
Menunggang motosikal untuk berjalan dalam jarak yang jauh sangat membosankan kecuali kita selitkan perjalanan tersebut dengan menyanyi.
Jangan pula anda tidak tahu bahawa menyanyi adalah satu terapi yang bukan sahaja menyegarkan malah memberikan semangat untuk berjalan jauh.
Selain menyanyi, anda juga boleh berzikir kerana menerusinya, anda pun dapat pahala dan perjalanan anda insya’Allah diberkati.
3 sebab kena mulut perlu berbunyi
1. Teman jiwa
Semasa menunggang motosikal secara berseorangan, siapa lagi yang ada kecuali diri kita sendiri. Maka, tidak salah untuk menyanyi bagi meneman jiwa kita yang kesunyian.
2. Elak mengantuk
Ia membantu mata dan otak anda untuk fokus ketika berada di jalan raya. Namun jika mata sudah benar-benar berat, berhenti dan berehatlah buat seketika.
3. Hilangkan stress
Menyanyi semasa berada di atas motosikal boleh menghilangkan stress. Ini kerana anda mungkin menjerit atau menyanyi sekuat-kuat hati dan perasaan lega akan muncul.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tip Tukar Gearbox Kereta, Elak Kena Tipu

Tip tukar gearbox kereta, elak kena tipu. Gearbox adalah antara komponen paling penting dalam sistem transmisi kereta. Jika gearbox mengalami masalah atau rosak, prestasi kereta akan terjejas teruk, malah boleh menyebabkan kos pembaikan yang tinggi.
Tip Tukar Gearbox Kereta, Elak Kena Tipu
Jadi, bila masa yang sesuai untuk tukar gearbox? Dan apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menukar gearbox?
Berikut adalah beberapa tip penting yang boleh dijadikan panduan sebelum anda menukar gearbox kereta anda.
1. Kenali Tanda-Tanda Gearbox Bermasalah
Sebelum membuat keputusan untuk menukar gearbox, pastikan anda mengenal pasti tanda-tanda awal masalah gearbox. Antara simptom yang biasa berlaku ialah:
✅ Bunyi pelik – Jika anda dengar bunyi geseran, ketukan, atau ‘humming’ yang luar biasa semasa menukar gear, itu tanda ada masalah.
✅ Sukar masuk gear – Gear terasa berat atau tersangkut apabila hendak ditukar, terutamanya pada gearbox manual.
✅ Gear melompat sendiri – Jika gear bertukar sendiri tanpa anda kawal, itu tanda sistem transmisi tidak stabil.
✅ Kebocoran minyak gearbox – Minyak gearbox yang bocor boleh menyebabkan geseran berlebihan dan merosakkan komponen dalaman.
✅ Prestasi enjin merosot – Kereta terasa lemah, kurang responsif, atau RPM naik mendadak tanpa peningkatan kelajuan yang sepadan.
Jika anda mengalami salah satu tanda di atas, segeralah periksa gearbox sebelum masalah menjadi lebih teruk.
2. Pilih Gearbox Yang Sesuai
Jika gearbox sudah rosak teruk dan perlu diganti, pastikan anda memilih gearbox yang sesuai dengan model kereta anda. Ada beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan:
🔹 Gearbox Terpakai (Halfcut)
Lebih murah berbanding gearbox baru.
Perlu periksa kondisi sebelum beli untuk elak risiko cepat rosak.
Sesuai untuk pemilik kereta lama atau yang mahu berjimat.
🔹 Gearbox Recond (Reconditioned)
Gearbox lama yang dibaik pulih dan dijual semula.
Lebih mahal daripada halfcut tetapi lebih baik dari segi prestasi.
Biasanya datang dengan jaminan tertentu.
🔹 Gearbox Baru
Pilihan terbaik jika mahu ketahanan jangka panjang.
Harga lebih mahal, tetapi prestasi lebih terjamin.
Sesuai untuk pemilik kereta baru atau mereka yang inginkan ketenangan fikiran.
Pilihlah gearbox yang sesuai mengikut bajet dan keperluan anda. Jangan terus beli tanpa buat kajian!
3. Pastikan Minyak Gearbox Ditukar Sekali
Apabila menukar gearbox, jangan lupa untuk tukar minyak gearbox sekali. Gunakan minyak yang sesuai mengikut spesifikasi pengeluar kereta anda.
Minyak gearbox yang bersih dan berkualiti dapat memastikan komponen dalaman gearbox bekerja dengan lancar dan tahan lebih lama. Jangan guna minyak murah yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan gearbox cepat haus dan rosak.
4. Pasang Gearbox Di Bengkel Yang Berpengalaman
Pemasangan gearbox bukan perkara remeh. Pastikan anda menghantar kereta ke bengkel yang berpengalaman dan pakar dalam sistem transmisi. Jika pemasangan tidak dilakukan dengan betul, ia boleh menyebabkan masalah lebih besar seperti kebocoran minyak, gear tidak berfungsi dengan baik, atau sistem transmisi rosak dalam masa yang singkat.
BACA: Enjin Auto Boleh Cepat Rosak Dengan Tabiat Ini, Antaranya Step Tukar Gear Tak Betul
Tanya mekanik tentang jaminan selepas pemasangan. Bengkel yang berkualiti biasanya menawarkan waranti sekurang-kurangnya 1-3 bulan untuk memastikan gearbox dalam keadaan baik.
5. Jaga Gearbox Dengan Baik Selepas Tukar
Selepas menukar gearbox, pastikan anda menjaganya dengan baik supaya ia tahan lama. Beberapa langkah penjagaan yang boleh dilakukan ialah:
✅ Tukar minyak gearbox secara berkala – Rujuk manual kereta untuk jadual penukaran minyak yang sesuai.
✅ Elakkan pemanduan agresif – Pecutan mengejut, menukar gear kasar, atau selalu memandu dalam kesesakan boleh mempercepatkan kehausan gearbox.
✅ Jangan bawa beban berlebihan – Beban yang terlalu berat boleh memberi tekanan berlebihan kepada sistem transmisi.
✅ Periksa kebocoran minyak gearbox – Sentiasa pantau jika ada tanda-tanda kebocoran di bawah enjin atau bau minyak terbakar.
Menukar gearbox adalah keputusan besar yang memerlukan perancangan dan pemilihan yang betul. Jangan terburu-buru, buat kajian, dan pilih gearbox yang sesuai dengan keadaan kereta dan bajet anda. Dengan penjagaan yang baik, gearbox yang baru ditukar boleh bertahan lama dan memastikan pemanduan yang lancar serta selesa.
BACA: Enjin Kereta Berkarat Berpunca Dari Tak Jaga Coolant Radiator
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Hilangkan Bau Hapak Dalam Kereta Dengan 3 Cara Mudah!

Bagi kereta yang terkena air banjir, tumpahan minuman, makanan terutama jika terbiar lama pada kusyen dan karpet memang menyebabkan bau hapak. Letak pewangi pun memang takkan hilang.
Boleh pening kepala kalau memandu dalam kereta yang berbau begini. Nak tak nak memang kena nyahkan bau ini dulu. Memang boleh cuci di tempat cucian kereta tapi jika nak jimat boleh guna cara tiga cara ini yang memang biasa digunakan dan berkesan.
Guna arang
Sebenarnya arang merupakan agen penghilang bau yang berkesan. Terdapat dua cara menggunakan arang untuk menghilangkan bau hapak dalam kereta.
Cara pertama ialah letakkan arang dalam bekas plastik dan biarkan terbuka sahaja di lantai kereta. Cara kedua, bungkuskan arang dengan tisu atau beg kain dan letakkan di kawasan yang berhampiran dengan bau hapak itu.
Letak serbuk kopi
Selain arang, serbuk kopi juga merupakan agen penghilang bau yang berkesan. Caranya mudah sahaja, letakkan serbuk kopi di dalam bekas dan letakkan bekas tersebut di atas lantai kereta. Biarkan semalaman dan bau hapak akan hilang malah kereta akan semerbak bau kopi.
Baking soda
Kalau tiada arang dan kopi, boleh juga gunakan baking soda untuk nyahkan bau hapak. Caranya letak saja serbuk baking soda dalam bekas, biarkan terbuka dan letak dalam kereta semalaman.
Boleh juga tabur terus baking soda ini atas kusyen yang berbau hapak selama beberapa jam dan kemudian vakum. Teknik ini juga digunakan untuk hilangkan bau hancing pada tilam.
Daun pandan dan limau purut pun berguna
Selain daripada 3 cara di atas, boleh juga letakkan daun pandan atau daun limau purut untuk kurangkan bau hapak ini. Letak saja beberapa helai daun ini dalam kereta selama beberapa jam.
Kereta yang berbau harum dan segar memberikan keselesaan tambahan kepada pemandu dan penumpang, terutama ketika perjalanan jauh. Selamat mencuba!
BACA LAGI : Elak Masalah Uban Makin Banyak, Boleh Cuba Petua Semula Jadi Guna Daun Kari & Yogurt
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kereta Lowered Tapi Dalam Masa Sama Nak Selesa Ketika Dipandu

Tanyalah mana-mana lelaki yang minat kereta, mereka pasti tidak akan senang melihat kondisi kereta dengan penampilan ‘standard’ yang sama selepas keluar dari kilang. Paling tidak pun mereka akan teringin untuk tukar sport rim atau ‘lowered’ kereta mereka dengan menukar suspension yang lebih sporty.
Namun bercakap tentang suspension, komponen ini sebenarnya cukup sensitif kerena ia melibatkan faktor keleseaan dan juga keselamatan dalam pemanduan.
Walaupun merendahkan atau lowered kereta dilihat satu modifikasi mudah namun impaknya cukup besar dalam memberikan pengalaman terbaik pemanduan serta penumpang kereta anda.
Iya, memang kereta akan nampak lebih sporty namun haruskah anda korbankan keselsaan diri san ahli keluarga dengan melakukan modifikasi melulu?
Disebabkan itulah anda harus dapatkan pandangan serta kepakaran dari pihak yang mempunyai pengalaman luas dalam modifikasi seperti ini.
MASKULIN baru-baru ini telah sempat mengunjungi FTUNED SUSPENSION di ibu negara bagi melihat sendiri produk suspension yang mereka tawarkan. MASKULIN juga sempat menemu bual pengasanya, Wan Ahmad Farouk yang berkongsi banyak input berguna untuk anda yang ingin menukar suspension atau melakukan ‘lowered’ pada kereta.
Ikuti temu bual MASKULIN bersama beliau menerusi paparan AUTO RACUN di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI