Nama Mercedes-Benza sememangnya sudah sedia terkait dengan imej mewah, eksklusif dan juga bertindak sebagai antara pelopor utama teknologi automotif global.

Sejarah yang cukup kaya dimiliki oleh jenama automotif asal Jerman ini sudah sedia terlipat dalam sejarah akan kehebatannya. Jadi tidak hairnlah setiap kali muncul di dalam mana-mana autoshow, kenderaan komersial dan juga konsep Mercedes-Benza sentiasa berjaya menarik perhatian ramai terutamanya di kalangan penggemar kereta.

Pada 2019 Frankfurt Show yang berlangsung minggu lalu, Mercedes-Benz sekali lagi menjadi antara topik paling hangat diperkatakan apabila memperkenal sebuah kereta konsep yang cukup menarik.

Mercedes-Benz Lahirkan Kereta Konsep EV Unik Berkonsep Retro Bertemu Futuristik Mercedes-Benz Lahirkan Kereta Konsep EV Unik Berkonsep Retro Bertemu FuturistikBACA: BMW 330i M Sport Jentera Sensasi Kelas Premium Dipasang Di Malaysia

IKLAN

Pengenalan kereta konsep EV diberi nama julukan Vision Mercedes Simplex, kereta konsep ini mengetengahkan idea elemen klasik dan juga futuristik. Pertembungan dua elemen yang sangat kontras ini kebiasaannya cukup sukar untuk divisualkan dengan berjaya.

Namun itulah yang telah dibuktikan oleh Mercedes-Benz menerusi Vision Mercedes Sinplex. Model kereta konsep ini dihasilkan daripada inspirasi kereta klasik Mercedes iaitu 35 PS yang dikeluarkan pada tahun 1901.

IKLAN

Rekaan klasik yang diberikan nafas futuristik ini membawa idea perubahan era baru rekaan erta teknologi dalam industri automotif. Tapi yang lebih penting rekaan Vison Mercedes Simplex merupakan sebuah apreasiasi unggul terhadap legasi sejarah jenama ini sejak sekian lama.

Mercedes-Benz Lahirkan Kereta Konsep EV Unik Berkonsep Retro Bertemu Futuristik Mercedes-Benz Lahirkan Kereta Konsep EV Unik Berkonsep Retro Bertemu Futuristik

IKLAN

Menurut Ketua Pegawai Rekaan Mercedes-Benz, Gorden Wagener hanya Mercedes sahaja yang memiliki kekuatan jenama dan mampu mengahsilkan rekaan simbiosis antara legasi sejarah dan juga masa depan.

Ia merupakan simbol perubahan serta transformasi jenama mewah seperti Mercedez-Benz. Rekaan model istimewa ini mengekalkan elemen dua tempat duduk dengan kemasa rimmed rose gold dan gril housing panel paparan 3D.

Di bahagian dalaman pula kokpitnya lebih bersifat minimalis dengan sentuhan rekaan ringkas yang relevan dengan trend gaya masa kini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI