Mengapa Lelaki Walaupun Ditimpa Masalah Masih Tenang Dan Masih Boleh Tersenyum

Share

Panik sebenarnya bukan sesuatu yang berbahaya. Namun perubahan fisiologi dan metobolisma badan terhadap panik boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini. Panik sering terjadi kepada wanita, tetapi lelaki juga boleh mengalami serangan panik.

 

Ia sering berlaku kepada mereka berusia awal 20-an. Peringkat umur lain juga berisiko. Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan perasaan takut akibat serangan jantung, kehilangan sesuatu atau fobia. Antara punca utama panik adalah tekanan emosi terutamanya emosi antara manusia. Ia boleh berlaku akibat rentetan peristiwa yang tidak diingini seperti kematian dan sebagainya. Pengambilan dadah terlarang juga antara punca. Masalah kesihatan perubatan juga boleh menyebabkan berlakunya serangan panik.

Dalam keadaan panik, pernafasan pesakit menjadi laju dan tidak menentu. Ini menyebabkan pertukaran oksigen dalam udara dan karbon dioksida dalam badan menjadi tidak selaras. Ini mengakibatkan simptom lain seperti degupan jantung pantas, anggota badan menjadi kebas, pening, berpeluh, sakit dada dan adakalanya pengsan atau pitam.

Perkara pertama perlu dilakukan ketika melihat seseorang itu panik ialah memberi ruang dan juga sokongan agar pesakit tenteram. Pesakit hendaklah duduk serta mengawal pernafasan dengan baik. Ini untuk mengelakkan komplikasi kurang udara ke otak dan jantung yang boleh menyebabkan pengsan, sawan atau serangan jantung. Jika keadaan tidak dapat dikawal, pesakit perlu dibawa segera ke hospital. Ini penting untuk memastikan tiada sebab lain serangan panik terjadi.

Selain itu, berikan bantuan sesuai kepada pesakit jika perlu untuk memastikan keadaan pesakit stabil.Beberapa ujian darah dan pemeriksaan jantung atau elektrokardiogram (ECG) perlu dilakukan untuk memastikan serangan panik bukan disebabkan masalah kesihatan yang perlu dirawat segera. Dalam situasi panik, individu yang berada bersama pesakit memainkan peranan penting dalam memberikan rawatan awal, iaitu dengan memberi bantuan emosi. Jika tidak, komplikasi seperti pengsan, sawan dan juga serangan jantung boleh berlaku serta merta. Oleh itu, pesakit perlu ditenangkan agar komplikasi tidak diingini tidak berlaku.

BOLEH MENGGANGGU KADAR DEGUPAN JANTUNG

Degupan jantung kita dikawal perentak jantung semula jadi dinamakan nod sinus (SA) yang terletak pada atrium kanan di bahagian atas jantung. Nod sinus ini menghasilkan impuls elektrik yang mencetuskan setiap degupan. Impuls elektrik dari nod sinus bergerak merentasi atrium menyebabkan otot atrium menguncup dan mengepam darah ke dalam ventrikel.

Impuls eletrik itu kemudian tiba di kelompok sel dinamakan nod atrioventrikel (AV) yang juga laluan tunggal untuk isyarat bergerak dari atrium ke ventrikel di bahagian bawah jantung. Nod AV memperlahankan isyarat elektrik sebelum menghantarnya ke ventrikel, dan kelewatan itu membolehkan ventrikel diisi dengan darah. Otot ventrikel yang menerima impuls elektrik akan mengecut dan mengepam darah ke paru-paru dan bahagian lain tubuh.

Bagi individu dengan jantung sihat, proses berkenaan berjalan lancar dan menghasilkan kadar denyutan jantung normal antara 60 hingga 100 degupan seminit.

Rentak degupan jantung yang terlalu laju diukur apabila denyutan jantung lebih 100 degup seminit manakala rentak terlalu perlahan apabila denyutan jantung kurang 60 degup seminit. Kebanyakan gangguan rentak degupan jantung ini tidak berbahaya dan boleh berlaku kepada individu dengan jantung sihat. Ini kerana tidak semua masalah rentak degupan jantung berpunca daripada jantung yang tidak sihat. Degupan jantung boleh menjadi terlalu laju ketika seseorang melakukan senaman dan menjadi terlalu perlahan ketika tidur atau berehat. Namun, ia juga bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana rentak degupan jantung tidak sekata boleh mengganggu kehidupan dan mengancam nyawa.

Rentak degupan jantung tidak sekata berlaku disebabkan pelbagai faktor, selain serangan jantung seseorang juga boleh mendapat masalah degupan jantung akibat kadar garam galian atau elek­trolit dalam tubuh tidak seimbang, arteri tersumbat, perubahan otot jantung, kecederaan tisu jantung (parut) akibat serangan jantung, penuaan atau tekanan darah tinggi. Punca lain boleh berlaku disebabkan menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Malah, tekanan perasaan, pengambilan ubatan, penyalahgunaan dadah, merokok, terkena kejutan elektrik, minum terlalu banyak alkohol atau kafein juga menyumbang kepada masalah ini.

Published by
Kim Rahim