Tidak dinafikan ramai wanita yang cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh kaum lelaki terutamanya soal kulit wajah.
Mana kan tidak, walaupun tidak perlu jaga muka beriya-iya, kesan muka rosak atau kulit sensitif amat jarang berlaku.
Jadi kalau anda masih tertanya-tanya apa sebenarnya di sebalik mitos tersebut, ini adalah alasan yang berjaya Maskulin rungkai.
1. Hormon Lelaki Pengaruhi Keadaan Kulit
Kulit manusia secara asasnya dipengaruhi oleh hormon. Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki manakala estrogen mempengaruhi kulit wanita.
2. Lebih Banyak Kolagen Berbanding Wanita
Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak berbanding wanita. Kulit lelaki 20% lebih tebal dan anjal serta tahan kepada kerosakan matahari. Sebab tu penampilan seorang lelaki lambat tua berbanding wanita.
Manakala, wanita lebih menunjukkan garis-garis halus berbanding dengan lelaki seusia.
3. Kulit semakin tebal
Walau bagaiamanapun, semakin berusia kulit lelaki menjadi semakin nipis manakala ketebalan kulit wanita tidak berubah.
Apa-apa pun, jangan cepat sangat panik okay? Walaupun sudah terbukti yang kulit wanita lebih mudah terjejas kerana keadaan fizikal semula jadinya, asalkan kamu rajin menjaga dan membelainya dengan seleksi penjagaan intensif, ia pasti akan sihat dan kekal cantik
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ameera Khan Akui Suka Personaliti Lelaki Seberang Berbanding Malaysia – “Orang Indonesia Soft Spoken…”
Pempengaruh terkenal dan juga adik kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa iaitu Ameera Khan mengakui bahawa dirinya lebih tertarik dengan lelaki negara jiran, Indonesia.
Mengakui usia masih muda, Ameera berkata, tidak salah untuk berkenalan dengan beberapa lelaki dan menilai yang mana satu memiliki kriteria yang tepat dan menepati ciri idaman.
“Ketika ini saya masih mencari lelaki yang tepat untuk diri saya. Umur saya juga masih muda iaitu 23 tahun.
Jadi, saya tidak boleh tergopoh-gapah sekiranya jumpa seorang lelaki terus katakan dia adalah yang dicari selama ini, tidak begitu.
Saya perlu mengenali beberapa lelaki untuk menilai mana yang ada potensi, mana yang lebih selesa berkawan, mana yang tak boleh pakai langsung.”
Ameera berkongsi mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di sebuah platform media sosial, baru-baru ini.
Indonesia ‘sweet’ sangat
Dalam sesi sama, adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa turut berkongsi pengalaman peribadi berkenalan dengan lelaki berasal dari Malaysia dan Indonesia.
Kata Ameera, lelaki dari seberang lebih ‘sweet’ berbanding jejaka di Malaysia yang kebanyakkan membuat hubungan cinta menjadi toksik.
“Mungkin jodoh saya orang Indonesia, Mesir atau Malaysia. Saya kenal ramai yang dari Malaysia, mereka sangat baik.
Tetapi orang Indonesia sangat ‘soft spoken’, memahami, ambil berat dan tidak toksik.
Berdasarkan pengalaman peribadi saya, orang Malaysia apabila terlalu mencintai, hubungan itu lama-kelamaan akan jadi toksik.
Orang Indonesia sangat ‘sweet’, kalau ketika sedang menelefon, dia akan panggil ‘hi cinta, tengah buat apa itu’. Saya suka begitu.”
MASKULIN : Mungkin Ameera tak jumpa lagi orang Malaysia yang sweet lagi kot. Apa-apa pun moga Ameera Khan berjumpa jodoh lelaki yang baik okay!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rutin Penjagaan Kulit Untuk Bantu Elak Wajah Nampak Cepat Tua, Buat 10 Minit Saja!
Anda pastinya tertanya-tanya apakah rahsia sesetengah lelaki memiliki kulit wajah bak orang muda. Atau dalam bahasa mudahnya berwajah awet muda. Untuk pengetahuan anda kulit lelaki boleh mengalami simptom cepat tua apabila adanya pengurangan pada fungsi organ dan tisu secara menyeluruh.
Perkara ini terjadi apabila kulit sering terdedah dengan serangan radikal bebas yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti sinaran ultraungu (UV), pencemaran dan juga tekanan.
Semakin lanjut usia makan kesannya pada kulit menjadi semakin ketara. Tidak kiralah sama ada lelaki atau wanita wanita, tentu anda sentiasa mencari penyelesaian terbaik untuk mengekalkan dan memulihkan keadaan kulit supaya kelihatan muda.
Untuk mengelak perkara ini berlaku anda perlulah tahu apakah punca serta cara atasinya dengan berkesan.
PUNCA PENUAAN
- Pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit
- Tekanan yang berpanjangan
- Kurang menjaga kesihatan, malah seringkali menganggap masalah kecil boleh diselesaikan dengan mudah
- Salah posisi tidur juga boleh mempercepatkan penuaan. Tidur dengan merehatkan muka anda pada posisi yang sama pada bantal setiap malam boleh menimbulkan kedutan atau lebih biasa dikenali sebagai garis-garis tidur. Lama-kelamaan, garis-garis tidur ini akan terus ‘terukir’ pada wajah anda buat selamanya
- Pencemaran, asap dan cuaca yang keterlaluan merupakan salah satu punca utama penuaan kulit
- Sedar atau tidak, tarikan graviti juga memainkan peranan penting dalam perubahan bentuk tubuh apabila meningkatnya usia. Ketika usia mencecah 50 tahun, kulit akan hilang keanjalannya dan kendur serta geleber mula berlaku pada muka dan bahagian badan yang lain
Maskulin mendapatkan pandangan Dr. Desmond Fernandes iaitu Doktor Pakar Bedah Plastik Afrika Selatan yang terkenal di seluruh dunia dan juga pengasas produk penjagaan kulit generasi baru, Environ, tentang proses penuaan terjadap kulit lelaki.
- Lelaki biasanya akan mengalami keradangan ataupun iritasi terutama bagi mereka yang kerapkali bercukur. Oleh itu,pastikan anda sapu krim yang bersesuaian.
- Digalakkan menggunakan Vitamin A dalam kehidupan
- Setiap orang mempunyai kulit yang berbeza, jadi tidak semua satu produk boleh diterima oleh kulit setiap orang, harus pandai memilih
- Sentiasa pastikan mengamalkan pemakanan sihat
Oleh itu, sebelum masalah ini terus melarat sebaiknya anda cegah dahulu. Ini rahsia untuk yang lelaki perlu amalkan kalau nak elak kulit cepat tua.
TIP 10 MINIT UNTUK ELAK PENUAAN
Penjagaan kulit lelaki bukanlah sekadar pisau cukur dan krim mencukur kerana banyak lagi yang perlu anda pertimbangkan. Bagi memastikan penampilan anda sentiasa elok, berikut adalah regim penjagaan kulit lelaki yang ringkas dalam masa 10 minit sahaja.
1. Buang sabun itu
Pembersihan adalah satu-satunya perkara yang paling penting untuk muka anda. Jika anda menggunakan sabun mandi, kulit anda akan menjadi kering akibat bahan kimia di dalamnya.
Gunakanlah sabun pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit anda dan sapukan amaun bersaiz duit syiling untuk menghapuskan segala habuk dan kekotoran harian. Jika anda kesuntukan masa, gunakan sabun pencuci muka sewaktu mandi semasa kulit anda masih basah. Tempoh Masa: 2 minit.
2. Sental saja
Gunakan sental harian yang membersihkan minyak dan kekotoran dalam liang-liang anda bagi menghasilkan kulit yang bersih dan licin sepanjang hari.
Untuk melicinkan dan mengelakkan kulit menjadi suram, sapukan sental kepada hujung jari anda dan urut permukaan muka anda dengan lembut mengikut pergerakan membulat. Tempoh Masa: 3 minit.
3. Mandi
Sabun pencuci badan kuat dengan bahan detoksifikasi dan keharuman maskulin klasik boleh mengembalikan tenaga anda apabila anda memerlukannya.
Gunakan sabun pencuci badan yang direka untuk mencuci kekotoran dan meninggalkan perasaan bersih, segar dan sedia bertindak. Tempoh Masa: 3 minit.
4. Sapukan
Kulit anda sentiasa memerlukan pelembab dengan SPF 15 untuk muka dan perlindungan UV untuk badan bagi mengembalikan kandungan kelembapan kulit, bagi melindungi kulit anda daripada sinaran merbahaya dan meredakan kerengsaan akibat bercukur.
Sejukkan kulit kering anda dengan losen badan yang mengandungi Vitamin E dan Perlindungan UV bagi mengekalkan kesegaran kulit apabila anda melangkah keluar. Tempoh Masa: 2 minit.
Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Pencuci Muka Sesuai Ikut Jenis Kulit Wajah, Jangan Pilih Sembarangan Kelak Rosak Teruk!
Setiap lelaki pada zaman kini rasanya pasti mempunyai produk pencuci muka yang digunakan setiap hari sama ada pada waktu pagi atau malam.
Ia kini sudah menjadi salah satu produk penjagaan diri yang sudah dianggap sebagai ‘essentials’ dalam kehidupan harian seorang lelaki. Tapi adakah selama ini anda memilih pencuci muka yang benar-benar sesuai dengan kulit wajah anda?
Secara asanya mungkin ramai beranggapan mencuci wajah hanyalah perlu ratakan produk terebut pada ke seluruh bahagian kulit, menyentalnya dan kemudian membilas. Walhal ia sepatutnya dilakukan dengan cermat untuk hasil yang lebih baik.
Pencuci muka adalah asas kepada rutin dandanan seorang lelaki. Ia boleh membuat atau memecahkan keperluan penjagaan kulit anda. Bermula dengan memikirkan jenis penjagaan kulit anda adalah idea yang baik.
Antara pantang pertama anda perlu elak ialah menggunakan sabun mandi untuk mencuci wajah. Dan yang kedua adalah mengenal pasti jenis kulit wajah anda sama ada berminyak, kering atau sebagainya.
CARA KENAL PASTI JENIS KULIT WAJAH
Terdapat empat jenis kulit wajah yang utama iaitu berminyak, kombinasi, kering dan normal. Jika anda ingin mengetahui yang mana satu jenis kulit anda perlu memerhatikan bagaimana reaksi kulit selepas melakukan cucian.
Perhatikan kulit anda selepas 20 ke 30 minit mencuci. Jika kulit anda berkilat dan berminyak, anda mempunyai jenis kulit berminyak. Jika kulit anda kering, tegang dan mengelupas, anda mempunyai jenis kulit kering.
Jika kulit anda berminyak hanya di zon T, anda mempunyai kulit kombinasi dan jika kulit anda tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak pula bermaksud anda mempunyai jenis kulit normal.
Oleh itu faktor di atas perlu diberikan perhatian sebaiknya untuk memilih produk pencuci muka yang baik. Berikut MASKULIN kongsi jenis pencuci wajah yang sesuai mengikut jenis kulit.
BAGI KULIT WAJAH NORMAL
Jenis kulit yang seimbang secara umumnya dikenal pasti sebagai ‘normal’. Boleh dikatakan sepanjang hari atau kebiasaannya kulit anda tidak mengalami sebarang iritasi atau minyak. Anda bolehlah dikategorikan sebagai orang yang bernasib baik kerana dikurniakan kulit yang baik dan kebanyakan bahan akan sesuai dengan kulit anda.
Jika anda mempunyai jenis kulit ini, pembersih lembut adalah semua yang anda perlukan. Kami sangat mengesyorkan pencuci muka khusus ini yang sesuai untuk pembersihan dan penghidratan semasa dalam perjalanan.
BAGI KULIT WAJAH KERING
Buat anda yang memiliki jenis kulit kering, carilah pencuci wajah yang mengandungi bahan bersifat penghidratan seperti madu, asid hyaluronik, aloe vera dan gliserin. Jenis kulit kering juga cenderung sensitif jadi pastikan anda memilih produk semula jadi. Beberapa bahan yang menenangkan dan menyembuhkan seperti santan dan lavender juga boleh membantu dalam mengurangkan kerengsaan pada kulit sensitif.
Pencuci muka yang lembut dan berkhasiat ini diperkaya dengan rosemary dan santan, yang membantu dalam meningkatkan keanjalan dan menenangkan kulit yang meradang.
BAGI KULIT WAJAH BERMINYAK
Jenis kulit seperti ini agak ‘complicated’. Disebabkan itulah perlu berikan lebih perhatian. Jenis kulit seperti ini amat mudah berlakunya jerawat, bintik hitam dan pori-pori yang membesar. Lebih-lebih lagi jika kulit wajah dibiarkan kering dan berminyak begitu sahaja.
Gunakan pencuci muka boleh melembapkan kulit wajah. Itu apa yang anda perlukan. Pencuci wajah mengandungi bahan yang mampu mengawal minyak berlebihan seperti lemon dan tanah liat putih Amazon juga sangat baik. Bahan-bahan ini terkenal untuk menghilangkan minyak berlebihan dan kekotoran dari kulit anda, tanpa mengeringkannya. Pencarian anda untuk kulit matte berakhir dengan pencuci muka ini.
BAGI KULIT WAJAH KOMBINASI
Berurusan dengan kulit kombinasi juga cukup rumit. Ini kerana pada sesetengah bahagian wajah mungkin banyak berminyak. Manakala sebahagian yang pula ia lebih kering dan bertompok. Apa yang anda perlukan ialah pencuci muka seimbang yang lembut pada kulit serta bagus untuk membersihkan minyak berlebihan.
Pembersih detoks semula jadi ini sesuai untuk pembersihan harian yang lembut. Ia diperkaya dengan baking soda semula jadi, yang membantu dalam menghilangkan bintik hitam dan bintik putih, masalah biasa untuk kulit berminyak serta kombinasi.
Semoga perkongsian ini boleh membantu anda mencari pencuci wajah yang benar-benar terbaik dan sesuai! Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI