Mercedes Bakal Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Transmisi Manual Menjelang Tahun Hadapan

Share

Tidak dinafikan jenama pengeluar automotif dari Jerman, Mercedes cukup terkenal dengan kenderaan premium dan menampilkan teknologi terkini. Saban tahun Mercedes memperkenalkan pelbagai inovasi automotif yang banyak mencorak industri tersebut.

Dalam perkembangan terbaru, Mercedes dilaporkan akan mula memperkenalkan fasa keluar dan menghentikan pengeluaran kenderaan yang menggunakan transmisi manual.

Memetik laman sesawang automotif berpengaruh dari Jerman, Automobilmoche berkata Mercedes akan mengakhiri transmisi manual menjelang akhir tahun 2023.

Foto hiasan: Mercedes

Jurucakap mereka berkata, “Dengan berkembangnya teknologi kenderaan elektrik kami melihat pengguna kini lebih cenderung kepada komponen elektrik, bateri dan sistem pemanduan elektrik”.

Ia dipercayai tidak lagi memerlukan kenderaan menggunakan transmisi manual. Menerusi portfolio sedia ada, model A-Class dan C-Class berserta kenderaan penumpan CLA masih menawarkan trasmisi manual H-patterned.

Adakah perubahan ini turut mempengaruhi jenama terkenal yang lain untuk melakukan pendekatan sama? Atau ia akan terus merevolusi industri automotif yang lebih menarik di masa akan datang?

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Sumber: Automobilwoche

Published by
Farizul Izwany Ibrahim