Dalam sibuk-sibuk usaha mencari Mohammad Ashraff Hassan, 29, atau lebih mesra dengan panggilan Acap, sebuah lagi kisah misteri tentang kehilangan menjelma kembali.
Ia berkait dengan seorang pemuda bernama Mohammed Hassan Ayat Zainuddin yang hilang pada 15 Februari 2009 sewaktu dia berusia 28 tahun.
Dia yang lebih senang dipanggil Hassan Ayat bersama 13 orang rakan menyertai sebuah ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap yang bersempadan di negeri Perak dan Kelantan.
Pemuda yang berasal dari Bangi, Selangor itu dikatakan sesat sewaktu menuruni Gunung Yong Yap dan selepas 8 Mac 2009, 30 anggota pendaki dari Kuala Lumpur menghentikan operasi pencarian selepas misi mengesan Hassan Ayat bertemu jalan buntu.
Kehilangan Hassan Ayat lebih menimbulkan misteri apabila salah seorang rakannya mendedahkan sebuah sajak yang ditulis Hasan Ayat beberapa bulan sebelum kehilangannya.
Sajak itu telah ditulis oleh Hassan Ayat pada 20 November 2008 di Sungai Merab, Selangor dan ramai pihak beranggapan Hassan Ayat telah menemui ‘petanda awal’.
Berikut adalah sajak misteri Hassan Ayat yang sempat dimiliki oleh salah seorang rakannya dan didedahkan kepada umum :
Tajuk : Seorang Lelaki Tua Yang Sedang Bermeditasi Di Tepi Sebatang Sungai
Karya : Hassan Ayat, Sg. Merab, 20 Nov 2008
Entah bagaimana nasib Hassan Ayat sekarang. Jika meninggal dunia, tunjukkanlah jasadnya. Jika hidup bahagia di alam sana, tinggalkanlah petanda.
Izinkan jiwa keluarga dan sahabat yang setia menanti mampu terukir senyum dan gembira kembali andai mendapat perkhabaran berita.
Kisah lelaki yang baik tiba-tiba hilang sewaktu mendaki gunung, bukit atau memasuki hutan sering terjadi dan sebagai umat Islam, ada sebab kenapa kita diminta untuk mempercayai perkara-perkara ghaib. – MASKULIN