Dalam sejarah, banyak lelaki hebat yang tidak dikurniakan ketinggian atau lelaki lebih rendah yang menonjol, tetapi tetap menjadi legenda.
Sebagai contoh, Napoleon Bonaparte walaupun sering dianggap pendek (ketinggian sekitar 167cm), masih mampu mengukir sejarah sebagai seorang pemimpin tentera yang ditakuti dan disegani.
Begitu juga dengan Bruce Lee, yang berdiri pada 170cm, telah mengubah dunia seni mempertahankan diri dan hiburan dengan kehebatan fizikal serta mindanya yang luar biasa.
Sebenarnya, ketinggian bukanlah faktor penentu kejayaan atau keyakinan diri. Malah, lelaki yang lebih rendah daripada pasangan mereka boleh memiliki banyak kelebihan tersendiri.
1. Rasa Rendah Diri Bantu Meningkatkan Keyakinan
Lelaki yang lebih rendah daripada pasangan mereka sering kali lebih sedar tentang persepsi masyarakat mengenai perbezaan fizikal.
Namun, ini tidak semestinya satu kelemahan. Sebaliknya, ia boleh mendorong mereka untuk membina keyakinan dari segi lain seperti personaliti yang menarik dan penuh keyakinan.
Pelakon terkenal seperti Tom Holland, yang mempunyai ketinggian 173cm dan lebih rendah daripada kekasihnya, Zendaya, sering menunjukkan keyakinan dirinya dalam cara dia membawa diri. Ini menunjukkan bahawa ketinggian tidak menghalang keyakinan seorang lelaki.
2. Lebih Fleksibel dan Cergas
Lelaki yang lebih rendah cenderung mempunyai pusat graviti yang lebih rendah, menjadikan mereka lebih stabil dan cergas.
Ads
Ini terbukti dalam bidang sukan seperti gimnastik dan seni mempertahankan diri. Contohnya, Bruce Lee menggunakan tubuhnya yang lebih kecil untuk melakukan gerakan-gerakan yang pantas dan tepat.
Selain itu, mereka lebih mudah untuk bergerak lincah dan cergas, yang memberi kelebihan dalam aktiviti harian atau sukan yang melibatkan kelincahan.
3. Hubungan Lebih Seimbang
Pasangan dengan perbezaan ketinggian yang ketara sering kali menjalinkan hubungan yang lebih seimbang dari segi emosi dan komunikasi.
Lelaki yang lebih rendah mungkin lebih cenderung untuk bersikap terbuka dan memahami kerana mereka menyedari pentingnya menghargai aspek hubungan yang lebih mendalam daripada sekadar penampilan fizikal.
Ads
Pelawak Kevin Hart, yang lebih rendah daripada isterinya Eniko Parrish, sering kali berkongsi tentang bagaimana hubungan mereka kukuh kerana komunikasi dan saling menghormati.
4. Gaya Fesyen Lebih Teratur
Kelebihan lelaki yang lebih rendah ialah mereka cenderung untuk lebih menitikberatkan aspek gaya dan pakaian yang sesuai dengan bentuk badan mereka.
Ini memberi mereka kelebihan dalam mencari gaya yang lebih kemas dan disesuaikan dengan baik.
Foto: Jason Smith/Everett Collection
Lihat sahaja Daniel Radcliffe, yang lebih rendah daripada ramai pelakon lain dalam industri Hollywood. Beliau sering tampil bergaya dan bijak memilih pakaian yang menyerlahkan penampilan dirinya tanpa mengira ketinggian.
Lelaki yang lebih rendah daripada pasangan mereka juga sering kali mempunyai hubungan emosi yang lebih mendalam.
Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang lebih rendah cenderung untuk lebih peka terhadap keperluan emosi pasangan mereka, mungkin kerana mereka merasakan pentingnya memberikan sokongan dalam cara yang lebih bermakna.
Jadi apa yang MASKULIN boleh kongsikan, ketinggian seorang lelaki tidak sepatutnya menjadi penanda kejayaan dalam hubungan atau kehidupan.
Bak kata Ian Fleeming dalam novel James Bond, ‘Goldfinger’, “Napoleon was a short man. It didn’t stop him from having big dreams.”
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dapat dinafikan salah satu karakter wangian atau perfume yang cukup popular di kalangan lelaki adalah bersiat ‘kayu’ atau woods.
Lebih menarik jika wangian itu adalah datang dari kategori Eau de Parfum atau EDP yang pastinya lebih tahan lama dan kuat.
Jenama yang cukup popular dengan penjagaan diri, Aesop kini memperkenalkan Eidesis Eau De Parfum yang hadir dengan ketelitian haruman wood, rempah hipnotik dan kesegaran lebih elegan.
Ia merupakan kesinambungan dari koleksi wangian Othertopias yang diimaginasikan dari elemen refleksi bauan mantap.
Eidesis dihasilkan oleh Aesop khusus buat mereka yang ingin mencari keunikan serta aroma kompleks yang tidak mengenal sempadan jantina. Ia bukan sahaja dekat dengan karakter alam semula jadi tetapi mampu memberikan cabaran persepsi unik pemakainya.
Eidesis dipakejkan dalam botol ember 50ml serta pembungkusan menampilkan hasil seni pelukis asal Belfast, Jack Coulter. Buat anda yang berminat boleh dapatkannya di pasaran menerusi outlet Aesop serta laman e-dagangnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara cara terbaik untuk menghilangkan jerawat, kawal apa yang kita makan sebaiknya.
Pastikan kita sentiasa makan makanan seimbang yang kaya serat. Makanan seperti buah-buahan & sayur-sayuran berdaun hijau bukan saja kaya khasiat, malah sangat baik untuk kesihatan kulit.
Elakkan makanan yang mempunyai no indeks glisemik tinggi iaitu nakanan yang kaya gula. Makanan indeks glisemik tinggi seperti kek, roti putih meningkatkan tahap gula darah dan menggalakkan jerawat
Pastikan kita minum air kosong secukupnya.
Kurangkan pengambilan makanan berasid.
Berhenti merokok.
Jangan minum minuman beralkohol. Arak itu haram untuk orang islam.
Amalkan makan yang kaya serat untuk detoks toksin dalam badan & membantu sistem penghadaman yang lebih sihat.
2. Dapatkan rehat dan lakukan senaman secara berdisiplin.
Rehat dan senaman yang mencukupi merupakan 2 cara hidup yang mudah untuk diamalkan jika kita ingin menghilangkan dan mencegah jerawat. Senaman akan mengurangkan tahap hormon kortisol yang menyebabkan tekanan & badan kita akan menghasilkan hormon endorfin yang akan menenangkan fikiran.
3. Jaga kebersihan diri.
Amalan menjaga kebersihan sangat membantu dalam mengelakkan masalah jerawat. Pastikan kita sentiasa membersihkan kulit dengan baik untuk mengurangkan pembentukan minyak / sebum yang akan menyumbat liang roma kulit kita. Pembentukan minyak akan cenderung untuk memerangkap bakteria dan menggalakkan pembentukan jerawat. Kita juga boleh kerap mengamalkan produk skincare yang bagus untuk mengelupas (exfoliate) kulit. Ini akan membantu menghilangkan kulit mati di permukaan kulit yang akan menyebabkan pori tersumbat & menyebabkan jerawat.
4. Jangan sesekali tekan jerawat.
Jangan tekan jerawat kerana ini akan memburukkan lagi pelarian, menyebabkan parut atau jangkitan.
Selesai sudah bahagian jeragat di kawasan dahi. Seterusnya, apa pula makna jerawat yang tumbuh di kawasan dagu / rahang?
Apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan jerawat di dagu & sekitar rahang mulut?
1. Halang tangan kita dari menyentuh dagu!
Nak menghalang jerawat dari tumbuh, kita mesti halang & kurangkan puncanya dahulu. Iaitu bakteria yang terperangkap di dalam liang roma.
Dengan hanya menghalang diri kita dari menyentuh permukaan kulit dagu dan rahang, akan dapat mengelakkan bakteria penyebab jerawat dari dipindahkan kepada kulit. Perbuatan kita menyentuh kulit muka tanpa sedar menjadikan wajah kita salah satu kawasan paling kotor di badan.
2. Kerap bersihkan telefon bimbit bimbit kita.
Tangan kita yang sibuk bekerja & memegang banyak permukaan akan sentiasa memegang handphone. Boleh jadi permukaan handphone kita kotor dan penuh dengan bakteria. Ini akan memindahkan bakteria tersebut dari tangan ke kulit muka kita semasa menjawab panggilan & mungkin menjadi penyebab jerawat. Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan bakteria dan kuman yang terdapat pada handphone?
3. Berhenti memakan produk berasaskan susu selama 21 hari.
Kulit kita akan menghilangkan bahan yang tidak sesuai dengan tubuh kita dengan mengeluarkan peluh & jika tidak boleh disingkirkan melalui peluh, boleh juga keluar melalui jerawat. Antara makanan yang terkenal dalam menyebabkan jerawat adalah produkk tenusu seperti keju, yogurt, susu segar dan ais krim.
Tak kiralah susu lembu lembu atau susu kambing. Produk berasas susu menyebabkan pembentukan mukus yang sukar untuk dicerna oleh badan kita.
Terutama bagi mereka yang menghadapi masalah tidak toleran kepada laktosa. Mengambil banyak produk tenusu lebih dari kemampuan badan untuk mencerna akan menyebabkan badan kita mengeluarkan bahan lebihan ini melalui jerawat di bawah dagu.
Kebanyakan lembu tenusu diberi hormon pertumbuhan untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Pengambilan produk tenusu seperti susu, keju, dan yogurt akan mempengaruhi tindak balas hormon dalam badan kita.
Ini kerana hormon dari produk tenusi ini mungkin sangat menyamai hormon manusia yang berfungsi menambahkan pengeluaran minyak pada kulit.
Seperti yang kita tahu, kulit berminyak boleh menjadi punca keluarnya jerawat yang banyak.
Terdapat lebih banyak kelenjar peluh di bawah kawasan dagu di muka.
Badan kita akan mengeluarkan hormon dari produk tenusu dengan banyak, khususnya di kawasan dagu dan kawasan rahang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Orang sekarang ni semua nak putih. Muka nak putih, gigi pun nak putih. Kalau muka tu, fahamlah juga ada bahan pemutih muka tapi gigi?
Nak guna bahan pemutih gigi, risau terlalu banyak peluntur yang melibatkan bahan kimia pula jadi apa salahnya anda amalkan 5 tips guna bahan semula jadi ini :
1. Kunyah epal, lobak atau daun saderi
Menguyah epal, lobak atau daun saderi dikatakan boleh memutihkan gigi kerana teksturnya adalah berserat. Mengunyah makanan ini juga boleh menghilangkan sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi selain berfungsi sebagai snek yang sihat untuk tubuh.
2. Baking soda
Baking soda merupakan petua memutihkan gigi paling popular kerana ia bersifat boleh menghakis namun tidak begitu ketara. Caranya, bancuh dua sudu teh baking soda dengan sedikit ubat gigi dan berus gigi seperti biasa lalu bilasnya dengan air.
3. Garam
Garam mampu menambah sumber mineral pada gigi dan sekaligus menyerlahkan lagi warna putihnya. Caranya, sapu garam pada gigi seperti penggunaan baking soda di atas. Kemudian berus dan bilasnya seperti biasa. Walaupun bertindak sebagai antibakteria, elak bubuh garam pada bahagian gusi kerana ia boleh menyakitkannya.
4. Kurangkan kopi & minuman bergula
Selain rokok dan minuman bersoda, kopi juga merupakan musuh ketat gigi anda. Hal ini bukanlah bermaksud anda perlu mengelakkannya 100% namun anda mungkin boleh mengehadkan kuantiti pengambilannya setiap hari. Ini kerana minuman dan makanan bergula boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria Streptocuccus Mutans, iaitu bakteria utama penyebab plak dan gingivitis yang merosakkan gigi serta menjejaskan keputihannya.
5. Makan makanan berkalsium tinggi
Sesetengah gigi berubah menjadi kekuningan disebabkan lapisan enamel terhakis sehingga mendedahkan lapisan dentin di bawahnya yang berwarna kuning. Oleh itu, pengambilan makanan berkalsium tinggi seperti susu, keju dan brokoli boleh membantu mengelakkan hakisan dan sekaligus mengekalkan keputihannya.
6. Berus & flos
Jangan pandang rendah kepada rutin memberus gigi dengan flos. Ubat gigi dapat membantu mengeluarkan kotoran daripada gigi manakala penggunaan flos dapat mengeluarkan sisa makanan dengan berkesan. Sesetengah makanan yang terlekat di celah gigi tidak dapat dibersihkan dengan sempurna menggunakan berus gigi sekali gus jika terbiar lama, ia boleh menghasilkan bakteria dan plak gigi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.