Negeri Sarawak menerima satu perkhabaran duka apabila bekas Yang di-Pertua Negeri yang juga Ketua Menteri paling lama berkhidmat di negeri itu, Tun Abdul Taib Mahmud disahkan meninggal dunia pagi tadi.
Memetik laporan Harian Metro, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.28 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).
Perkara itu disahkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, pagi ini.
Pemergian tokoh berusia 87 tahun itu dirasai oleh seluruh rakyat Bumi Kenyalang yang berkabung selama dua hari, iaitu 21 dan 22 Februari, demikian lapor Astro Awani.
Menurut kenyataan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Abu Bakar Marzuki, semua majlis rasmi yang melibatkan acara-acara hiburan hendaklah ditangguhkan, manakala bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh itu.
Berikut Maskulin kongsikan fakta mengenai Tun Abdul Taib memetik infografik Astro Awani:
Lahir
Tun Abdul Taib dilahirkan pada 21 Mei 1963 di Miri, Sarawak. Bapanya Mahmud Abang Yahya berasal dari Mukah, manakala ibunya Wan Hamidah Yaakub berketurunan Melayu.
Pendidikan
Allahyarham mendapat pendidikan di Sekolah Rendah St. Joseph, Miri dan Sekolah Menengah St. Joseph, Kuching.
Seterusnya, Allahyarham memperoleh ijazah pertamanya dalam bidang undang-undang di Universiti Adelaide, Australia.
Keluarga
Allahyarham mendirikan rumahtangga pertama dengan Puan Sri Laila Taib yang berketurunan Poland.
Ads
Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Sulaiman Abdul Rahman, Mahmud Abu Bekir, Jamilah dan Hanafiah Hajar.
Bagaimanapun, Puan Sri Laila meninggal dunia pada 29 April 2009 akibat penyakit barah.
Susulan itu, Allahyarham mendirikan rumahtangga kedua pada 18 Disember 2010 dengan Raghad Kurdi Taib, seorang wanita kelahiran Damsyik, Syria.
Kerjaya Politik
1962-1963: Bertugas di Pejabat Undang-Undang Crown Council
1963-1966: Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Negeri
1964: Naib Pengerusi Parti Berjasa Sarawak
Ads
1967: Menteri Pembangunan dan Perhutanan
1968-1970: Penolong Menteri Persekutuan bagi Perdagangan dan Industri
1969: Mewakili Parti Bumiputera Sarawak (BUMIPUTERA) dalam pilihan raya Malaysia
1970: Ahli Parlimen Kota Samarahan
1970-1972: Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri
1972-1974: Menteri Sumber Asli
Ads
1973: Timbalan Presiden untuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)
1981: Menteri Tanah dan Lombong Sarawak
1981-1987: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebandi
1991-1996: ADUN Asajaya
2001-2011: ADUN Balingian
26 Mac 1981- 2014: Ketua Menteri Sarawak Keempat (berkhidmat selama 33 tahun)
2014-2024: Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ke-7
Rsanya sudah lebih setahun kita berdepan dan bergelut dengan penularan wabak Covid-19. Selepas beberapa ketika, kita dilihat berjaya membendung penularan dengan angka jangkitan pernah mencatat sifar.
Namun selepas itu muncul gelombang kedua dan kini yang ketiga. Perintah Kawalan Pergerakan pula sudah tiga kali diumumkan di seluruh negara. Dan situasi kini makin genting dengan kadar jangkitan dan kematian yang jauh lebih tinggi berbanding dahulu.
Kemunculan pelbagai varian yang lebih bahaya dan agresif juga membuatkan usaha membendung penularan ini menjadi bertambah sukar.
Selain faktor kesihatan, sektor ekonomi juga telah banyak terjejas teruk. Pelbagai industri telah terekna tempias pandemik yang cukup malang ini. Semakin ramai orang tersepit dengan cabaran yang entah bila ada penghujungnya. Jadi tidak hairanlah ramai yang sudah penat sama ada fizikal atau mental.
Perkara itulah juga yang disuarakan oleh rapper, ikon hip hop dan komposer terkenal tanah air, Altimet. Menerusi satu hantaran di Instagram kendaliannya, Altimet melahirkan dan meluahkan rasa penat apabila terpaksa menmpuh norma baharu dan fasa kehidupan yang sukar akibat pandemik ini.
Luahan yang cukup tulus tersebut turut disambut baik oleh rata-rata pengikutnya yang menyatakan Altimet menzahirkan apa yang turut terbuku di hati mereka.
Lebih menarik ia juga berupa satu teguran yang terbuka kepada pihak atasan bahawa ramai sebenarnya yang sudah kepenatan dengan dugaan berpanjangan seperti sekarang.
“Aku dah penat. Kami dah penat. Setahun lebih kami ikut peraturan. Kehendak peribadi letak tepi, utk kebaikan semua, jadi negara kita ni pulih balik, kalahkan pandemik ni. Aku penat nak bgtau kat anak aku pasal virus ni, musuh yg tak dpt dilihat ni. Aku penat nak jelaskan kat dia kenapa dia tak dpt main dgn sedara dia, kawan kawan dia.
Altimet juga melahirkan rasa terkilannya kerana terpaksa melihat perkembangan anak-anak yang terbantut prkembangan sosial mereka sepanjang penularan wabak Covid-19.
“Aku kesiankan anak2 aku sbb perkembangan sosial & persahabatan diorang terbantut akibat tak pegi sekolah. Aku dah penat tanggung kerugian bisnes aku. Aku tak sanggup tutup sebab berapa ramai kawan2 aku kena lepaskan jadi penganggur.
Selai itu, Altimet turut berasa sedih dengan nasih rakan-rakan dan peniaga yang terpaksa gulung tikar dan menanggung kerugian. Dan ia juga termasuklah kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.
“Aku dah penat beli barang niagaan kawan kawan industri hiburan, yg terpaksa berniaga sbb takde job. Aku harap, orang atasan tahu yg aku ni kepenatan. Aku harap orang atasan tau, bukan Aku sorang yg kepenatan, tapi kami tetap ikut saranan & SOP yang ditetapkan. Walaupun kami penat. #KitaJagaKita kan? Bismillah.”
Semoga teguran terbuka Altimet ini boleh membuka mata kita semua bahawa kita semua belum menang. Dan kepada pihak yang diberi teguran oleh Altimet, jadikanlah ini sebagai pembuka mata untuk memberikan yang terbaik buat anak bangsa.
Sebelum mempertimbangkan minat untuk mengikut jejak langkah dalam bidang hiburan, Datuk Awie mahu semua anaknya menumpukan terhadap pelajaran terlebih dahulu.
Memetik laporan Harian Metro, Awie mengakui anak lelakinya Putra Ahmad Merrah, 17, mempunyai minat ke arah muzik, namun dia tidak pernah menggalakkan atau memaksa kerana mahu anaknya mendahulukan pelajaran.
“Saya tak pernah galakkan, tapi kalau dia berminat itu hak dia sebenarnya. Apa yang saya suruh adalah belajar dulu.
“Insya-Allah, kalau dah okey semua daripada segi akademik, maka dia boleh menyambung dengan apa saja yang dia minat.
“Itu yang pertama. Tapi kalau nak paksa atau suruh anak ikut jejak langkah saya dalam bidang seni, tidak sama sekali. Malah, saya pernah bercakap dengan Merrah supaya jangan jadi penyanyi sebaliknya berada di belakang tabir,” katanya.
Lebih Suka Anak Jadi Pembikin Berbanding Penggiat
Sebagai anak seni, Awie memberitahu dia lebih gemar melihat anaknya menjadi seorang pembikin berbanding penggiat.
“Jadi seorang pembikin dan bukan sebagai seorang penggiat. Hanya Merrah saja yang saya lihat minat menyanyi. Kakak-kakaknya mengambil kursus ‘Event Management’ dan ‘Creative Visual’.
“Saya sendiri berada dalam bidang ini, jadi saya lebih suka mereka menjadi pembikin daripada penggiat. Apatah lagi jika tiada akademik, jadi bahan ketawa orang saja,” katanya.
Menerusi perkahwinan pertama Awie dengan bekas isteri juga penyanyi, Arni Nazira, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha, 24, dan Putri Aleefa Antasha, 22, kini menuntut di universiti.
Awie kemudian berkahwin kali kedua dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, namun bercerai pada 1 November 2014. Mereka dikurniakan tiga anak, Putra Ahmad Merrah, 17; Putra Ahmad Rezzki, 16; dan Puteri Qasseh Antasha, 14.
MASKULIN tahu ramai di antara anda semua pastinya ada menjadi pengikut setia program aneka ragam Korea, ‘Running Man’. Program yang kini sudah memasuki tahun kelapannya sejak ditayangkan pada 2010 bukan sahaja popular di rantau Asia tetapi di seluruh dunia.
Walaupun popularitinya dikatakan sedikit menurun di Korea namun jumlah penonton global terhadap program yang menampilkan lapan orang ahli tetap ini masih lagi mendapat jumlah rating tinggi.
Di antara ahli Running Man yang popular ialah Kim Jong Kook dan Haha. Selain menjadi penghibur mereka berdua juga merupakan penyanyi yang mempunyai karier tersendiri.
PERTAMA DI MALAYSIA
Dan hari ini Macpiepro, penganjur pelbagai program hiburan dan konsert di negara kita telah mengumumkan bahawa mereka berdua bakal melangsungkan konsert duet sulung mereka yang pertama di Malaysia.
Mereka berdua akan muncul dalam konsert yang dikenali sebagai ‘HAHA & KIM JONG KOOK CONCERT IN 2019’ dan ia bakal dilangsungkan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 Mac 2019 bermula pada jam 6 petang.
Difahamkan penyanyi reggae yang juga rakan baik Haha iaitu Skull turut melakukan kemunculan istimewa di dalam konsert ini sebagai artis jemputan.
Menurut Macpiepro, tiket konsert boleh dibeli secara offline bermula pada 19 hingga 20 Januari 2019 di kedai gaya hidup Mcalls di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Mengamall, Paradigm Mall JB dan Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang.
Ini merupakan peluang yang tak harus anda lepaskan untuk menyaksikan persembahan eksklusif bro sado Kim Jong Kook yang turut diberi nama panggilan ‘Sparta Kook’ melakukan persembahan nyanyian dan aneka ragam bersama Haha, penyanyi reggae cukup berpegaruh di Korea Selatan.
Siapa tahu Kim Jong Kook akan turut kongsikan tip diet dan senaman yang dilakukannya untuk mendapatkan body tegap seperti sekarang. Tahukah anda bahawa Kim Jong Kook kini sudah berusia 42 tahun!
Memang awet muda dan kagum betul MASKULIN tengok dia jaga bentuk badan dan kesihatannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...