Kita ada tiga minggu lagi untuk terus berada di rumah dan membantu kerajaan dan negara bagi menyekat rantaian jangkitan wabak Covid-19.
Hari ini kita sudah memasuki hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa ia dilanjutkan sehingga 14 April.
Bagi anda yang mempunyai karakter introvert tempoh untuk berkurung dalam rumah ini bukanlah satu masalah besar. Malah ia bagaikan satu anugerah yang tidak ternilai buat anda.
Tapi berbeza pula bagi mereka yang extrovert dan gemar melakukan aktviti luaran. Mungkin ini adalah tempoh paling menyeksakan bagi mereka kerana tidak dapat keluar dan melakukan aktviti sosial seperti hari biasa.
Maka tidak hairanlah kita lihat di laman media sosial sudah ada yang mengeluh berasa bosan dan tertekan kerana harus ikut arahan duduk di rumah.
Dan mungkin lebih serius ia boleh menyebabkan rasa tekanan jiwa dan serabut di dalam minda.
Anda jangan jadi begitu ya. Semua ini hanyalah sementara dan kita perlu bijak bagaimana untuk tangani rasa bosan dan stres.
Antara perkara yang anda boleh lakukan ialah sentiasa merancang dalam tempoh terdekat apa yang anda ingin lakukan. Sebagai contoh;
“Dalam 15 minit lagi aku nak basuh kereta.”
Atau…
“Hari ini aku nak habiskan masa dengan membaca novel-novel yang dibeli pada pesta buku yang lepas.”
Ketahuilah bahawa perancangan masa yang terdekat boleh membantu anda mengisi masa terluang lalu membuatkan fikiran anda terhindar dari rasa bosan dan tertekan.
Selain itu ada lima cara efektif untuk anda mengekalkan kewarasan sepanjang tempoh PKP.
1.
Sentiasa berhubung dengan famili dan rakan-rakan menerusi panggilan video atau telefon.
2.
Luangkan masa untuk pelajari perkara baru dan terokai kemampuan sendiri. Sebagai contoh belajar bermain alat muzik.
3.
Kenal pasti bila masa anda mula rasa tertekan atau stres. Usah biar ia terus belanjutan dan meningkat ke tahap lebih tinggi. Bertenag, tarik nafas perlahan-lahan dan hembus.
4.
Usah jadi statik dan bergeraklah dengan aktif walaupun berada di rumah. Lakukan senaman ringkas. Anda boleh iktui pelbagai tip di dalam website MASKULIN ini.
5.
Sentiasa rasa bersyukur dan senyum. Ingatlah di luar sana masih ramai insan-insan yang berkurang nasib baik berbanding anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI