Cas Telefon Dalam Kereta Selamat & Bateri Kereta Tak Rosak, Jurutera Ini Ada Penjelasan!

Share

Banyak kita baca beberapa kenyataan tentang adakah telefon bimbit kita selamat jika dicas dalam kereta. Ada yang mengatakan ia tidak selamat, namun ada juga yang memberikan pendapat yang berlainan.

Oleh itu, mari kita ikuti penjelasan lengkap jurutera ini iaitu Wan Amir yang dikongsikan melalui Facebook bagaimana tenaga elektrik berfungsi di dalam kereta serta kaedah selamat untuk melakukanya sedemikian.

Ikuti penjelasannya:

‘Charging’ Telefon Di Dalam Kereta Merosakkan Bateri Telefon?

Menurut beberapa artikel tempatan dan luar negara baru-baru ini ada menyatakan bahawa mengecas telefon mengguna USB dan Power Socket (Cigarette Lighter Point) di dalam kereta akan merosakkan telefon dengan alasan ianya berpunca DC power daripada bateri tidak stabil berbanding AC power yang kita guna di rumah.

Sebenarnya ia kurang tepat. DC sebenarnya lebih stabil berbanding AC cuma, efisiensi DC agak rendah kerana faktor losses berbanding AC.
Bekalan bateri kereta adalah 12V tidak menganggu cas bateri handphone kita malah ia tidak memberi kesan pun berbanding kaedah biasa.
Jika bekalan tidak stabil masakan ECU kereta dapat berfungsi dengan baik tanpa gangguan kerana ECU adalah “brain” kepada sesebuah kereta.

Sebelum saya terangkan dengan lebih dalam perkara ini kita fahamkan dulu formula V=IR.
Arus (Ampere) kita andaikan sebagai berapa besar batang paip air kat rumah kita.
Voltan pula kita andaikan berapa tekanan air di dalam paip tersebut.
Lagi besar paip maka lagi banyak air yang kita dapat. Begitu jugalah mengecas telefon, makin tinggi arus (ampere) makin cepat bateri telefon tersebut dicaskan.

Standard fuse untuk Power Point (Cigarette Lighter) ialah 12V dan 10A.
Boleh dikatakan cukup besar untuk menampung Input Handphone yang menggunakan cuma dalam 5V dan arus dalam 1.0A – 4.5A.

Persoalan stabil atau tidak mengecas telefon menggunakan USB port atau Power Point sudah terjawab. Malah kekuatan bateri kereta sudah mencukupi untuk menampung proses mengecas telefon tersebut.

Persoalan kedua ialah adakah ia tidak menjejaskan bateri kereta?
Penggunaan bateri handphone adalah terlalu kecil berbanding kapasiti bateri kereta dan tiada masalah untuk mengecas telefon semasa memandu.
Manakala semasa enjin kereta tidak hidup, kereta keluaran terbaru direkabentuk akan memutuskan bekalan bateri kepada USB dan Power Point maka tiadalah pengaliran cas berlaku.

Persoalan ketiga, kenapa proses cas telefon menggunakan USB port atau power point cukup perlahan?

Untuk makluman kebanyakkan kenderaan model terdahulu menggunakan USB port dengan kemampuan purata cuma 0.5A yang tidak bersesuaian dengan Input yang telefon terkini yang perlukan maka ia menjadi sangat perlahan dan telefon menjadi panas.

Di sini silapnya…kerana teknologi telefon terlalu pantas berbanding kereta. Handphone terkini menggunakan Ampere yang lebih besar berbanding handphone model terdahulu.
Bukan kerana bateri kereta ataupun sistem kereta yang tidak mampu membekalkan power tetapi USB port yang digunakan tidak bersesuaian.

Sama juga kes apabila menggunakan Power Point Charger, pastikan menggunakan power point yang berkemampuan arus (Ampere) yang tinggi serta bersesuaian dengan handphone kita.

USB port atau Power Point Charger ini tak ubah seperti Adapter Charger telefon kita di rumah.
Jika kita menggunakan adapter yang salah atau kurang sesuai ia akan cas sangat perlahan dan merosakkan telefon kita.

Begitu juga pemilihan Charger Handphone kereta mestilah bersesuaian, bukan tangkap muat, harga RM10 beli kat pasar malam dengan kemampuan cas cuma 1.0A atau kurang.
Antara faktor lain ialah kabel charger mestilah yang mampu menanggung arus seperti standard telefon kita.

Kesimpulannya…mengecas telefon di dalam kereta adalah selamat dan tidak merosakkan telefon sekiranya menggunakan charger dan kabel yang bersesuaian.

Tengok adapter original telefon anda..berapa Input Ampere yang diperlukan dan carilah Charger Telefon kereta yang mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan yang asal.

Published by
Team Maskulin