Daun pandan, memang terkenal dengan aura dan ‘wangiannya’ yang tersendiri. Selalu digunakan dalam masakan, daun pandan juga mempunyai memiliki berbagai manfaat dan khasiat khasnya untuk kesihatan lelaki.
Petua dan tip dari daun pandan ini sebenarnya sudah lama digunakan oleh orang dahulu kala.
Khasiat Daun Pandan
Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook, memberi info bahawa daun pandan ini mempunyai pelbagai jenis kegunaan.
Petua orang kampung
Sekadar petua saja bukan gerenti jadi.. sapa suka cuba boleh je dan tak suka abaikan. Antaranya :
*Menurunkan darah tinggi* Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.
*Mengubati lemah saraf* Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
Boleh Hilangkan Bau Badan
*Menghilangkan bau badan* Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.
Ads
*Mengatasi lemah syahwat* Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
*Menurunkan bacaan gula* Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.
*Merawat gaot* Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.
*Matikan kuman dalam darah* Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
*Menurunkan Kolesterol* Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.
Ads
Pelbagai Khasiat Lain Daun Pandan
*Mengatasi sembelit* Rebus daun pandan dan minum airnya.
*Buka selera makan* Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.
*Merawat rambut* Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.
*Melicinkan kulit* Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
Ads
*Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah* Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.
*Pewangi alami* Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.
*Merawat susah tidur* Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal… Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.
*Buang angin dalam badan* Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam
Memang serbaguna daun pandan ni, namun ia hanyalah sebagai petua, adalah lebih baik untuk pergi ke klinik atau pakar jika masalah berlanjutan dan serius. Semoga bermanfaat!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai antara golongan lelaki yang kurus cukup teringin untuk memiliki badan yang tegap dan berisi seperti Aaron Aziz tetapi ramai antara mereka berasa seolah-olah tiada harapan untuk mereka kerana berat badan mereka terlalu kurang. Ramai yang sedang mencari kaedah bina badan untuk orang kurus yang dikatakan selamat dan berkesan.
Untuk bermula bina badan terutamanya bagi orang kurus seperti anda, anda boleh mula mengambil makanan tambahan protein iaitu whey yang menurut kajian, didapati mempunyai pelbagai khasiat tambahan khas untuk anda.
Ikuti langkah-langkah senaman ini untuk membantu orang kurus seperti anda membina badan:
Teknik senaman barbell dan dumbbell
Berbaring dalam keadaan posisi yang selesa. Pegang kuat barbell atau dumbbell supaya tidak terlepas daripada genggaman tangan.
Tangan berada pada laras bahu. Tidak boleh jika melebihi bahu atau terlalu dekat kerana ia akan memberi kesan buruk kepada pembentukan otot dada.
Lentikkan badan untuk memberi lebih tumpuan pada dada anda.
Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus ketika anda sedang mengangkat barbell.
Lakukan dalam enam hingga lapan kali bagi membina kekuatan badan dan seandainya anda ingin memberi tumpuan kepada kekuatan otot, boleh dilakukan sebanyak lapan hingga 12 kali.
Mesin chest fly
Duduk dalam keadaan posisi yang selesa.
Tarik pemegang ke luar sehingga anda dapat merasakan ketegangan atau tekanan pada bahagian dada.
Kemudian halakan pemegang ke hadapan tetapi pastikan bahawa keadaan ia tidak menyentuh antara satu sama lain.
Buat secara berulang kali dalam kiraan lapan hingga 12.
Mesin ini boleh digunakan bagi anda yang ingin untuk membentuk kelebaran dada.
Mesin incline bench press
Berfungsi untuk membantu anda mendapatkan ketebalan dada terutamanya bahagian atas.
Lakukan langkah sama seperti bagaimana anda mengangkat barbell dan dumbbell tadi.
Semoga dengan latihan senaman ini nanti dapat membantu anda untuk berjaya mendapatkan bentuk badan yang anda idamkan di samping untuk menyelesaikan masalah bina badan untuk orang yang kurus seperti anda. Semoga berjaya dan kongsikan jika anda mendapatinya bermanfaat untuk anda dan orang sekeliling.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selain menggunakan produk-produk di pasaran untuk memudarkan parut jerawat, ada cara jimat boleh anda lakukan.
Caranya hanya mengunakan petua natural mengunakan kulit pisang. Tapi jarang kan orang menggunakan getah kulit pisang untuk cantikkan kulit wajah?
Getah Kulit Pisang Untuk Kulit
Petua menggosok kulit pisang pada wajah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Nauf Safuan untuk memudarkan parut jerawat, membersihkan kulit, mengecutkan jerawat dan mengurangkan keradangan pada kulit.
“Petua dari sekolah lagi. Tiap sabtu ahad , abah akan beli pisang. Lepas makan, saya ambil kulit pisang ni.Saya pakai tenyeh kat muka ni.” Tulisnya ringkas.
Bahan-bahan:
Kulit pisang
Cara Penggunaan:
Tenyeh kulit pisang pada bahagian muka. Biar selama 5-10 minit atau sehingga getah pisang kering. Bilas dengan air bersih. Ulang setiap hari di waktu pagi.
Boleh juga di pakai sebelum tidur. Bangun keesokkan paginya. Baru bilas.
Kongsinya, “Hampa pakai tiap hari selama seminggu dan hampa akan nampak perubahanya.”
Fungsi Lain Kulit Pisang
Kalau nak tahu, dalam kulit pisang ni secara semula jadinya ada vitamin B & C yang dapat membantu untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan jerawat. Selain itu, kulit pisang juga boleh dijadikan masker untuk lembapkan kulit. Cara ini juga mudah cuma perlukan campurkan dengan bahan lain. Nah, cubalah!
Bahan:
Pisang
Kuning telur
Caranya mudah, haluskan kulit pisang, lalu campurkan dengan satu kuning telur. Jadikan sebagai masker wajah. Biarkan selama 5 minit, kemudian bilas wajah hingga bersih.
Tak susah bukan? Malah, kulit pisang juga boleh digunakan untuk membersihkan wajah daripada sebarang cela. Nutrisinya juga dapat menenangkan radang kulit, selain mengurangkan jerawat yang timbul tidak menentu.
Selamat mencuba!
Tonton episod penuh di saluran Youtube Maskulin untuk mendengar kisah Bell Ngasri lebih lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jerawat di Dahi Atas
Punca: Sistem pencernaan dan Pundi Kencing
Apa yang perlu dilakukan:
Air minuman membantu untuk mengepam keluar toksin dalam badan anda, jadi tingkatkan pengambilan air dan lihat pada makanan yang anda makan.
Kurangkan pengambilan minuman bergas dan minuman yang tinggi kafein. Lebih baik minum teh herba terutamanya teh hijau.
Kurangkan memakan coklat, kek, air limau dan Coke dan minum lebih banyak air mineral.Makan makanan yang membantu menghapuskan toksin dari badan seperti minum air lemon.
Amalkan tidur awal (10:00pm) dan bangun awal (6:00am).
Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari
Tingkatkan kebersihan diri terutama kebersihan rambut dan topi (jika suka pakai topi)
Teh hijau, air lemon dan buah beri juga boleh membantu kerana ini adalah makanan yang kaya dengan antioksida
Jerawat di Dahi Bawah (Lower forehead)
Punca: Jantung
Jantung anda adalah organ besar yang mengepam darah ke seluruh badan anda. Jika ia tertekan kerana pemakanan yang tidak sihat, tidak aktif dan pelbagai tekanan mental dan fizikal, maka bukan sahaja anda akan mendapat jerawat di dahi bawah, seluruh tubuh anda akan terjejas teruk jika masalah ini tidak diatasi. Hati yang sihat penting untuk melakukan senaman menguatkan jantung, dan juga makan makanan yang sihat serta mengelakkan stress.
Apa yang perlu dilakukan:
Cuba untuk bersenam
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air
Makan makanan yang sihat sebaik-baiknya yang mempunyai kolesterol rendah dan diet serat yang tinggi
Jika merokok, usahakan untuk berhenti merokok
Jerawat di telinga
Punca: Buah pinggang
Apabila buah pinggang tidak dijaga, jerawat yang menyakitkanakan tumbuh di telinga anda yang biasanya susah untuk hilang.
Apa yang perlu dilakukan:
Tingkatkan pengambilan air
Elakkan makan makanan yang masin dan tinggi kafein
Bersihkan buah pinggang anda dengan diuretik seperti kaedah daun sup/pasli dan air. Klik link ini untuk mengetahui cara-cara menyediakannnya
Jerawat di sekitar Mata dan antara Bulu kening
Punca: Hati
Kulit berminyak, kemerahan dan jerawat antara kening boleh menunjukkan bahawa hati anda mungkin telah overworking dan memerlukan pembersihan. Senang cerita, perlukan detox!
Apa yang perlu dilakukan:
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin C (kiwi, lada manis, oren)
Cuba elakkan makan lewat malam; terutama sebelum tidur kerana badan anda tidak akan memecahkan makanan dengan berkesan, yang membawa kepada terbentuknya toksin.
Kurangkan lemak, manis, makanan berminyak, alkohol dan diari, terutamanya jika anda mengalami alahan pada laktosa.
Antara makanan yang terbaik untuk membersihkan hati anda termasuk bawang putih, limau gedang, teh hijau, lobak merah, bit, sayur-sayuran berdaun hijau, lemon dan limau.
Jerawat di Pipi Atas
Punca: Paru-paru dan Sistem Pernafasan
Tekanan ke atas paru-paru mungkin menyebabkan jerawat keluar di pipi atas. Tekanan ini termasuk merokok, asma, alahan, dan jangkitan paru-paru.
Apa yang perlu dilakukan:
Elakkan merokok dan merokok pasif
Senaman
Elakkan kawasan yang tercemar terutama asap kenderaan
Jerawat di Pipi Bawah
Punca: Masalh gusi atau Gigi
Masalah Gusi atau gigi boleh menyumbang kepada jerawat di kawasan bawah pipi.
Apa yang perlu dilakukan:
Jaga kebersihan diri: Tukar sarung bantal anda sekurang-kurangnya sekali seminggu, dan lap bhgn bawah telefon anda dengan pencuci antibakteria setiap beberapa hari.
Sentiasa jaga kesihatan gigi, memberus gigi, menggunakan flos dan ubat kumur dua kali sehari dan pemeriksaan tetap di doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun! Jangan hanya menunggu sehingga anda mempunyai masalah gigi untuk membuat temujanji.
Jaga makanan: Makan makanan yang baik untuk paru-paru yang lebih sihat termasuk, kale, kubis dan labu. Termasuk sayur-sayuran segar, oat dan beras perang dalam diet anda.
Jangan makan terlalu banyak
Elakkan makanan segera dan makanan ringan, gula tiruan dan soda
Elakkan mangga, akar keladi dan makanan laut atau makanan lain yang anda mungkin sensitif dan ada kesan alergik.
Makan makanan kurang gula
Jerawat di Tepi Dagu
Punca: Hormon dan kemaluan
Biasanya terjadi pada kanak-kanak perempuan. Apabila jerawat timbul di kawasan tepi dagu, ia adalah satu tanda ketidakseimbangan hormon, biasanya disebabkan oleh haid. Kadang-kadang, tekanan emosi atau fizikal juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon.
Apa yang perlu dilakukan:
Kurangkan tabiat makan sebelum tidur
Makan buah-buahan yang lebih segar dan sayur-sayuran
Dapatkan rehat dan tidur yang cukup
Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari
Tidur awal dan bangun awal
Jerawat di Tengah Dagu
Punca; usus kecil dan perut
Ini juga disebabkan oleh diet yang lemah dan alahan makanan. Elakkan untuk mengambil makanan yang tidak baik.
Apa yang perlu dilakukan:
Makan buah-buahan yang lebih segar dan sayur-sayuran
Dapatkan rehat yang lebih
Tingkatkan pengambilan air dan serat dalam diet anda
Jerawat di Dada dan Leher
Kawasan dada biasanya disebabkan oleh tekanan, jadi pastikan tahu apa yang membuatkan anda tertekan dan atasi masalah tersebut. Ia juga penting untuk selesa dalam mengenakan pakaian anda. Apabila kawasan sekitar leher berjerawat, ia biasanya disebabkan oleh badan anda sedang melawan jangkitan.
Apa yang perlu dilakukan:
Cuba untuk hilangkan tekanan
Gunakan pakaian yang selesa
Tingkatkan pengambilan air dan kekalkan pengambilan vitamin C untuk melawan jangkitan.
Dah tahu punca sebenar kepada masalah jerawat yang menyerang anda?
sumber: nurulaziyana.blogspot.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.