Merajuk Bukannya Tanda Lemah Atau Mengada, Lelaki Juga Punya Perasaan

Share

Anda sebagai lelaki perlu mengaku bahawa bila perkataan merajuk itu singgah di fikiran, pastinya terus teringat kepada si dia, bukan?

Mengapa bila sebut sahaja kelakuan ini ramai yang ingat kaum wanita sahaja. Sedar tak sedar sebenarnya anda sendiri sudah banyak memiliki sifat tersebut.

Malah kadangkala itu tahap merajuk lelaki boleh anda mengalahkan isteri atau teman wanita. Tapi tak ramai lelaki yang mengaku mereka seperti itu.

Tapi sebagai lelaki kita tak perlu malu. Merajuk itu normal dan siapa sahaja akan laluinya. Kalau tak pernah itu bermakna ada ‘something wrong’ dalam diri anda.

Kelakuan ini sangat dekat dengan perhatian. Kerana apa? Kerana dengan perhatianlah merajuk ini boleh berlaku.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi kepada anda terutamanya kaum wanita yang sedang membaca artikel ini. Ia bagi anda kenal pasti apakah punca utama yang boleh sebabkan lelaki merajuk.

CEMBURU

Dalam hubungan romantis rasa cemburu itu satu perkara yang lumrah. Namun kadangkala perasaan cemburu itu berbeza-beza tahapnya pada setiap orang. Lelaki boleh jadi tak tenteram melihat isteri atau teman wanitanya melebih-lebihkan orang lain.

Sebagai contoh lelaki boleh cemburu akan hubungan si dia dengan lelaki di tempat kerja atau sebagainya. Perkara seperti ini jika tidak dibawa berbincang boleh memudaratkan hubungan dalam jangka masa panjang.

KENA MARAH

Tiada siapa pun suka kena marah apatah lagi dimarahi oleh orang tersayang. Lebih teruk lag jika lelaki itu dimarahi di atas kesilapan yang dia tak buat pun. Memang patutulah dia merajuk!

Foto: jcomp – www.freepik.com

MAKAN HATI

Lelaki yang merajuk sebab perkara ini biasanya sukar untuk dia memaafkan semula. Kebiasaannya ia berlaku dalam tempoh yang lama dan dia sudah tak tahan makan hati dan memendam kemarahan. Cara terbaiknya, putuskan segala hubungan dan bertindak dingin.

RASA TAK DIHORMATI

Pantang bagi lelaki jika dia merasakan dirinya sudah tidak dihormati. Mungkin dia memilih untuk berdiam diri tapi itu tak bermakna dia tak marah. Merajauknya memang sukar untuk dipujuk.

RASA TAK DIHARGAI

Setiap orang tak sempurna dan pasti ada kekurangannya. Namun jika segala usaha yang dicurahkan tetapi langsung tak dihargai memang ia boleh menjadi punca seorang lelaki merajuk.

DAHAGA PERHATIAN

Lelaki juga perlukan perhatian apatah lagi daripada orang tersayang. Jadi antara mekanisme untuk meraka tarik perhatian pasangan ialah dengan merajuk walaupun untuk perkara kecil. Ini kita panggil jenis merajuk yang buang tabiat!

SEBAB STRES

Lain orang lain caranya untuk berdepan dengan stres. Bila sudah tidak tertahan dan menanggungnya ada lelaki lebih cenderung untuk mendiamkan diri dan mengasingkan dirinya, Seolah dia sedang merajuk walhal dia sebenarnya ingin lari daripada sebarang tekanan.

Follow Instagram MASKULIN untuk info gaya hidup lelaki terkini!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim