Setiap kali kita menikmati hidangan nasi kandar atau nasi lemak, pasti ada satu perasaan yang biasa dirasai selepas itu — rasa mengantuk yang begitu kuat.
Bukan sahaja perut kenyang dengan juadah enak tersebut, tetapi mata juga seakan-akan ingin terpejam, dan badan terasa lesu. Mengapa ini berlaku?
Menurut Pakar Pemakanan, Dr. Fatimah Eliana, dalam artikel yang diterbitkan oleh mStar pada tahun 2019, fenomena ini ada kaitannya dengan cara tubuh kita memproses makanan.
“Apabila kita makan terlalu banyak, organ pencernaan terpaksa bekerja lebih keras, membuatkan kita berasa mengantuk,” jelas Dr. Fatimah.
Foto: Astro Awani
Tambahnya, organ seperti jantung dan otak perlu bekerja lebih aktif semasa proses pencernaan. Lalu menyebabkan sedikit kekurangan oksigen di dalam tubuh dan mencetuskan rasa mengantuk.
Proses pencernaan memerlukan tenaga, dan tubuh kita mendapat tenaga daripada makanan.
Apabila kita makan, sistem pencernaan akan memecahkan makanan dan memprosesnya menjadi tenaga. Semasa proses ini, tubuh akan menghasilkan beberapa bahan kimia seperti cholecystokinin (CCK), glukagon, dan amylin yang meningkatkan rasa kenyang.
Gula dalam darah akan meningkat, menggalakkan pengeluaran insulin yang membantu pemindahan gula dari darah ke sel untuk tenaga.
Ads
Selain itu, proses pencernaan juga menyebabkan peningkatan hormon serotonin, yang terkenal kerana kesannya yang menenangkan dan boleh menyebabkan rasa mengantuk.
Satu lagi hormon yang dikaitkan dengan tidur adalah melatonin. Walaupun proses pencernaan tidak secara langsung membebaskan melatonin, makanan tertentu boleh mempengaruhi tahap hormon ini dalam badan.
Mengurangkan Rasa Mengantuk Selepas Makan
Bagi mengelakkan rasa mengantuk selepas makan, Dr. Fatimah menyarankan agar kita mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi.
Bergerak aktif selepas makan juga boleh membantu. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita perlu bersukan berat; berjalan kaki selepas makan juga sudah memadai.
Memilih tempat makan yang sedikit jauh boleh memaksa kita untuk berjalan selepas makan, yang membantu mengalirkan darah dengan lebih baik ke otot dan mengurangkan rasa mengantuk.
Ads
“Paling baik selepas makan berjalan supaya karbohidrat yang kita makan sampai ke otot, lemak dan otak, dan sel otot serta sel lemak tidak mengalami kekurangan oksigen,” tambah beliau.
Fenomena mengantuk selepas makan ini dikenali sebagai “postprandial somnolence” atau lebih popular disebut sebagai “food coma.”
Ia adalah reaksi semula jadi tubuh terhadap proses pencernaan makanan, terutama sekali makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti nasi kandar dan nasi lemak.
Maka, tidak hairanlah jika selepas menikmati hidangan kegemaran ini, kita akan berasa seakan-akan ditarik untuk merebahkan diri.
Mengerti mekanisme di sebalik fenomena ini mungkin boleh membantu kita membuat pilihan yang lebih bijak tentang apa yang kita makan dan bagaimana kita menghabiskan waktu selepas makan.
Ads
Bercakap tentang nasi kandar bermula 5 hingga 8 September 2024, ‘RASA Layan Curry Fiesta X Havoc Festival’ akan diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia.
Acara yang berlangsung selama empat hari, bermula 11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam ini menghimpunkan pengusaha makanan dengan pelbagai hidangan berasaskan kari.
Ia juga menyaksikan lebih daripada 200 booth makanan viral turut mengambil bahagian. Selain itu, pelbagai program seni, hiburan, dan aktiviti kekeluargaan disusun untuk menarik pengunjung.
Dianjurkan bersama Havoc Food Festival program yang dibawakan majalah Rasa dan Nu Ideaktiv ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Aaron Ago Anak Dagang, Menteri Perpaduan Negara.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Teh ais dan rakyat Malaysia bagai isi dan kuku. Minuman ini sering menjadi pilihan tidak kiralah sama ada di restoran mahal mahupun gerai tepi jalan.
Dapat minum yang kaw, dan sejuk memang nikmat terutama bila cuaca panas. Kadang-kadang kat rumah pun boleh teringin nak minum teh ais macam ni. Tak perlu susah keluar atau order online, kita buat saja sendiri teh ais kaw!
Buat sendiri teh ais kaw, manis berlemak
Untuk peminat teh ais! Cara membuatnya untuk satu gelas saiz ini.
1. Masukkan 2-3 sudu teh serbuh teh (saya guna teh Barra, teh dari Kedah bukan teh merah Thailand ya). Klik SINI untuk beli di Shopee.
2. Rendam dengan air yang betul-betul panas (saya guna air Cuckoo saja). Nak lagi kaw boleh masak teh ini dalam periuk sampai menggelegak
3. Biarkan rendam serbuk teh tapi sampai suam. Kemudian tapis.
4. Selepas itu boleh tambah susu pekat ikut kemanisan yang disukai.
5. Kemudian tambah 2-3 sudu susu cair untuk rasa lemak! Jangan tambah air lagi selepas bancuh, nanti cair.
6. Tambahkan ketulan ais, siap untuk diminum. Jika nak buat satu jag boleh gandakan bahan-bahan.
Senang je nak buat teh ais ni kan. Selamat mencuba!
Bagi pesakit diabetes, pemakanan adalah elemen yang sangat penting dalam pengurusan tahap gula darah.
Salah satu makanan yang sering menjadi kebimbangan adalah nasi. Ramai yang berpendapat bahawa nasi tidak sesuai untuk pesakit diabetes kerana ia mengandungi karbohidrat yang tinggi. Namun, menurut pakar perubatan, nasi masih boleh dimakan, asalkan ia dimakan dengan betul dan dalam kuantiti yang terkawal.
Perkara ini diakui oleh Dr. Suri Roowi menerusi penulisannya di Facebook.
Menurutnya, pesakit diabetes yang ingin makan nasi putih haruslah memastikan nasi yang diambil mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.
Sekiranya anda pesakit diabetes dan ingin makan nasi putih, ini cara-caranya.
Nasi dari beras yang dikukus mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah. Ia lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi yang dimasak dengan kaedah biasa.
Nasi yang dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber larut air, seperti kacang bendi lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana ia meningkatkan kepekaan terhadap insulin.
Berbuka puasa merupakan momen yang sangat dinantikan selama bulan Ramadhan, terlebih lagi jika dapat dilakukan bersama dengan pasangan tersayang. Menikmati waktu berbuka bersama menjadi salah satu cara untuk meningkatkan keintiman dan kemesraan.
Berikut adalah lima jenis restoran yang ideal untuk berbuka puasa bersama pasangan, menawarkan pengalaman tak terlupakan serta makanan yang lezat dan menggugah selera.
Bertema Tradisional
Restoran yang mengusung tema tradisional menawarkan suasana yang hangat dan selesa, sangat sesuai buat pasangan yang ingin merasakan nuansa berbuka seperti di rumah.
Dengan dekorasi yang kental akan unsur budaya lokal, restoran jenis ini menyajikan aneka ragam hidangan tradisional yang kaya akan rempah dan cita rasa autentik. Menikmati berbuka dengan hidangan seperti rendang, ayam bakar, sambal goreng, atau cendol bersama pasangan di restoran tradisional boleh menjadi pengalaman berbuka yang tak terlupakan.
Restoran Rooftop
Untuk pasangan yang mencari suasana berbuka yang lebih modern dan romantis, restoran rooftop bisa menjadi pilihan yang tepat. Menikmati hidangan berbuka puasa sambil ditemani pemandangan matahari terbenam di cakrawala kota bisa menjadi momen yang sangat spesial.
Restoran jenis ini biasanya menawarkan berbagai jenis makanan, mulai dari lokal hingga internasional. Candlelight dinner di rooftop restaurant tidak hanya menyajikan makanan yang lezat tetapi juga pengalaman dining yang romantis.
Restoran Buffet
Restoran buffet menjadi pilihan yang ideal untuk pasangan yang ingin menikmati berbagai jenis hidangan dalam satu waktu.
Konsep ‘all-you-can-eat’ memungkinkan Anda dan pasangan untuk mencicipi berbagai macam makanan, mulai dari appetizer, main course, hingga dessert.
Restoran buffet seringkali menyediakan aneka ragam hidangan lokal dan internasional, menjadikannya pilihan yang cocok bagi pasangan dengan selera makan yang berbeda.
Kafe Outdoor
Untuk pasangan yang mencari suasana lebih santai dan casual, kafe outdoor bisa menjadi pilihan yang menarik. Menikmati berbuka puasa di bawah langit senja sambil menikmati semilir angin bisa membuat momen berbuka menjadi lebih istimewa.
Kafe outdoor biasanya menawarkan menu yang lebih sederhana seperti pasta, steak, atau aneka jus dan smoothies yang segar, cocok untuk pasangan yang menginginkan berbuka dengan menu yang tidak terlalu berat.
Restoran Steak
Rasanya tidak sah seorang lelaki tidak suka dengan hidangan steak daging lembu yang cukup melazatkan. Restoran yang menawarkan steak dengan suasana romantis dengan pemandangan indah juga boleh menjadi lokasi pilihan untuk berbuka puasa.
Di antara restoran menarik di Lembah Klang ialah Maria’s Steakcafe. Bersempena kemunculan bulan Ramadan dan Syawal menjelma nanti, Maria’s Steakcafe menawarkan hidangan istimewa bermula 10 Mac sehingga 7 Mei 2024.
Mereka menampilkan menu istimewa berkonsep hidangan tiga tingkat makanan berbeza melambangkan kelazatan, kepelbagaian dan kebersamaan.
Disediakan untuk dua hingga empat orang, ia hadir dengan set bersama daging lembu dan juga set tanpa daging lembu dengan gantian ikan salmon. Anda dan pasangan akan memulakan hidangan dengan spicy mussell bersama roti bawang putih.
Pada tingkat kedua pula hidangan utama yang datang dengan air asam dan sos percik yang membangkitkan rasa berbeza. Untuk set hidangan empat, dua hidangan daging utama yang menggoda dipersembahkan, termasuk Argentinian Striploin dan N.Z Lamb Cutlets dalam set daging lembu. Bagi anda yang ingin potongan premium, boleh ‘upgrade’ kepada Black Angus Ribeye, Wagyu MB7 Tenderloin atau Wagyu MB9 Ribeye.
Jika daging lembu tidak pilihan anda atau pasangan, set bukan daging lembu menawarkan Ikan Salmon Bakar dan Potongan Daging Lamb N.Z, dengan pilihan untuk menaik taraf Salmon Bakar kepada Atlantic White Cod yang lazat.
Untuk santapan intim untuk dua orang, kedua-dua set (daging lembu dan bukan daging lembu) didatangkan dengan pilihan Salmon Bakar atau Striploin Argentina sebagai pilihan utama, memastikan santapan yang disesuaikan pengalaman untuk parti semua saiz.
Semoga cadangan MASKULIN ini boleh memberikan idea anda untuk bawa pasangan berbuka puasa dengan momen lebih istimewa!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.