Dalam dunia percintaan, ada pelbagai pandangan mengenai perbezaan usia antara pasangan.
Salah satu persoalan yang sering menjadi perbincangan ialah, adakah benar lelaki lebih suka wanita yang lebih tua daripada mereka?
Walaupun secara tradisionalnya lelaki sering dikaitkan dengan wanita yang lebih muda, semakin ramai lelaki moden yang memilih pasangan yang lebih berusia.
Foto : Pexels
Kematangan dan Kestabilan Emosi
Salah satu sebab utama lelaki tertarik kepada wanita yang lebih tua ialah kematangan mereka dari segi emosi.
Wanita yang lebih berusia selalunya lebih memahami emosi, lebih stabil dalam membuat keputusan dan kurang terpengaruh oleh perkara remeh.
Ini memberikan hubungan yang lebih kukuh dan kurang drama.
Ads
Pengalaman Hidup yang Luas
Wanita yang lebih tua biasanya mempunyai lebih banyak pengalaman hidup, sama ada dalam percintaan, kerjaya atau kehidupan secara umum.
Mereka mampu memberikan perspektif yang lebih matang dalam sesuatu situasi dan ini menjadikan mereka lebih menarik kepada lelaki yang menghargai kebijaksanaan dan kematangan.
Foto : Pexels
Keyakinan Diri yang Tinggi
Lelaki sering tertarik kepada wanita yang yakin dengan diri sendiri.
Wanita yang lebih tua selalunya sudah menerima dan memahami siapa mereka, tidak terlalu risau dengan pendapat orang lain dan lebih selesa dengan penampilan serta keperibadian mereka.
Ads
Lebih Berdikari dan Tidak Bergantung Kepada Lelaki
Berbanding wanita yang lebih muda yang mungkin masih mencari hala tuju dalam kehidupan, wanita yang lebih tua selalunya sudah mempunyai kerjaya yang stabil dan kehidupan yang lebih tersusun.
Lelaki yang mencari pasangan yang tidak terlalu bergantung kepadanya dari segi kewangan atau emosi mungkin lebih cenderung memilih wanita yang lebih matang.
Dahulu, kecantikan sering dikaitkan dengan usia muda, tetapi kini ramai lelaki menghargai kecantikan dalam pelbagai bentuk dan peringkat usia.
Ads
Dengan penjagaan diri yang baik dan gaya hidup sihat, wanita lebih berusia tetap mampu kelihatan menawan dan menarik di mata lelaki.
Walaupun ada lelaki yang lebih cenderung memilih wanita muda, ramai juga yang lebih menghargai keunikan dan kelebihan wanita yang lebih matang.
Jadi, jika anda seorang wanita yang lebih tua dan masih ragu-ragu tentang peluang bercinta dengan lelaki yang lebih muda, ingatlah bahawa cinta tidak mengenal usia!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika kebiasaan pada tahun-tahun sebelum ini, umat Islam akan mengambil peluang untuk menziarahi tanah perkuburan ahli keluarga yang telah meninggal dunia sama ada sebelum atau ketika Hari Raya.
Namun disebabkan penularan wabak COVID-19, sambutan hari raya pada tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Selain tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung meraikan sambutan hari raya, umat Islam khususnya rakyat Selangor tidak dibenarkan untuk menziarahi tanah perkuburan sanak saudara sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini berlangsung.
Larangan menziarahi Makam Diraja dan tanah perkuburan Islam ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi perkongsiannya di laman Facebook.
Ketetapan ini dibuat bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 seiring perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor semasa perayaan Eidul Fitri 1441 hijrah.
Dalam kenyataan tersebut kata JAIS, sebarang aktivti menziarahi Makam Diraja atau tanah perkuburan Islam sepanjang Eidul Fitri adalah tidak dibenarkan.
Walau bagaimanapun, JAIS memberi cadangan agar rakyat Selangor dapat menggantikannya dengan amalan bacaan tahlil, zikir dan doa di kediaman masing-masing untuk dihadiahkan pahalanya kepada arwah kaum keluarga dan kerabat yang telah kembali ke Rahmatullah.
“Pengurus atau pihak yang menguruskan Makam Diraja atau tanah perkuburan Islam di negeri Selangor hendaklah membantu JAIS dalam memastikan ketetapan ini dipatuhi oleh semua pihak.
“Tempoh masa kuatkuasa bagi ketetapan ini tertakluk kepada satu siaran yang akan dikeluarkan oleh JAIS kemudian,” jelas kenyataan tersebut.
Sebagai langkah membendung penularan wabak COVID-19 ini seharuslah kita mengamalkan norma baharu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Walaupun menyambut hari raya dalam keadaan yang jauh berbeza, seharusnya kita bersyukur diberi kesempatan untuk meraikan hari yang penuh bermakna itu nanti.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kumpulan sensasi punk rock Malaysia, Bunkface, bersedia untuk memukau penonton sekali lagi dengan penerbitan single terbaru mereka, “Hilang”, yang telah dilancarkan pada 9 Februari 2024. Lagu tersebut akan tersedia di semua platform streaming digital utama.
Setelah kejayaan lagu-lagu hit terdahulu mereka, Bunkface kembali dengan “Hilang”, single keempat dari album terbaru mereka yang dinantikan dengan penuh kerinduan, yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada tahun ini. Dengan vokal yang kuat dan instrumen yang dinamik, “Hilang” berjanji untuk menjadi tambahan yang menarik dalam repertoar Bunkface.
“Tanpa Allah Pasti Hilang Arah Tuju Kehidupan”
Kredit komposisi untuk “Hilang” adalah milik Sam, Youk, Paan, Biak, Epul, dan Ajam, dengan Sam mengambil alih penerbitan lirik. “Tanpa Allah pasti hilang arah tuju kehidupan” ujar Sam mengenai pesanan disebalik lirik lagu yang boleh dikatakan berunsur ketuhanan.
Dikeluarkan di bawah bendera Bunkface Production Sdn Bhd, single ini menandakan satu lagi capaian penting dalam kerjaya gemilang kumpulan ini.
Peminat boleh menjangka keghairahan dan semangat yang menjadi ciri khas Bunkface dalam muzik mereka, apabila “Hilang” membawa pendengar dalam perjalanan melalui emosi yang tulen dan melodi yang memukau.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, ikuti Bunkface di platform media sosial.
Pasti ramai kurang mengetahui kewujudan rongga Nasofariks yang terdapat dalam tubuh badan manusia. Namun angkara kandungan garam berlebihan boleh menyebabkan kanser dan seterusnya membawa maut jika tidak dikesan dan diubati dengan segera.
DI MANA NASOFARIKS?
– Nasofarinks satu bahagian agak terlindung dalam struktur yang terdapat di kepala manusia. Ia adalah kawasan yang terletak di bahagian belakang rongga hidung seseorang. Sebahagian daripada farinks iaitu saluran pernafasan paling atas.
Penghubung antara rongga hidung dengan saluran pernafasan yang lain. Dalam keadaan normal, udara yang disedut sewaktu pernafasan akan masuk melalui hidung dan melalui Nasofarinks sebelum dihalakan ke Orofarinks, Larinks, Trakea dan sistem Bronkus yang meneruskan pengaliran udara ke paru-paru.
KETUMBUHAN TERSEMBUNYI
Kanser Nasofarinks jarang berlaku dan jika ia berlaku hanya pada kadar rendah berbanding dengan kanser-kanser lain di seluruh badan manusia. Gejala berdengkur, sakit tekak, jangkitan pada telinga atau kurang pendengaran yang berlaku pada salah satu bahagian telinga antara masalah yang sering terjadi.
Kanser jenis ini bermula dari satu bahagian dalam Nasofarinks yang dikenali sebagai Fossa of Rosenmuller (FOR). Bahagian ini terletak di sebelah bukaan tiub Eustachian yang turut terdapat di dalam Nasofarinks.
GARAM BERLEBIHAN
Pengambilan makanan tinggi kandungan garam seperti ikan, telur atau sayur masin secara terus-menerus dalam jumlah banyak dan dalam jangka masa panjang boleh memberi risiko berlakunya kanser Nasofarinks atau Nasopharyngeal Carcinoma.Ini disebabkan kandungan zat Nitrosamin yang terdapat dalam makanan tersebut mampu mengaktifkan virus Ebstein Barr sehingga menimbulkan masalah pada bahagian Nasofarinks.
GEJALA
HIDUNG- Saiz ketumbuhan yang membesar akan mengakibatkan pernafasan menjadi tersumbat. Ini akan menyebabkan seseorang itu bernafas melalui mulut dan mula berdengkur sewaktu tidur.
TELINGA- Eustachian di dalam Nasofarinks berfungsi untuk memberikan pengudaraan dan ventilasi pada telinga tengah manusia. Pengudaraan ini amat penting bagi memastikan telinga tengah mempunyai tekanan sama seperti tekanan di telinga luar (tekanan atmosfera).
Apabila Nasofarinks terjadi, maka bukaan ini akan tertutup atau terganggu fungsinya. Ini akan menyebabkan rembesan telinga tengah tidak dapat keluar, pengudaraan tidak dapat berlaku dan seterusnya mengganggu proses pendengaran.
KESAN SARAF
Lokasi Nasofarinks berada begitu hampir dengan struktur mata dan lantai otak (skull base). Kanser di kawasan ini boleh memberikan kesan terhadap saraf-saraf di sekitar atau melalui kawasan yang berhampiran dengannya.
RAWATAN
Sekiranya mempunyai tanda-tanda tersebut, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan pengesahan selanjutnya. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal yang lengkap terutamanya endoskopi pada bahagian hidung untuk melihat kawasan Nasofarinks yang tersembunyi ini. Jika terdapat perkara yang mencurigakan, biopsi untuk mengambil sampel tisu di bahagian FOR akan dilakukan. Ia akan dibuat dengan kaedah bius yang efektif dan mudah.
Patut tahu
-Dilaporkan seorang dalam 100,000 orang penduduk di seluruh dunia menghidap ketumbuhan tersembunyi ini. Lebih banyak berlaku di negara China dan negara-negara sekitarnya yang mempunyai peratusan penduduk berbangsa Cina tinggi.
-Negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai risiko dalam kadar pertengahan.
-Kanser Nasofarinks lebih banyak dikesan di kalangan lelaki. Kadar itu meningkat selepas berusia 30 tahun dan kemuncaknya pada lingkungan usia 40 hingga 49 tahun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.