Ipoh, sebuah bandaraya yang terkenal dengan penangan white coffeenya yang memang ‘kaw’! Siapa sangka sebuah kawasan yang pernah mengalami peristiwa hitam pada tahun 1892 ini di mana kebakaran yang sangat besar pernah berlaku mampu membangun menjadi sebuah bandar yang bukan sahaja terkenal di Malaysia, malahan di seluruh dunia.
Untuk pengetahuan anda, Ipoh pernah disenaraikan di dalam laman web pelancongan antarabangsa, Lonely Planet, sebagai satu-satunya destinasi pelancongan di Malaysia yang terbaik pada tahun 2016. Pembangunan pesat bandar Ipoh dengan pusat-pusat pelancongan, kafe-kafe dan lain-lain lagi yang tumbuh bak cendawan selepas hujan menjadikan bandar ini destinasi yang wajib dilawati. Salah satu sebab mengapa Ipoh menjadi lokasi pilihan kepada ramai para pelancong adalah kerana kemampuannya untuk mengekalkan dan memelihara warisan klasik tanpa dimakan dek peredaran zaman yang menghauskan perubahan. Banyak bangunan-bangunan klasik yang masih terpelihara dengan baik di luaran tetapi fungsi dalamannya diubah untuk mengikut keperluan semasa atau lebih tepat lagi mengikut selera anak-anak muda yang tinggal di Ipoh. Sebab ini jugalah Ipoh digelar sebagai bandar hipster Malaysia! Memang lain dari yang lain.
Bukan itu sahaja, Ipoh turut kaya dengan keindahan alam semulajadinya yang memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Tersendiri bagaimana? Kalau anda nak tahu, teruskan membaca senarai 22 tempat menarik di Ipoh.
Lost Word Of Tambun
Taman tema Lost World of Tambun ini secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu dry park dan wet park. Di dry park anda boleh meningkatkan adrenalin dengan menaiki roller coaster yang juga sesuai untuk kanak-kanak, juga terdapat rumah hantu jika anda inginkan sedikit thrill. Di samping itu, anda boleh melawat Petting Zoo yang menempatkan pelbagai jenis haiwan seperti arnab, rakun, ular, zirafah, harimau dan bermacam lagi. Terdapat juga aktiviti-aktiviti lasak seperti berakit, merentas hutan, meneroka gua, mendaki gunung dan banyak lagi.
Di wet park terdapat Jungle Wave Pool yang memiliki kolam berombak yang terbesar di Malaysia, Adventure River pula adalah di mana anda dapat mengelilingi sungai buatan yang agak panjang dengan menaiki pelampung. Aktiviti-aktiviti lain di wet park ini adalah seperti Sandy Bay, Kids Explorabay, Cliff Racer dan Tube Raiders.
Aktiviti-aktiviti ini mungkin kedengaran agak lasak, namun jangan risau, permainan-permainan ini dibahagikan mengikut kesesuaian umur dan kemampuan pengunjung, jadi datanglah bersama ahli keluarga anda ke sini untuk memberikan mereka pengalaman yang tidak akan dilupakan!
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat kecuali Khamis (11.00am – 6.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum (10.00am – 6.00pm) | Khamis (Tutup). Telefon: +605 5428888. Lokasi: No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh
Gua Kek Look Tong & Zen Garden
Terletak berdekatan dengan Gunung Rapat dan 5 km dari bandaraya Ipoh adalah sebuah gua batu kapur yang besar digelar Gua Kek Look Tong. Pada tahun 1960, gua ini dijadikan tapak perlombongan besi. Kini, ia merupakan tokong Buddha yang telah memenangi pelbagai anugerah kerana keindahan lanskap taman yang ada disebalik gua ini. Siapa menyangka akan diraikan dengan pemandangan yang sebegitu indah sebaik sahaja keluar daripada terowong gua ini?
Sebaik sahaja anda sampai ke taman ini, anda akan dapat mendengar keriuhan burung-burung dan angsa yang dipelihara di sini. Yang lebih menarik lagi, anda boleh beriadah di sini kerana terdapat jalan yang disediakan untuk berjogging mengelilingi dua tasik yang indah. Taman ini juga memiliki salah satu daripada laluan refleksologi pejalan kaki yang terpanjang di Ipoh.
Waktu yang terbaik untuk anda melawat gua dan taman ini adalah pada waktu pagi supaya anda dapat menikmati keindahan taman ini di samping udara yang menyegarkan.
Waktu Operasi: Setiap hari termasuk hari cuti umum (7.00am – 6.00pm)/ Telefon: +605-312-81129. Lokasi: Kek Look Tong, Gunung Rapat, Ipoh
Art of Old Town
Art of Old Town persis namanya merupakan sebuah destinasi yang dihiasi dengan ilustari-ilustrasi kreatif pada dinding-dinding bangunan di sini. Ilustrasi-ilustrasi ini telah dihasilkan oleh Ernest Zacharevic, seorang seniman yang menerima pengiktirafan dunia atas lukisan-lukisan mural yang beliau hasilkan di sini. Beliau juga turut terlibat dalam penghasilan seni jalanan di New York.
Mural dinding yang terdapat di sini diinspirasikan daripada budaya masyarakat Ipoh. Masa yang diambil untuk melihat keseluruhan Art of Old Town ini adalah lebih kurang 30 minit. Anda perlu berjalan sekitar Market Street, Jalan Tun Sambanthan, Jalan Padang, Jalan Bijeh Timah dan Concubine Lane 3. Jangan lupa membawa kamera anda sekali untuk mengabadikan diri anda dengan karya-karya kreatif ini.
Taman Rekreasi Gunung Lang
Terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman yang sebelum ini dikenali sebagai Jalan Kuala Kangsar adalah sebuah taman rekreasi yang dikelilingi pemandangan alam semulajadi. Sebelum tiba ke taman rekreasi ini, anda perlu menaiki bot yang akan membawa anda menyeberangi tasik ditemani dengan lanskap indah bukit batu kapur.
Ads
Setibanya di taman rekreasi ini, anda akan dapat melihat air terjun buatan manusia di atas bukit batu kapur. Untuk anda yang membawa anak pula, taman rekreasi ini turut dilengkapi dengan taman permainan dan juga mini zoo. Selepas berjalan-jalan anda boleh menaiki menara tinjau untuk menikmati keindahan taman sepuas-puasnya sebelum pulang.
Bayaran Bot: Dewasa RM3 | Kanak-kanak 3 – 12 tahun RM1.50 | Warga emas 55 tahun ke atas RM1.50. Telefon: +605-5063088. Lokasi: Taman Rekreasi Gunung Lang Off Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh
Fantasy House Trick Art
Rumah yang dipenuh dengan ilusi optikal dan magikal ini dibuka pada tahun 2015. Masa yang diambil dalam proses menyiapkan semua lukisan-lukisan ini adalah dalam sekitar empat bulan. Terdapat lapan orang pelukis yang terlibat dalam projek ini.
Fantasy House Trick Art memiliki empat bahagian yang berbeza antara satu sama lain dari segi tema mereka. Pertama adalah galeri yang memaparkan bandaraya Ipoh, yang kedua adalah bahagian rumah terbalik ataupun upside-down house, yang ketiga adalah dunia fantasi dan yang terakhir sekali bertemakan Bilik Penderaan.
Pasti anda pernah melihat bukan gambar-gambar pengunjung yang pernah datang ke tempat ini? Amat menarik. Anda juga akan dapat pulang dengan foto-foto yang pasti akan menjadi kerana kakitangan-kakitangan di sini akan membantu anda mendapatkan gambar yang sempurna secara percuma.
Bayaran Masuk: Dewasa dengan MyKad RM15 | Dewasa tanpa MyKad RM19 | Pelajar dengan kad pelajar RM10 | Warga emas 60 tahun dan ke atas RM10 | Kanak-kanak RM10 | Pemegang kad OKU Percuma
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 6.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (9.00am – 8.00pm). Telefon: +605 2550 007. Lokasi: Funtasy House Trick Art 16, Jalan Market, 30000 Ipoh.
Ipoh Railway Station
Pembinaan Stesen Keretapi Ipoh dimulakan pada tahun 1914 dan dapat disiapkan pada tahun 1917 akibat Perang Dunia Pertama yang mengakibatkan masalah bahan dan kos binaan. Bangunan yang turut diberi gelaran Taj Mahal Ipoh ini telah direka bentuk oleh seorang arkitek British bernama AB Hubback yang juga merupakan arkitek bagi Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Rekabentuk bangunan ini tidak diubah sama sekali sehingga ke hari ini, yang dilakukan hanyalah pengubahsuaian dalaman bangunan ini pada tahun 1993.
Ads
Stesen keretapi ini sangat indah bukan hanya kerana seni binanya, malahan, ia dikelilingi oleh tumbuhan bunga-bungaan tempatan yang berwarna-warni. Kecantikan lokasi ini telah menarik perhatian Hollywood untuk merakamkan filem Anna and the King lakonan Jodie Foster di sini. Untuk penginapan pula, Majestic Hotel turut berkongsi bangunan dengan stesen keretapi ini.
Lokasi: Ipoh Railway Station, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh
Kinta Riverfront
Kinta Riverfront ialah satu destinasi yang agak menarik untuk dilawati pada waktu malam kerana terdapat cahaya lampu LED yang dipasang pada pokok-pokok di sepanjang laluan sungai Kinta ini. Konsepnya sama seperti I-City di Shah Alam. Lampu-lampu berwarna-warni yang menerangi kawasan ini memberikan suasana yang agak romantik dan mengujakan. Ia memang lokasi yang sempurna untuk anda bergambar dengan yang tersayang.
Waktu Operasi: Setiap hari. Lokasi: Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh
Muzium Geologi Ipoh
Sekiranya anda suka mempelajari sesuatu yang baru, lawatilah muzium ini. Ditubuhkan pada tahun 1957, Muzium Geologi Ipoh ini merupakan tempat yang penting untuk memberi didikan kepada masyarakat tentang geologi dan geosains di Malaysia.
Penyusunan muzium ini juga adalah sangat teratur mengikut kesesuaian informasi yang disampaikan, ibarat anda membuka buku teks yang bermula dengan pengenalan dan berakhir dengan konklusi. Muzium ini terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu dari A sehingga G. Anda akan mempelajari struktur geologi dan sejarah bumi serta bagaimana perlombongan mineral dilakukan. Di sini juga anda dapat melihat pameran pelbagai koleksi yang unik melibatkan batuan, batu permata, fosil dan mineral yang turut didatangkan dari luar negara. Tidak lupa juga pameran sampel-sampel bijih timah yang boleh ditemui di Lembah Kinta. Perjalanan anda di muzium ini akan ditutup dengan penceritaan tentang sumbangan geologi kepada manusia. Satu destinasi yang perlu anda lawati untuk menjadikan percutian anda lebih terisi lebih-lebih lagi untuk anak-anak yang mempunyai perasaan ingin tahu.
Bayaran Masuk: Percuma. Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 12.30pm & 2.00pm – 4.30pm) | Jumaat (9.00am – 12.00pm & 3.00pm – 4.30pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (Tutup). Telefon: +605-540 6000. Lokasi: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh
Dataran MBI Food Court
Datanglah ke dataran ini sekiranya anda ingin berjalan-jalan cari makan di sekitar Ipoh. Terdapat banyak pilihan gerai dengan pelbagai jenis makanan yang dijual di sini, boleh kenyang juga perut melihat pilihan yang terlalu banyak. Contoh makanan yang anda boleh temui di sini adalah nasi kerabu ayam dara, pattaya banjir, sate kambing, char kuew teow, nasi itik, sup tulang, nasi goreng daging pedas, nasi ayam dan banyak lagi. Untuk pengetahuan anda, gerai-gerai yang terpilih sahaja yang boleh dibuka di sini, ini bermakna besar kemungkinan untuk anda berpuas hati dengan apa sahaja yang anda makan di sini.
Ads
Taman Alam Kinta (Taman Burung)
Taman Alam Kinta menempatkan lebih daripada 150 spesies burung air. Dengan keluasan 900 hektar, taman ini memiliki populasi burung air yang lebih daripada 1000 ekor. Antara spesies yang boleh dijumpai di sini adalah burung panglim, wak-wak, raja udang, bangau, toing air dan banyak lagi. Anda juga boleh menaiki menara pemerhati burung yang disediakan di taman ini untuk melihat habitat-habitat pelbagai jenis burung ini seluas pemandangan anda.
Telefon: +6012-5009400. Lokasi: Taman Alam Kinta, Kampung Pisang, Batu Gajah, Ipoh, Perak
Dataran Jam
Terletak di bahagian tengah Dataran Bandaraya Ipoh adalah sebuah menara jam yang agak tinggi dan unik sekali reka bentuknya. Untuk anda yang ingin mengisi perut yang lapar, di sekitar Dataran Jam ini anda dapat melihat banyak gerai makanan yang dibuka. Dinasihatkan supaya anda datang ke kawasan gerai ini sekitar pukul 6 petang kerana agak ramai pengunjung yang datang ke sini untuk menikmati selera.
Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh (Masjid Negeri)
Pada asalnya masjid ini dinamakan Masjid Negeri (Perak) namun pada tahun 1984, masjid ini ditukarkan namanya kepada Masjid Sultan Idris Shah II untuk memperingati Sultan Idris Iskandar Shah II yang kembali ke Rahmatullah pada tahun itu.
Terletak di Bandaraya Ipoh, masjid ini mula dibina pada tahun 1966 yang memakan belanja sebanyak RM1,840,000.00. Batu asas masjid ini telah diletakkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu pada tahun 1967.
Lokasi: Masjid Sultan Idris II, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh
Penginapan Di Ipoh
Ipoh Bali Hotel Inside
Jika anda sedang merancang untuk bercuti ke ipoh dan berminat untuk melihat apa pilihan hotel yang menanti anda disana, kami telah menyediakan beberapa entri untuk memudahkan anda membuat pilihan. Mencari sesuatu yang istimewa? anda boleh melihat senarai 14 hotel menarik di Ipoh untuk pengalaman menginap luar biasa.
Jika anda perlukan penginapan yang memberi nilai paling baik untuk wang, anda boleh membaca senarai hotel murah di Ipoh. Amat sesuai untuk mereka yang sedang merancang percutian bajet ke Ipoh.
Bandaraya Ipoh bukan sahaja kaya dengan warisan sejarah yang dipelihara dengan baik, malahan, terdapat juga destinasi-destinasi pelancongan yang menarik yang baru dibuka dan bakal dibuka.
Untuk anda yang menjadikan fotografi sebagai hobi, jangan lupa untuk menjadikan Ipoh sebagai salah satu destinasi anda. Pelbagai lokasi yang menarik boleh dijadikan sebagai subjek ataupun latar belakang foto anda. Bandaraya yang meriah dengan bermacam tarikan seperti gerai-gerai makan, taman rekreasi, taman hiburan, lokasi-lokasi seni, dan gua-gua yang mengagumkan ini wajib dilawati untuk anda yang mendambakan satu pengembaraan yang menyeronokkan.
Akhir kata, terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca senarai tempat menarik di Ipoh ini. Saya berharap, pelbagai aktiviti yang menarik yang boleh anda rancang berdasarkan senarai ini. Apa yang anda tunggu lagi? Mari kita ke Ipoh!
sumber: maisinggah.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kos kenduri kahwin yang semakin tinggi kini mungkin menjadi punca kenapa banyak pasangan menangguhkan perkahwinan hingga usia lewat 30-an demi mengumpul wang. Yelah harga sebuah perkahwinan bermula daripada majlis pertunangan hingga ke majlis persandingan pasti menelan belanja yang besar lagi-lagi jika majlis berlangsung di bandar. Namun, bagi yang ingin bergelar suami isteri pada usia ideal, mungkin 10 cara dan tip ni boleh kamu jadikan panduan.
1. Buat tabung untuk Kahwin
Walaupun belum jumpa calon, buat je tabung kahwin siap-siap. Mana tahu bila dah berkenan dengan putera idaman atau bidadari pilihan, boleh terus kahwin.
2. Ramai yang menyesal sebab tak simpan awal-awal
Bukan ke bagus kalau kumpul awal-awal. Tak la bersusah di kemudian hari. Ramai pasangan bercinta 10 tahun, tapi tabung kahwin pun tak ada.
3. Lelaki atau perempuan, mulakan persiapan sekarang
Jika majlis perkahwinan atau jumlah kos perkahwinan termasuk duit hantaran berjumlah RM20k atau pun RM30k, tidak salah kalau cuba bahagikan dua untuk melonggarkan lagi beban bakal suami. Itupun kalau bakal isteri berkerja, jika tidak berkerja tak payah lah nak minta duit hantaran yang tinggi-tinggi, sebab masalahnya yang kau bagi beban tu bakal suami mu juga dan bukan orang lain. Cukup untuk kos majlis perkahwinan.
4. Baru adil dan saksama
Lelaki kumpul duit kahwin untuk buktikan dia mampu dan cuba untuk berusaha. Dah kahwin nanti nak jadi ketua keluarga. Beban lepas kahwin ni lagi berat, sebab tanggungjawab sebagai suami bukan sekadar nak jadi suami. Sebab tu tak perlu nak bagi beban awal-awal sebelum nak berkahwin
5. Biar susah sama-sama, senang bersama
Yang perempuan pulak sama-sama kumpul duit untuk buktikan sama ada dia sudi susah senang bersama lelaki itu. Janji manis yang diluahkan tiada guna jika tidak dikotakan. Sebab time bercinta banyak sangat janji-janji ni. Jadi kalau betul-betul cintakan seseorang itu perlulah buktikan , kebaikan masa depan bersama.
6. Jika terpaksa pinjam duit dengan bank, maksudnya anda belum mampu lagi.
Jika anda terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenanrya anda belum mampu untuk memilikinya. Apatah lagi untuk berkahwin. Berkahwin guna mana-mana duit yang ada je , barulah namanya usaha, bukan usaha nak pinjam duit dekat bank disebabkan kahwin.
7. Kalau sebelum kahwin tak mampu nak buat simpanan jangan ambil loan
Ini ramai yang buat silap. Kalau sebelum kahwin pun tak mampu nak simpan RM500 sebulan, jangan pula nak ambil pinjaman peribadi ansuran bulanan RM500. Memang susah nak bayar nanti. Disebabkan masalah ini, rumahtangga boleh huru hara.
8. Buat simpanan bulanan bersama pasangan
Lagi 7 bulan nak kahwin tapi duit tak cukup. Cuba Buat cara menyimpan duit simpanan sebanyak dalam RM1,000 sebulan bersama pasangan. Atau boleh kurangkan kos lain yang tak wajib. Lakukan persiapan kos sebelum nak dekat kahwin dah, masalah ini perlu diambil serius. Takut-takut sebelah pihak keluarga ambil berat pasal hantaran dan juga kos yang diperlukan.
9. Jangan bergantung pada satu pendapatan saja
Rajin-rajin buat pandapatan sampingan yang memerlukan modal kecik atau tanpa modal seperti jadi dropship, Uber, Grabcar dan lain-lain. Yang penting usaha dan jangan malas nak lakukan sesuatu perkerjaan yang membawa kebaikan anda. Pastikan duit kahwin yang halal punya, supaya perkahwinan mendapat restu dari Nya.
10. DIY sendiri pelamin, kurangkan bajet kahwin
Kalau korang ni jenis kreatif, boleh buat pelamin sendiri. Lebih jimat. Kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer pula tak perlu sampai 3 orang kalau boleh suruh sepupu-sepupu yang lain tolong ambilkan gambar lagi jimat. Tak perlu nak ambil band sana sini, buat yang simple je pun dah ok. kalau ada duit lebih boleh guna lagi untuk lepas kahwin.kan..ahahaha
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada mereka yang belum berkahwin. Mulakan sekarang, jangan lengahkan masa yang ada. Semoga berjaya…
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pelakon yang sedang meningkat naik, Sadiq M Jamil mendedahkan yang dia tidak pernah berguru secara langsung dengan neneknya yang merupakan seniwati legenda iaitu Datuk Sarimah Ahmad.
Bagaimanapun, Sadiq M Jamil belajar menerusi pemerhatiannya sendiri semenjak kecil yang menyaksikan penglibatan neneknya dalam dunia lakonan.
“Saya ingat dulu masa saya umur 12 tahun, saya pernah tengok dia dekat set. Saya tengok macam mana persiapan dia sebagai seorang pelakon, bila dia baca skrip dan sebagainya.
“Walaupun dia tak pernah mengajar saya tapi benda yang saya dah perhatikan itu saya cuba amalkan,” kongsi Sadiq kepada Maskulin.
@maskulinmySebagai cucu kepada seniwati veteran Dato’ Hajah Sarimah binti Ahmad, Sadiq M Jamil kagum melihat disiplin yang ada pada neneknya itu. Bahkan Sadiq percaya perkara itu boleh membantu perjalanan kerjaya seninya sendiri jika diterapkan. #sadiqmjamil #SarimahAhmad #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Sadiq M Jamil ditemui Maskulin selepas selesai tayangan perdana X-Change yang berlangsung di TGV Sunway Velocity Mall.
Memetik laporan Astro Awani, Sadiq pernah memaklumkan yang neneknya tidak menggalakkannya untuk menceburi dunia lakonan bahkan ada mengeluh ketika mendapat tahu yang Sadiq meneruskan pengajian di sekolah seni
Meskipun tidak pernah mengajar secara langsung, namun seniwati legenda itu tetap menyokong apa sahaja hala tuju kerjaya yang diminati Sadiq.
“Dia sentiasa sokong sahaja apa yang saya buat. Dia sentiasa bagi kata-kata semangat,” jelasnya kepada Maskulin.
Kagum Lihat Disiplin Nenek
Menyaksikan sendiri aktiviti Datuk Sarimah ketika masih aktif melibatkan diri dalam dunia lakonan, Sadiq akui kagum dengan disiplin yang ada pada neneknya itu.
“Perkara yang saya serap terutama sekali ialah disiplin dia lah. Dia punya disiplin sangat-sangat tak boleh nak disangkat, memang saya kagum sangat.
Sehingga ke hari ini, Datuk Sarimah kekal dengan rutin bangun pagi seawal jam 4 pagi dan melakukan senaman untuk menjaga kecergasan diri, demikian perkongsian Sadiq M Jamil.
“Dia sentiasa kekal cergas dan saya rasa benda itu sebenarnya sangat bagus sebagai seorang pelakon,” tambahnya.
Sadiq merupakan antara pelakon yang membintangi X-Change, sebuah drama bersiri sebanyak 10 episod terbitan Astro Shaw.
Drama yang bintangi barisan pelakon wajah baharu seperti Arfie Shah dan Joey Leong ini memaparkan kisah seorang remaja yang terpaksa terlibat dalam aktiviti jenayah keluarga.
Selain itu, ia juga turut dibintangi pelakon senior seperti Datuk Rosyam Nor, Marisa Yasmin, Ardini Angeline Tan dan Steve Yap.
Siapa kata penyakit Parkinson ini hanya untuk golongan emas? Golongan muda juga terdedah dengan mendapat penyakit ini. Penyakit Parkinson adalah sejenis penyakit kemerosotan saraf (gangguan neurodegeneratif) yang perlu diambil perhatian. Menurut Ketua Jabatan Perubatan di Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Datin Dr. Norlinah Mohamed Ibrahim, Parkinson berlaku apabila satu sel kimia di otak yang dikenali sebagai dopamin berkurangan.
Apabila tahap sel dopamin berkurangan, ianya menyebabkan aktiviti otak menjadi tidak normal, dan mengakibatkan pergerakan fizikal manusia menjadi terjejas.
Kebelakangan ini, peningkatan jumlah kes penyakit Parkinson menunjukkan betapa penyakit ini perlu diambil perhatian dan kesedaran. Antara faktor penyebab meningkatnya kes penyakit Parkinson adalah disebabkan kurangnya kesedaran atau pengetahuan mengenai penyakit tersebut.
Orang ramai beranggapan bahawa otot yang kaku atau kemerosotan daya untuk bergerak sebagai tanda seseorang itu mengalami proses penuaan, sedangkan tanda tersebut adalah merupakan simptom penyakit Parkinson.
Gejala Awal Seseorang Menghidap Parkinson
Menurut Dr. Norlinah, pada peringkat awal, tiada gejala yang ketara. Cuma, kebanyakkan pesakit sering mengadu rasa letih, lesu, dan sering mengalami kekejangan pada waktu malam.
Keadaan tersebut boleh disalah erti seperti strok atau slip disc kerana pesakit berasa seolah-olah urat ditarik-tarik serta pergerakan mereka terganggu.
Antara Tanda-tanda Penyakit Parkinson
1. Terketar-ketar/Menggeletar (tremor).
– Biasanya, menggeletar bermula pada anggota badan iaitu pada tangan atau jari-jemari. Pesakit didapati kerap menggosok ibu jari dan jari telunjuk. Satu tanda yang nyata penyakit ini adalah apabila tangan pesakit menggeletar semasa dalam keadaan rehat (tidak melakukan sebarang aktiviti).
2. Pergerakan yang perlahan (bradykinesia).
– Penyakit Parkinson akan menyebabkan pergerakan pengidapnya menjadi terbatas ataupun lambat. Ianya juga menyebabkan tugas harian yang mudah menjadi sukar dan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. Sebagai contoh, langkah menjadi semakin pendek apabila berjalan dan untuk bangun daripada kerusi menjadi begitu sukar. Pesakit juga didapati mengheret kaki semasa berjalan menyebabkan mereka susah untuk bergerak.
3. Otot kaku. (rigidity)
– Kekejangan otot akan berlaku pada mana-mana bahagian anggota badan. Otot yang kejang boleh membataskan pergerakan dan menyebabkan kesakitan.
4. Kemerosotan keseimbangan atau koordinasi badan (postural instability)
– Postur badan pesakit menjadi bongkok atau masalah keseimbangan badan akan berlaku akibat penyakit ini.
Peringkat Penyakit Parkinson
Penyakit Parkinson menyerang individu dalam pelbagai cara, dan mereka akan mengalami pelbagai gejala. Walaupun gejala yang ringan atau teruk atau berlaku dengan kerap atau jarang, penyakit Parkinson mempunyai lima peringkat yang berbeza.
Peringkat-peringkat penyakit Parkinson:
Peringkat satu:
Semasa fasa awal penyakit ini, seseorang pesakit biasanya mengalami gejala ringan, seperti gegaran/terketar-ketar pada anggota badan. Pada peringkat ini, rakan-rakan dan keluarga biasanya dapat mengesan perubahan yang disebabkan oleh penyakit Parkinson melalui postur yang lemah, hilang keseimbangan dan ekspresi muka yang tidak normal.
Peringkat kedua:
Pada peringkat kedua penyakit Parkinson, gejala yang dialami adalah dua hala iaitu ianya menjejaskan kedua-dua anggota badan (tangan dan kaki) dan kedua-dua belah badan. Pesakit biasanya menghadapi masalah untuk berjalan atau mengekalkan keseimbangan, dan ketidakupayaan untuk menyelesaikan tugas-tugas fizikal yang biasa dilakukan menjadi lebih ketara.
Peringkat ketiga:
Pada peringkat ketiga, pesakit mengalami ketidakupayaan untuk berjalan lurus atau berdiri. Terdapat perubahan dari segi pergerakan pesakit dimana ianya menjadi semakin perlahan.
Peringkat empat:
Pada peringkat ini pesakit masih boleh berjalan, namun . Pada peringkat ini juga, kebanyakkan pesakit tidak dapat menyelesaikan tugas-tugas seharian dan biasanya tidak lagi mampu menguruskan diri sendiri.
Peringkat lima:
Pada peringkat ini, pesakit tidak lagi dapat mengurus diri sendiri dan tidak dapat berdiri atau berjalan. Pesakit memerlukan ahli keluarga atau pasangan untuk menguruskan keperluan mereka.
Penyakit Parkinson sering diiringi dengan masalah-masalah kesihatan yang lain seperti:
Masalah berkaitan ingatan atau dementia.
Kesukaran menelan/mengunyah.
Tulisan tangan berubah (semakin kecil).
Kemahiran motor (pergerakan) merosot.
Pertuturan berubah (suara tidak kedengaran, atau teragak-agak semasa bercakap.)
Pesakit Parkinson mungkin mengalami kemurungan.
– Menerima rawatan untuk kemurungan boleh membuat ia lebih mudah untuk menangani cabaran-cabaran lain penyakit Parkinson.
Sembelit.
– Berlaku disebabkan proses penghadaman menjadi lebih perlahan.
Faktor-faktor risiko penyebab seseorang itu menghidap penyakit Parkinson termasuklah:
1. Umur
Kebiasaannya, risiko seseorang itu menghidap Parkinson meningkat seiring dengan peningkatan usia.
2. Keturunan.
Mempunyai ramai saudara-mara dalam keluarga anda yang mempunyai penyakit Parkinson meningkatkan peluang anda mendapat penyakit tersebut.
3. Jantina.
Lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit Parkinson berbanding wanita.
4. Pendedahan kepada toksin.
Pendedahan berterusan kepada racun herba dan racun perosak boleh meletakkan anda pada risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit Parkinson.
Rawatan Atau Ubat Untuk Parkinson
Kebiasaannya, ubat yang diberikan kepada pesakit Parkinson dikenali sebagai levodopa iaitu sejenis ubat bagi menggantikan sel dopamin yang berkurangan di dalam otak. Kesan sampingan yang mungkin timbul kepada pesakit adalah seperti loya atau pening.
Setelah beberapa lama mengambil ubat ini, keberkesanan ubat ini akan berkurangan.
Selain itu, ubat antidepresan juga membantu meringankan gejala kemurungan yang biasanya dialami oleh pesakit Parkinson.
Bagaimana Perubahan Gaya Hidup Membantu Memudahkan Kehidupan Pesakit Parkinson
Terdapat beberapa perubahan gaya hidup yang dapat membantu pesakit Parkinson meneruskan hari-hari mereka. Diantaranya ialah:
1. Pemakanan Berkhasiat.
Sesetengah makanan boleh membantu meringankan gejala yang dialami pesakit. Contohnya, mengambil makanan yang tinggi serat dan meminum jumlah air yang mencukupi boleh membantu mencegah sembelit yang biasa dialami pesakit Parkinson.
Diet yang mengandungi nutrien seperti omega-3 asid lemak, juga boleh memberi manfaat kepada pesakit Parkinson.
2. Senaman
Bersenam membantu menguatkan kekuatan otot, fleksibiliti dan keseimbangan pesakit. Selain itu, senaman juga mampu mengurangkan kemurungan dan keresahan pesakit Parkinson.
3. Mengelakkan diri dari terjatuh.
Pada peringkat akhir penyakit ini, pesakit boleh jatuh dengan lebih mudah. Walaupun terdapat halangan kecil (jalan yang tidak rata), pesakit mendapati begitu sukar untuk mengimbangi badan. Cadangan berikut mungkin boleh membantu:
* Elakkan membawa barang semasa berjalan.
sumber: sirapantioksidan.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.