Menu Ringkas Untuk Alas Perut Jika Tiba-Tiba Lapar Pada Waktu Malam!

Share

Jika anda tiba-tiba lapar pada waktu malam, anda tidak digalakkan untuk makan makanan berat kerana ia boleh mempengaruhi waktu tidur anda.

Jadi untuk mengelakkan perut anda sukar hadam, anda boleh cuba dua menu yang ringkas namun mempunyai khasiatnya :

1. Makan dua keping biskut

Biskut mengandungi bijian kaya dengan nutrien penting yang dapat memberi kebaikan kesihatan kepada anda. Ia juga merupakan sumber tenaga daripada karbohidrat selain mengandungi vitamin B dan mineral untuk membantu mengeluarkan tenaga daripada karbohidrat. Biskut juga mengandungi protein yang membantu proses pembinaan badan anda; dan serat yang membantu untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.

2. Teh panas

Teh mengandungi bahan-bahan bioaktif walaupun ia berubah menjadi air minuman anda. Dalam masa sama, teh juga mempunyai banyak nutrien penting kerana ia wujud dari daun teh yang asal. Selain itu, daun teh berfungsi sebagai antioksidan yang amat bagus dan ia diperolehi daripada kandungan polifenol di dalamnya. Nutrien yang terdapat di dalam teh hijau melindungi sel dan molekul dari kerosakan. Dalam masa sama, anda dilindungi daripada penyakit dan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada kulit wajah anda juga berkurang.

Jadi gabungan biskut dan teh panas sudah mencukupi untuk buat anda alas perut bagi menhilangkan lapar dan haus sekali gus membolehkan anda tidur dengan lena.

Semoga bermanfaat!

Published by
Akyem Samad