Tidak dinafikan jenama pengeluar automotif dari Jerman, Mercedes cukup terkenal dengan kenderaan premium dan menampilkan teknologi terkini. Saban tahun Mercedes memperkenalkan pelbagai inovasi automotif yang banyak mencorak industri tersebut.
Dalam perkembangan terbaru, Mercedes dilaporkan akan mula memperkenalkan fasa keluar dan menghentikan pengeluaran kenderaan yang menggunakan transmisi manual.
Memetik laman sesawang automotif berpengaruh dari Jerman, Automobilmoche berkata Mercedes akan mengakhiri transmisi manual menjelang akhir tahun 2023.
Ads
Foto hiasan: Mercedes
Jurucakap mereka berkata, “Dengan berkembangnya teknologi kenderaan elektrik kami melihat pengguna kini lebih cenderung kepada komponen elektrik, bateri dan sistem pemanduan elektrik”.
Ia dipercayai tidak lagi memerlukan kenderaan menggunakan transmisi manual. Menerusi portfolio sedia ada, model A-Class dan C-Class berserta kenderaan penumpan CLA masih menawarkan trasmisi manual H-patterned.
Ads
Adakah perubahan ini turut mempengaruhi jenama terkenal yang lain untuk melakukan pendekatan sama? Atau ia akan terus merevolusi industri automotif yang lebih menarik di masa akan datang?
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperbaharui wajah skuter XMAX250 dengan 4-lenjang 4 -injap silinder tunggal 250cc SOHC penyejuk cecair dengan sister suntikan bahan api (FI) yang dibantu teknologi BlueCore. Kuada kuda dihasilkan 22.5hp @7,000rpm dan tork 25.3Nm @ 5,500rpm manakala transmisi jenis CTV.
Ia di datangkan dengan 3 varian warna matte yang baharu untuk dipilih; Matte Blue, Matte Silver dan Matte Grey.
Ada beberapa ciri menarik yang terdapat di motor ini, antaranya ialah soket 12V untuk mengecas telefon pintar, bar hendal boleh dilarakan secara manual, ruang storan yang boleh memuatkan dua helmet bersaiz XL.
Untuk harganya pula ia masih kekal dengan harga RM 21,500 (tidak termasuk cukai jalan, insurans pedaftaran dan lain-lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seorang lelaki di Brazil, Ricardo Azevedo telah membuktikan kepada dunia bahawa motosikal yang enjinnya menggunakan tenaga air sememangnya dapat dihasilkan.
Bukan sahaja tidak menggunakan petrol, motosikal rekaan penjawat awam dari Sao Paulo ini mampu bergerak sejauh 300 batu (482 kilometer) dengan seliter air.
Diberi nama ‘T Power H20’
Ricardo menamakan motosikalnya yang dibangunkan mengguna platform motorsikal Honda NX 200 yang dikeluarkan pada tahun 1993 sebagai ‘T Power H20’.
T Power H20 langsung tidak menggunakan sebarang bahan api konvensional sebaliknya hanya bergantung kepada air semata-mata.
Bergerak dengan tenaga elektrik
Selain itu, jentera ini juga bergantung kepada bateri kenderaan yang dipasang Ricardo untuk menjana dan menghasilkan tenaga elektrik.
Tenaga elektrik berfungsi untuk menjalankan proses elektrokinesis bagi memisahkan molekul-molekul air kepada hidrogen dan oksigen.
Ricardo juga harus memastikan kuantiti molekul hidrogen yang terhasil mestilah dalam jumlah yang banyak bagi memastikan enjin dapat berfungsi dengan baik.
Mahu atasi pencemaran asap
Ujar Ricardo ketika ditemu bual, dia mahu membantu dalam usaha menyelesaikan masalah pencemaran asap kenderaan yang semakin banyak berlaku ketika ini.
Sewaktu T Power H20 dibangunkan untuk ujian prototaip, jentera itu didapati mampu bergerak sejauh 500 kilometer (km) dengan setiap liter air.
Bagi mendapatkan penggunaan enjin yang terbaik, Ricardo telah mencuba dengan pelbagai jenis air termasuklah air masak, air minuman serta air sungai.
Air tercemar jadi bahan bakar terbaik
Paling mengejutkan, Ricardo tidak menyangka air daripada sungai yang tercemar seperti Sungai Tietê mampu memberikan hasil yang terbaik.
Sehubungan itu, Ricardo mengambil keputusan untuk menggunakan air yang tercemar tersebut sebagai ‘bahan bakar’ semula jadi untuk kegunaan motosikal tersebut.
Uniknya lagi tentang motosikal ini adalah T Power H2o tidak memiliki enjin normal seperti enjin motosikal biasa yang melepaskan karbon dioksida.
Sebaliknya T Power H20 hanya akan melepaskan wap air menerusi ekzosnya dan keadaan itu boleh mengurangkan masalah pelepasan karbon dioksida yang melampau.
Penyelidik kagum dan ramai yang puji
Ciptaan Ricardo mendapat pujian daripada ramai penyelidik ternama yang mahu kerajaan turut sama memberi sokongan kepada pencipta tempatan seperti Ricardo.
Bagaimanapun, selagi para penyelidik belum menemui cara untuk menghasilkan enjin dengan pembakaran terkawal dan sempurna menggunakan air, harapan untuk melihat kenderaan dengan tenaga air secara kormesial dalam masa terdekat mungkin belum dapat direalisasikan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bercakap tentang penjagaan atau servis kereta kita sebagai pemilik pastinya tidak akan dapat lari daripada berkira-kira tentang bajet yang harus dikeluarkan. Bukan apa, kadang-kadang bajet yang kita sediakan awal-awal sebenarnya jauh berbeza dengan kos servis sebenar.
Salah satu servis yang cukup penting dalam penjagaan kereta ialah servis penghawa dingin atau aircond. Menggunakan kereta di negara bercuaca sentiasa panas seperti negara kita ini memang menuntut kita ada sistem aircond yang berfungsi dengan baik.
Kalau memandu tanpa aircond memang seksa juga dibuatnya. Bercakap tentang bajet servis aircond kereta, sebenarnya berapakah yang harus kita sediakan?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari ACS Car Servis (pakar aircond kereta) yang mengulas dengan cukup baik akan perkara ini. Menurut mereka pada hakikatnya bajet untuk servis aircond dan baiki sistem aircond adalah sangat subjektif.
Ini kerana terdapat banyak faktor yang membuatkan aircond kereta boleh jadi tak sejuk dan ia biasanya disebabkan oleh masalah-msalah tertentu. Kalau yang biasa dan mudah untuk selenggara adalah masalah gas kurang. Namun ada beberapa punca lain yang perlu anda tahu.
Antaranya ialah:
compression tidak kuat
sistem tersumbat
fuse compressor aircond terputus
kipas berpusing perlahan
radiator tersumbat
kerosakan pada magnet
kerosakan pada relay
Bagi memastikan anda tidak mengeluarkan bajet yang tidak perlu, sebelum meneruskan untuk tukar komponen penting seperti kompresor pastikan anda periksa dengan teliti dan pastikan apa masalah yang sebenar. Jika langkah terkahir kena tukar, barulah teruskan.
Dalam menukar komponen atau sparepart pula terdapat dua jenis yang anda boleh pilih iaitu yang original daripada pengeluar asal dan juga dari original equipment manufacturer (OEM).
Ia bermaksud kilang pengeluar yang mengeluarkan semula produk syarikat laun di bawah nama dan jenama sendiri. Jadi bergantung kepada anda, jika mahu yang terbaik keluarlah bajet lebih sedikit untuk beli yang original ya.
Berikut anggaran harga sparepart aircond kereta perlu anda tahu:
Kredit: ACS Car Servis
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video auto menarik seperti di bawah ya!
Kredit: ACS Car Service
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.