Mercedes-AMG GT Tampil Bak Jet Pejuang Full Stealth Mode

Share

Tampil bak jet pejuang yang meluncur senyap. Penampilan serba elegan terbaru Mercedes-AMG GT dengan warna ‘hitam malap’ benar-benar menarik perhatian penggemar automotif.

Selepas memperkenalkan edisi ‘Black’ pada bulan Julai yang lalu, Mercedes-AMG kini menampilkan versi Stealth Edition. Ia juga merupakan edisi prestasi tinggi GT yang bukan sahaja lebih laju malah penampilannya yang lebih ‘sleek’ dan garang.

Mercedes-AMG GT Stealth Mode ini bakal ditampilkan dalam dua versi iaitu coupe dan convertible. Ia juga bakal menerajui model Mercedes-AMG GT bagi tahun 2021.

Edisi istimewa ini turut menampilkan kemasa dan juga ciri-ciri eksklusif. Antaranya dilengkapi Exterior Night Package di mana ia mengandungi gril radiator krom, lampu hadapan dengan tona warna hitam, calipers hitam dan juga rim hitam berukuran 19 dan 20 inci.

ELEGAN & TAHAN LASAK

Bahagian bumbungnya juga diperbuat daripada bahan tahan lasak dan ringan karbon fiber. Untuk bahagian dalamannya juga, ia turut tampil dengan beberapa toba warna hitam seperti hitam biasa, hitam metalik obsidian, kelabu selenite metalik dan kelabu graphite designo.

Manakala dari segi prestasinya ia boleh dikatakan menyamai model 2021 GT dengan kekuatan enjin hampir 523 kuasa kuda. Mercedes-AMG GT mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 3.7 saat.

Bagi anda yang mempunyai hobi mengumpul kenderaan miniatur menarik, boleh dapatkannya di sini!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim