Dalam hubungan lelaki dan wanita, setiap hubungan pasti menghadapi cabaran. Namun, mengapa lelaki ada yang sanggup bertahan dengan pasangan yang banyak karenah?
Apakah faktor-faktor psikologi yang mendorong mereka untuk terus berada dalam hubungan yang mencabar ini dan mengapa lelaki terus bertahan?
Kali ini MASKULIN ingin membawa anda lelaki-lelaki (serta wanita) membincangkan beberapa sebab mengapa lelaki memilih untuk bertahan dan menganalisis pro dan kontra keputusan tersebut.
Faktor Psikologi di Sebalik Keputusan Bertahan
Rasa Tanggungjawab dan Komitmen
Bagi sesetengah lelaki, tanggungjawab dan komitmen adalah asas dalam hubungan. Mereka percaya bahawa apabila sudah memulakan sesuatu hubungan, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan ia berjaya.
Perasaan ini sering kali diperkukuhkan oleh norma budaya atau agama yang menekankan pentingnya kestabilan dalam perkahwinan.
2. Takut pada Perubahan
Perubahan boleh menjadi menakutkan, terutamanya apabila ia melibatkan kehidupan peribadi. Lelaki yang sudah terbiasa dengan rutin dan dinamik tertentu mungkin merasa sukar untuk meninggalkan hubungan, walaupun ia tidak lagi memuaskan.
Mereka mungkin takut akan ketidakpastian yang datang dengan perpisahan, seperti kesunyian atau kegagalan untuk mencari pasangan baru.
3. Rasa Cinta dan Kasih Sayang
Ads
Walaupun pasangan mempunyai banyak karenah, rasa cinta dan kasih sayang boleh menjadi faktor utama yang mengikat lelaki dalam hubungan tersebut. Mereka mungkin melihat kebaikan dalam diri pasangan mereka dan berharap bahawa masalah-masalah yang ada boleh diatasi bersama.
4. Harga Diri dan Identiti
Bagi sesetengah lelaki, hubungan mereka adalah sebahagian daripada identiti diri. Kehilangan hubungan tersebut boleh dilihat sebagai kehilangan sebahagian daripada diri mereka. Ini boleh menyebabkan mereka terus bertahan dalam hubungan walaupun ia membawa lebih banyak tekanan dan kesusahan.
Pro dan Kontra Bertahan dalam Hubungan Mencabar
Pro:
Pengembangan Diri
Menghadapi cabaran dalam hubungan boleh menjadi peluang untuk pertumbuhan peribadi. Lelaki boleh belajar lebih banyak tentang diri mereka, bagaimana mereka menangani konflik, dan bagaimana mereka boleh menjadi lebih sabar dan memahami.
2. Kestabilan Emosi dan Kewangan
Ads
Bertahan dalam hubungan yang stabil boleh memberikan kestabilan emosi dan kewangan. Ini penting terutama jika lelaki tersebut bergantung kepada pasangan mereka untuk sokongan emosi atau kewangan.
3. Peluang untuk Penyelesaian
Dalam sesetengah kes, masalah dalam hubungan boleh diselesaikan dengan usaha dan komitmen bersama. Dengan bertahan, lelaki memberi peluang untuk memperbaiki dan mengukuhkan hubungan mereka.
Kontra:
Tekanan dan Kekecewaan
Bertahan dalam hubungan yang mencabar boleh menyebabkan tekanan dan kekecewaan. Ini boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental dan fizikal lelaki, serta mengurangkan kualiti hidup mereka.
Ads
2. Kehilangan Identiti Diri
Kadang-kadang, lelaki mungkin mengorbankan kebahagiaan dan keinginan mereka sendiri demi hubungan. Ini boleh menyebabkan kehilangan identiti diri dan perasaan tidak puas hati dalam jangka masa panjang.
Dengan terus berada dalam hubungan yang tidak memuaskan, lelaki mungkin mengabaikan peluang untuk bertemu orang baru yang mungkin lebih sesuai dengan mereka. Ini boleh menghalang mereka daripada mencapai kebahagiaan yang sebenar.
Kesimpulan yang boleh MASKULIN katakan, soalan mengapa lelaki bertahan dengan pasangan banyak karenah adalah keputusan yang kompleks.
Ia memerlukan pertimbangan yang mendalam mengenai apa yang penting dalam kehidupan dan apa yang diinginkan daripada hubungan tersebut.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masyarakat kita ramai yang mahu menjalankan perniagaan makanan namun tiada ilmu dalam pengendalian makanan, demikian pendapat cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali umum sebagai Chef Wan.
Chef Wan tampil menyuarakan pendapat itu susulan kes keracunan mihun goreng dan telur mata yang diedarkan di sebuah sekolah sehingga membawa maut.
“Kebanyakannya orang-orang Melayu kita yang meniaga ni mereka tiada pengetahuan tentang sanitasi dan kebersihan,” kata Chef Wan ketika ditemui MASKULIN.
“Anda tanya mereka tentang jenis kuman, anda tanya mereka tentang jenis suhu. Kosong. Asalkan boleh memasak sahaja, jual”.
Cuaca Tropika, Kuman Mudah Membiak
Chef Wan juga menerangkan yang kuman amat mudah membiak jika tidak dikendalikan dengan cara yang betul lebih-lebih lagi di negara bercuaca tropika yang panas dan lembap seperti Malaysia.
Oleh itu, semua makanan perlu dihidangkan secepat mungkin ketika masih panas.
Bagi perkhidmatan catering yang memerlukan makanan disimpan dahulu sebelum dihantar, suhunya perlu diturunkan dahulu secepat mungkin sejurus selepas dimasak.
Kemudian, barulah makanan tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan semula apabila hendak dihidangkan nanti, demikian penjelasan Chef Wan.
Jangan Kedekut Beli Peti Sejuk
Selain itu, Chef Wan juga berpesan kepada peniaga agar tidak kedekut mengeluarkan wang untuk membeli sistem penyejukan yang betul.
“Peti sejuk ada satu atau dua sahaja, tapi nak meniaga macam-macam. Ambil pesanan katering macam nak mampus.
“Bila peti sejuk disumbat penuh, sudah tiada peredaran udara. Bila tiada peredaran udara, peti sejuk itu tidak cukup sejuk,” ujar Chef Wan.
Ulasnya, peti sejuk perlu mempunyai suhu tertentu yang cukup sejuk agar bakteria dan virus tidak membiak.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar lelaki tingkatan lima dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat makan mihun goreng dan telur mata yang tercemar.
Makanan itu diperoleh dari sebuah program yang dianjurkan di sebuah sekolah di Gombak.
Pelajar lelaki berusia 17 tahun tersebut menjamah bihun goreng dan telur mata yang dibawa pulang oleh ibunya yang menghadiri program berkenaan.
Memetik laporan Astro Awani, dia dan ibu bapanya mengalami cirit-birit selepas menjamah makanan tercemar itu.
Bagaimanapun, dia ditemukan tidak sedarkan diri oleh bapanya dua hari kemudian sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.
Dalam kejadian berasingan, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun juga telah menjamah makanan lebihan yang dibawa pulang oleh ayahnya yang merupakan pengawal keselamatan di sekolah berkenaan.
Kanak-kanak itu mengalami demam dan cirit-birit dua hari kemudian dan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan.
Sejumlah 82 orang dilaporkan mengalami gejala keracunan makanan daripada 247 orang yang terdedah kepada makanan tersebut, demikian lapor Berita Harian.
Malah, gejala Anxiety semasa memandu merupakan pengalaman yang boleh dialami oleh sesiapa dan ia boleh menjeiaskan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Gejala tersebut antara lainnya adalah perasaan gugup, panik dan takut serta jantung berdegup dengan pantas.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang pemandu yang terpaksa menghentikan kereta dipandunya di tengah jalan, gara-gara diserang rasa cemas melampau atau ‘anxiety attack’.
Menerusi perkongsian di Twitter Dr. Kamarul Ariffin, berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan tahap anxiety anda:
Persiapkan laluan anda
Jika anda cemas tentang tersesat atau menghadapi situasi kesesakan lalu lintas, cuba persiapkan laluan anda dengan terlebih dahulu atau gunakan GPS untuk memandu. Isi minyak siap-siap sebelum perjalanan.
Elakkan memandu dalam keadaan emosi meluap-luap: terlalu marah, terlalu sedih, terlalu runsing, dan sebagainya. Tunggu sehingga emosi reda sebelum memulakan memandu, atau berhenti di tempat selamat untuk bertenang jika sedang memandu.
2. Lakukan senaman pernafasan dalam (deep breathing exercise)
Ambil nafas yang perlahan dan dalam, tahan 5 saat, kemudian melepaskannya dengan perlahan. Senaman ini dapat membantu menenangkan dan mengurangkan rasa cemas.
3. Lakukan senaman kesedaran(mindfulness)
Namakan tiga benda yang anda lihat, tiga benda yang anda dengar, serta tiga anggota badan anda yang anda boleh sentuh. In untuk buatkan anda kembali ke realiti dan tidak berfikir terlalu jauh.
Elakkan membayangkan perjalanan anda akan penuh dengan kesukaran dan cabaran. Elakkan juga fikir tentang pengalaman buruk yang sebelum ini. Tumpukan fikiran pada pemanduan pada waktu semasa (current moment).
4. Hindari gangguan semasa memandu
Jangan lakukan aktiviti yang boleh mengalih perhatian anda semasa memandu, seperti makan, menaip teks, berfikir tentang kerja yang tertangguh, kerja-kerja yang perlu disiapkan di rumah, dan sebagainya.
5. Beri kata-kata perangsang pada diri sendiri
Cuba yakinkan diri anda bahawa anda mampu memandu dengan selamat, dan anda pernah berjaya memandu sebelum ini. Beritahu diri anda “saya boleh memandu ke destinasi dengan selamat”.
Fahami bahawa hon adalah cara pemandu komunikasi. Jika anda dihon, tidak semestinya anda berbuat silap atau dimarahi. Ia mungkin sekadar untuk beritahu “saya nak tumpang lalu” atau “hati-hati, ada bahaya”.
Jangan terlalu fikirkan pandangan orang terhadap anda. Fokus untuk memandu dengan tenang dan beretika. Beri isyarat untuk membelok atau tukar laluan, bertimbang rasa kepada pemandu lain dan tidak melayan provokasi.
6. Dapatkan bantuan profesional
Jika anxiety anda semasa memandu teruk atau berterusan walaupun telah mencuba strategi-strategi ini. pertimbangkan untuk mencari bantuan doktor, kaunselor, atau psikologis.
Bila tibanya waktu cuti sekolah, pasti ramai ibu bapa mengambil kesempatan untuk mengkhatankan atau bersunatkan anak.
Ramai yang memilih waktu ini kerana selalunya penyembuhan luka berkhatan memerlukan tempoh yang lama antara 10 hingga 14 hari. Namun untuk melakukan penjagaan selepas berkhatan bukan mudah terutama bagi pertama kali buat ibu ayah. Risau dibuatnya, jika salah penjagaan luka lambat sembuh!
Apa yang penting, ibu bapa perlu tahu agar anak mereka tidak mengalami bentan atau bernanah supaya luka cepat sembuh.
Menerusi perkongsian Public Health berkongsi infografik bersiri penjagaan berkhatan dan penerangan daripada Dr. Adelin Zin.
Sembuh Luka Sunat Tak Sama
Kata Dr Adelin sembuh luka sunat ni tak sama setiap anak, hatta adik beradik pun. Biasanya ambil masa sekitar seminggu ke 3 minggu.
Kenapa ada yang sampai 3 minggu? Sebab ada zakar yang tenggelam menyebabkan luka nya lambat kering. Jadi kena continue bersihkan dan keringkan sampai semua keropeng tanggal.
Wajib Keringkan Luka
Yang penting, setiap kali lepas buang air atau mandi memang kena keringkan. Anak biasanya meraung tak bagi sentuh, jadi pandai-pandailah parent pujuk. Paling koman, suh tadah depan kipas kasi kering.
Jangan letak apa-apa serbuk dari sengsei ya, sebab ada yang letak sampai busuk bau burung anak nya, terpaksa doktor bersihkan sebab melekat-lekat serbuk sensei tu.
Tak Perlu Berpantang Sangat!
Makan pun tak perlu berpantang sangat-sangat. Protein penting untuk penyembuhan luka. Kalau anak takde apa-apa alahan, makanlah sekadarnya yang penting berkhasiat. Bukan janji dengan anak habis je pantang ni seminggu abah belanja kepci
Terakhir yang perlu anda watch out adalah senarai seperti dibawah. Kalau ada bleed sikit-sikit masa hari pertama dan kedua itu biasa. Tekap je dengan tisu bersih dalam seminit dua, kalau still tak berhenti bawa jumpa doktor. Tapi kalau ada tanda-tanda yang lain tu, cepat-cepat bawa ke klinik ye untuk pemeriksaan lanjut.
Semoga semua anak-anak yang bersunat tahun ni cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti sediakala. Asbab dah bersunat tu maka ibu bapa kena ajarkan lah anak-anak supaya menjaga kemaluan mereka terutamanya dari zina dan maksiat, ok?👌🏻
*Setiap kali tengah berkhatan pasti saya doakan anak-anak yang saya sunatkan tu terpelihara dari perkara yang dilarang Allah swt. Semoga Allah makbulkan doa kecil saya, ameen
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...