kulit wajah biasanya mempunyai tiga langkah; mencucui, exfoliating dan pelembapan. Namun anda boleh jadikan ia sebagai satu langkah sahaja dengan menggunakan pencuci wajah mengandungi asid salisilik. Ia berfungsi menghakis blackhead yang tersumbat pada liang.
MELEMBAP WAJAH DUA KALI SEHARI
Ini andata amalan yang boleh anda lakukan tapi susah untuk dilakukan setiap hari. Dengan menggunakan pelembap mengandungi SPF yang kaya dengan pelbagai nutrien anda boleh mengekalkan kesihatan kulit wajah. Malah ia boleh menghalang segala jenis kotoran untuk melekat.
SAPU TREINOIN SEBELUM TIDUR
Menurut pakar, retinoid dianggap sebagai salah satu langkah terbaik untuk mengecilkan liang roma, menghalang jerawat dan melambatkan proses penuaan wajah. Walau bagaimanapun silalah rujuk doktor atau pakar dematologi sebelum anda menggunakan mana-mana produk yang betul-betul sesuai dengan kulit wajah anda.
PAKAI MASK SEMINGGU SEKALI
Cuba tengok orang Korea, tak kira lelaki atau perempuan mereka sentiasa mengamalkan penggunaan mask dalam kehidupan harian. Sebab itulah ramai di antara mereka mempunyai kulit wajah yang licin dan polos. Menggunakan mask seminggu sekali boleh menghalang berlakunya kotoran tersumbat dalam liang wajah. Pakai selama 10 hingga 15 minit pun sudah mencukupi.
Selamat mencuba ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pisau cukur diperbuat daripada besi dan jika tidak disimpan dengan elok ia akan berkarat serta menjemput banyak kaum bakteria.
Disebabkan itu, MASKULIN ingin menerangkan bagaimana menjaga pisau cukur agar ia tahan lama serta menjimatkan duit anda.
1. Guna krim cukur ketika mencukur
Ramai orang tidak menggunakan krim pencukur ketika mencukur. Ia amat penting untuk membuatkan bulu-bulu yang akan dicukur dalam keadaan lembab serta memudahkan proses mencukur.
Ia juga penting untuk mengelakkan pisau cukur tergores dengan kulit anda hingga mengakibatkan kecederaan malah lebih teruk lagi terdapat kesan parut.
2. Bersihkan pisau cukur dengan teliti
Percaya atau tidak, ramai orang selalu selepas bercukur suka tinggalkan pisau begitu sahaja tanpa membersihkannya.
Penjagaan paling mudah adalah untuk melalukan air di setiap celah garis pisau. Selain itu, bulu yang tertinggal boleh mengakibatkan kesan luka kerana ia amat tajam, jadi pastikan pisau cukur anda bersih serta bebas dari bulu lama yang telah dicukur.
3. Keringkan setelah digunakan
Air yang tertinggal pada pisau cukur akan membuatkan ia berkarat. Pisau yang berkarat bakal membuatkan banyak bakteria hinggap disitu.
Lebih teruk jika anda gunakan pisau cukur yang terdapat kesan karat, kulit muka anda pasti akan merasa gatal serta tanda kemerahan kerana sudah dijangkiti bakteria.
4. Simpan di tempat yang kering
Walaupun sudah kering tetapi tidak bermakna kalau anda tinggalkan ia di dalam bilik air. Persekitaran bilik air yang lembap, boleh mempengaruhi pisau cukur dan membuatkan ia berkarat. Cari tempat yang kering untuk menyimpannya.
5. Asah pisau cukur guna seluar jeans
Untuk memastikan pisaunya sentiasa tajam, asah ia guna seluar jeans yang tidak dipakai lagi.
Caranya adalah dengan mengalur gerak pisau terbabit sama macam anda bercukur. Anda boleh asah ia bila sudah dapat rasa cukuran pisau tersebut tidak selancar biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.