Setiap orang yang aktif berlari boleh dikatakan hampir pasti akan berdepan dengan masalah kaki melecet dan lepuh.
Bila berlakunya lepuh ia memang satu kondisi yang sangat menjengkelkan. Bukan sahaja sakit malah boleh buat aktiviti larian dan harian seterusnya menjadi tidak selesa.
Punca berlakunya lepuh adalah disebabkan berlakunya pergeseran di antara kaki atau jari kaki dengan permukaan kasut dan stoking. Apa juga keadaan yang melibatkan kaki anda bergeser boleh menyebabkan lepuh.
PUNCA LEPUH
Antara punca yang boleh meningkatkan risiko lepuh ialah pemilihan kasut yang tidak kena dengan saiz, melakukan larian pecutan dan berhenti dengan tiba-tiba serta kondisi abnormal kaki seperti bunionsdan hammertoes.
Ads
Lepuh yang teruk boleh dirawat namun ia merencatkan sebarang perkembangan aktiviti larian anda dalam beberapa tempoh sehinggalah ia sembuh.
Selain itu jika kaki anda berada dalam kasut yang memerangkap suhu dan sentiasa lembap ia juga boleh meningkatkan risiko berlakunya lepuh.
Apabila pergeseran berlaku badan kita akan memberi tindak balas dengan mengeluarkan cecair di bawah permukaan kulit. Jika serius ia juga boleh menyebabkan saluran darah kecil pecah lantas menyebabkan lepuh yang berdarah.
Ads
MERAWATNYA
Jika anda mengalami sais lepuh yang besar dan menyakitkan anda harus pecahkannya serta buang cecair gelembung tersebut. Jika tidak dilakukan ia akan pecah sendiri dan menyebabkan anda lebih rasa sakit.
Untuk mengeringkannya, mula-mula anda harus pastikan tangan berada dalam keadaan bersih. Selepas itu dapatkan jarum yang telah disterilkan dengan alkohol swab.
Jangan sesekali memanaskan jarum yang ingin digunakan dengan api. Ia boleh menyebabkan partikel karbon terperangkap dalam kulit yang menyebabkan luka bertambah teruk.
Ads
Apabila lepuh sudah dipecahkan perlahan-lahan keringkan dan buang cecair dengan memicitnya secara perlahan-lahan. Akhiri dengan membalutnya dengan rapi bagi mengelakkan jangkitan bakteria.
Dan jika saiz lepuh itu kecil, biarkan sahaja ia begitu. Kulit anda akan bertindak sebagai pelindung kaki di bawah persekitaran yang lebih steril. Lagipun saiznya kecil dan jika dipecahkan ia akan menyebabkan masalah lain yang tidak sepatutnya berlaku.
Perlu diingatkan jika lepuh berlaku di bawah kuku anda perlu dapatkan rawatan daripada ahli perubatan yang lebih pakar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berat asal saya ialah 125kg dan sekarang berat saya kini sekitar 87kg. Dalam masa 5 bulan saya berjaya turunkan sebanyak 38kg. Target berat badan saya ialah sekitar 70kg.
Full name : MOHAMAD IZZAT BIN AB.LLAH
Umur : 28 TAHUN
Pekerjaan : BISNESS ONLINE
1.Mula timbul kesedaran?
Terdetik untuk berubah pada bulan September 2017 selepas berat badan saya telah mencapai 125 Kg dan merasa kesukaran untuk melakukan aktiviti. Pada masa tersebut, saya sudah tidak mampu untuk berlari kerana berat badan yang terlalu berat. Naik tangga pun terlalu penat!
2. Pernah dikritik sebelum ini?
Saya pernah dikritik masa berat badan 125kg. kata-kata yang membuatkan saya menjadi seperti sekarang ialah “ Penyakit banyak menunggu di hadapan jika saya tidak buat perubahan” dan “ bila kita sihat, kita akan dapat beribadah dengan sempurna”
3. Apa menu anda amalkan setiap hari
RUTIN HARIAN
DIET
Setiap kali bangun pagi saya akan minum segelas air kosong
+ Sarapan (7am- 8am) – Telur separuh masak 2biji dan air lemon suam
+ Minum pagi (10am) – Epal hijau atau kurma atau kismis
+ Makan tengah hari (12pm – 1pm) – Nasi putih satu senduk dgn lauk ikan atau ayam (rebus,kukus,gril,sup,panggang) dan sayur.
+Minum petang (5pm) – Epal hijau
+Makan malam (7pm – 8pm) – Nasi satu senduk dengan lauk ayam atau ikan (rebus,kukus,gril,sup,panggang) dan sayur.
+Supper (9pm – 10pm) – Epal atau kurma
Saya minum air kosong 4 liter sehari. Air manis saya tak minum langsung.
4.Apa menu yang akan anda hindari sehingga ke hari ini?
Saya elakkan makanan segera seperti KFC, McD, pizza dan sebaris dengannya. Saya sentiasa elakkan makanan manis atau bergula, masin dan berminyak. Saya akan pastikan pola diet saya sentiasa terkawal untuk dapatkan kesan yang terbaik. Sentiasa semak kalori yang perlu diambil dalam sehari
5.Berapa kali seminggu anda bersenam?
Saya bersenam boleh dikatakan setiap hari. Buat senaman ringan sahaja setiap hari
6. Kongsikan rutin anda di gym?
Rutin saya di gym lebih fokus kepada stamina contohnya angkat beban yang ringan tapi buat banyak ulangan. Antara contoh senaman yang saya buat ialah Jonging selama 30minit setiap hari. Awal2 diet dulu saya hanya mampu berjalan. Bulan pertama saya hanya berjalan kaki. Bulan kedua saya berjalan kaki dan lari perlahan lahan. Bulan ke-3 hingga ke-5 saya dah mampu jogging kerana berat sudah menurun. Saya amalkan selama 5 bulan, berat dari 125 kG berkurangan menjadi 87kg. Saya amat gembira!
7.Kepentingam nutrisi sewaktu berdiet?
Nutrisi masa berdiet sangat penting bagi mengekalkan tenaga sepanjang hari. Bagi saya, badan kita memerlukan karbohidrat, vitamin dan fibre yg cukup untuk memastikan berat turun dengan sihat. Jika nutrisi tidak cukup badan kita kan lesu dan tidak bermaya untuk bersenam. Kurang nutrisi juga boleh menyebabkan berat tidak turun. Oleh itu pastikan nutrisi mencukupi setiap hari
8.Qoutes anda untuk Berjaya
“NO pain, No gain” dan “Kamu Buat, Kamu sihat” dan “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”
9. Bina badan adalah rutin yang memerlukan disiplin dan pengorbanan yang besar dari segi wang dan masa, berapa anda berhabis untuk smua ni setiap bulan dan adakah ia berbaloi?
Setakat ni saya berhabis tidak banyak lebih kurang rm200 sahaja setiap bulan untuk pegi gym dan makanan. Saya juga join kelas kelas HITFAT selama 7minggu dengan bayaran rm250.
10. Berapa lama anda alami transformasi?
Selama 5 bulan dari berat 125 kg ke 87 kg. Hampir 40kg berat saya turun
11. Selepas mengubah gaya hidup seperti skg apa perkara palinh berbeza anda rasai?
Stamina semakin meningkat. Pergerakan semakin laju dan badan saya lebih ringan dari dulu. Saiz baju semakin kecil iaitu dari saiz xxxl ke M
12.Bagaimana anda bahagikan masa untuk bersenam dan bekerja?
masa bersenam dalam sehari lebih kurang 30 minit ke satu jam. Masuk kerja pkul 8.30pagi jadi saya jogging lepas solat subuh atau pown jogging lepas waktu kerja. Kita juga boleh bersenam di gym pada waktu malam.
13.Best exercise yang anda gemari?
Bulan pertama saya jalan kaki 15minit ke 30minit sehari
– Bulan ke-2 saya jalan kaki dan berlari slow
– Bulan ke-3 sampai ke-5 saya joging slow, buat setakat yang mampu.
Senaman lain yang saya lakukan
+tabata
+plank
+sit up
+squat
+push up
14 .Mengapa anda sarankan orang rmai untuk trut sama amalkan gaya hidup sihat.
Supaya kita terhindar daripada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan sebagainya. Bila kita sihat, kita mampu melakukan segala pekerjaan dan ibadah tanpa masalah.
15. Sampai bila anda akan meneruskan minat anda ini
saya akan mengekalkan gaya hidup sihat ini smpai bila-bila dan saya akan sentiasa mengajak dan memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kepentingan kesihatan tubuh badan. Saya juga telah menubuhkan satu group whatsapp untuk diet yang ditadbir oleh saya sendiri bagi berkongsi cara saya diet dan senaman yang diamalkan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sememangnya tidur meniarap akan buat seseorang berasa selesa bahkan dapat membantu orang yang berdengkur tidur dengan lebih senyap namun hakikatnya ia akan mendatangkan beberapa risiko lain.
Sakit Belakang/Masalah Tulang Belakang
Kebanyakan orang yang tidur meniarap berisiko tinggi untuk mendapat sakit belakang dan leher. Menurut pakar, tidur secara meniarap akan meletakkan tekanan yang banyak pada bahagian belakang badan dan tulang belakang. Ini kerana berat badan seseorang tertumpu pada bahagian tengah tubuh. Oleh itu, agak sukar tulang belakang untuk berada pada posisinya dan kemungkinan teralih ketika tidur.
Tekanan pada tulang belakang juga akan melemahkan badan di mana, apabila keadaan tulang belakang terjejas, kesakitan itu akan berkangkit ke bahagaian tubuh yang lain kerana tulang belakang merupakan saluran kepada sambungan saraf-saraf dalam badan seseorang. Antara simptom awalnya adalah seperti kebas-kebas.
Sakit Leher
Tidur dalam keadaan meniarap akan memaksa seseorang untuk memalingkan wajahnya agar boleh bernafas ketika sedang lena. Cara itu sebenarnya akan memberi tekanan kepada urat leher (seolah anda memulas tulang tengkuk) dan dalam masa yang sama menjejaskan struktur tulang belakang.
Pada awalnya mungkin anda tidak akan terasa kesakitannya namun, hari demi hari jika terus dilakukan, ia akan menyebabkan sakit leher yang kritikal. Jaga-jaga supaya tidak diserang Herniated Disk!
Herniated Disk berlaku apabila lapisan kusyen tulang yang memelihara tulang daripada bergesel antara satu sama lain tersepit dan terkeluar daripada landasannya menyebabkan saraf terasa sakit disebabkan penolakan kusyen yang tersepit itu tadi.
Jejaskan Jantung & Kesihatan Otak
Tidur meniarap jejaskan kesihatan jantung dan otak kerana oksigen kurang sampai kepada kedua-dua bahagian organ tersebut. Jadi anda boleh memilih untuk tidur secara mengiring selepas ini.
Kedutan Pada Wajah
Kekerapan tidur pada posisi meniarap ini boleh menyebabkan masalah kedutan pada wajah dan punca wajah cepat melalui proses berkedut. Tidur dengan posisi berbaring boleh mengelakkan kulit wajah bersentuhan atau bertindih terlalu lama di atas bantal.
Jerawat
Sarung bantal atau cadar tilam anda boleh memerangkap minyak dari kulit dan ini menyebabkan masalah jerawat. Sebaiknya, cuci cadar dan sarung bantal setiap minggu sekali. Anda akan rasa lebih selesa dan lebih mudah untuk tidur. Namun jika anda rasa yang ia agak sukar untuk anda mencucinya setiap minggu, elak meletakkan kulit wajah anda bergeseran dengan sarung bantal yang memerangkap banyak bakteria.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Untuk mendapatkan bentuk lengan yang mantap, anda haruslah mengambil sumber makanan yang mencukupi. Jika anda terlalu kurus potensi untuk mendapatkan lengan yang besar amatlah sukar. Jika tinggi anda adalah 183cm, jadi berat badan anda haruslah 83kg, baru anda sesuai dan relevan untuk mendapatkan bentuk lengan idaman.
2.ANDA MELATIH LENGAN SETIAP HARI, MANA BOLEH!
Pertumbuhan otot bukanlah setiap masa, jadi ia perlukan masa untuk rehat. Sewaktu anda melakukan senaman, otot anda akan kehilangan tenaga dan anda perlu sekurangnya 2 hari untuk rest dan mengembalikan kekuatan. Lakukan secara berselang setiap hari. Otot lengan tidak sama dengan otot lain di badan anda.
3. ANDA TIDAK MELATIH KAKI?
Terdapat kajian mengatakan, jika anda melatih bahagian kaki terlebih dahulu, maka lebih banyak testoteron hormon dalam darah dan ia membantu untuk memberi lebih tenaga dan kekuatan untuk latihan lengan. Lakukan latihan kaki secara berat dan dapatkan konsistensi kekuatan untuk meningkatkan lagi tahap ketahanan anda selepas itu.
4. LATIHAN ANDA STATIK DAN TIDAK KOMPLEKS
Anda perlu lakukan latihan lengan ini secara menyeluruh, anda perlu pastikan kekuatan dan momentum latihan terbentuk di sekitar bahagian atas badan. Latihan yang kompleks akan membantu memberi keseimbangan dalam pembentukan otot bahu, belakang badan, dada selain triceps. Cuba buat reverse grip barbell rows, sebagai latihan harian anda.
5. ANDA TIDAK MENYUSUN VOLUM LATIHAN
Luangkan masa dalam 3 hingga 4 minggu dalam pengambilan makanan penuh fiber, selain jalani latihan secara kerap. Anda perlu tahu apa makanan yang perlu dan dielakkan untuk memastikan diet anda kekal dan tidak merosakkan sistem latihan yang telah anda buat. Dari segi latihan pula cuba set 3 hingga 8 reps setiap sesi dengan 40 kali ulangan. Lebih banyak anda lakukan gerakan lagi cepat ia membesar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.