Perahan lemon yang dicampurkan dengan gula perang atau madu ke dalam air suam dapat memberikan banyak manfaat kepada badan anda dalam banyak cara, termasuk membantu untuk menurunkan berat badan, meningkatkan penghadaman dan membekalkan vitamin C.

Mesti Cuba, Jus Lemon Mampu Mengurangkan Risiko Strok Dan Gout

Cara-caranya:

  • Perahkan jus lemon sebanyak satu sudu besar
  • tambahkan setengah sudu gula perang atau madu
  • bancuh dalam segelas air suam
  • Sebagai pilihan boleh menambah secubit serbuk kayu manis atau secubit halia.

Ini akan meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien. Penyerapan nutrien yang lemah boleh menyebabkan kita berasa lapar, walaupun sebenarnya kita baru saja makan.

Mesti Cuba, Jus Lemon Mampu Mengurangkan Risiko Strok Dan Gout

Ads

Air lemon dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin.

Kedua-dua kombinasi lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru di makan.

Oleh itu sangat baik setelah selesai memakan makanan yang banyak lemak. Jus lemon menyediakan jumlah Vitamin C yang tinggi.

Ads

Satu biji limau memberikan 30.7 mg vitamin C, berbanding dengan jumlah harian yang disyorkan ialah 75 mg bagi wanita dan 90 mg untuk lelaki oleh USDA.

Mesti Cuba, Jus Lemon Mampu Mengurangkan Risiko Strok Dan Gout

Ads

Mereka yang mengambil lebih banyak vitamin C mempunyai sistem pencernaan yang lebih cekap kerana ia meningkatkan keasidan dalam sistem pencernaan.

Vitamin C dalam jus lemon juga meningkatkan sistem tahan, membantu mencegah penyakit jantung koronari, dan mengurangkan risiko anda untuk strok, dan gout.

Ia juga adalah antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI