Dengar sahaja nama UNDEFEATED, pasti peminat dunia streetwear terbayangkan kasut-kasut yang gempak hasil kolaborasi dengan pelbagai jenama yang cukup popular.
Kena pula kali ini UNDEFEATED dan adidas bersetuju untuk mengeluarkan koleksi “Triple Black” pada pasukan UltraBOOST mereka, lagilah ramai yang teruja dengan kasut itu.
Dari pandang atas
Ads
UNDEFEATED x UltraBOOST “Triple Black” ini dihasilkan pada bahagian atas kasut yang mempunyai asas atas Primeknit hitam dengan logo UNDEFEATE.
Logo tersebut jelas mencerminkan elemen 3M pada motif tengah dan lima motif penjenamaan pada lidah kasut.
Ads
Tumit TPU hitam
Selain pada bahagian midsoles dihasilkan dengan reka bentuk kasut warna hitam dengan padanan gitam hitam luar Eropah, kasut ini memiliki bentuk tumit TPU hitam dan topi panas penutup kaki.
Ads
Belum ada tarikh rasmi
Meski pun kelibat kasut ini sudah dapat dilihat orang ramai, koleksi UNDEFEATED x adidas UltraBOOST ‘Triple Black’ ini belum tahu akan dikeluarkan bila kerana masih tiada tarikh rasmi.
Namun begitu, peminat koleksi ini bolehlah terus mendapatkan infonya dari semasa ke semasa menerusi laman yang sah dan apabila dipasarkan, bolehlah anda ambil satu!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan ramai daripada kita lebih selesa menggayakan seluar jean dalam kehidupan seharian. Selain versatail dengan bermacam gaya serta padanan baju, seluar jean juga sangat tahan lasak serta tidak mudah berbau busuk.
Jadi tidak hairanlah ada pemilik seluar jean premium tidak membasuh seluar selama berbulan-bulan lamanya. Tapi harus diakui juga tidak semua tempat atau majlis sesuai untuk kita gayakan dengan seluar jean.
Apatah lagi jika seluar jean kesayangan anda itu jenis yang lusuh dan mungkin ada sedikit gaya koyak di bahagian lutut. Sebenarnya ada banyak lagi jenis seluar yang boleh menjadi item rotation gaya anda untuk hari-hari berbeza.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan beberapa jenis seluar yang harus ada dalam koleksi di dalam almari anda. Pasti gaya makin kacak dan menyerlah.
Peminat streetwear khususnya pasti meminati seluar jenis ini. Ia bukan sahaja memberikan keselasaan, malah menepati gaya yang mereka cari. Gayakan sahaja dengan sneakers putih, anda pasti tampil bergaya.
Suatu ketika dahulu, seluar cargo dikaitkan dengan lelaki yang tidak pandai berfesyen. Namun zaman sudah berubah, kini ia dianggap antara seluar yang memberikan dinamik berbeza buat penampilan seorang lelaki. Jika ingin menggayakannya, elakkan memakai cargo yang mempunyai poket sisi terlalu besar supaya penampilan anda tidak nampak lebar.
Seluar yang sering dianggap basic dan mudah digayakan dengan apa jua jenis baju. Untuk chinos, pemilihan warna adalah sangat penting. Yang lebih gelap sesuai untuk ke majlis lebih formal, manakala untuk majlis santai pula sesuai menggunakan warna yang lebih cerah seperti kelabu atau coklat.
Material yang sangat popular terutamanya ketika era 70-an hingga 90-an. Menggayakan corduroy sebenarnya tidak mudah. Ini kerana fabrik agak unik dan mudah untuk dikenali. Namun, ia sesuai dipakai dengan t-shirt berwarna gelap atau sweatshirt longgar.
Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, populariti drawstring trouser telah kembali. Selain selesa dipakai, ia juga mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian. Malah, ia juga senang digayakan dengan sneakers.
Ia sedikit berbeza dengan skinny jean kerana seluar jenis ini diperbuat daripada bahan yang berlainan. Namun secara teknikalnya, ia memberikan gaya yang lebih kurang sama. Cuma, seluar ini boleh anda tampilkan lebih formal dan sesuai digayakan dengan kot juga kemeja.
Bagi anda yang tidak sesuai atau tidak gemar menggayakan seluar cutting skinny atau slim, ini adalah pilihan tepat. Potongannya lebih longgar dan memberikan keselesaan kepada pemakai. Namun, seluar jenis ini lebih sesuai digayakan dengan potongan kaki yang lebih singkat.
Subscribe dan tonton video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama Dr. Martens bukan sekadar kasut, ia adalah kanvas sub-budaya, simbol ekspresi diri yang kekal abadi. Sejak but pertama 1460 diperkenalkan pada tahun 1960, legasi jenama Britain ini telah tertanam kukuh dalam dunia fesyen dan muzik.
Bermula sebagai alas kaki golongan pekerja, but AirWair yang ikonik ini pantas diangkat oleh sub-budaya pemuzik. Daripada punk yang memberontak hingga grunge yang sinis, membawa identiti jenama ini dari jalanan ke kemuncak pentas antarabangsa.
Jahitan welt kuning, tepi tapak beralur dan heel loop berjenama adalah DNA visual yang tidak pernah lekang dek zaman, mencerminkan ketahanan dan semangat individu yang memakainya.
Meneruskan naratif inovasi yang sentiasa menjadi tunjang utama reka bentuknya, Dr. Martens kini melancarkan siluet but baharu yang berpusat pada tapak kusyen Zebzag.
Tapak revolusioner ini, yang mula mencuri tumpuan dengan kejayaan Zebzag Mules yang popular pada musim panas lalu. Dan kini ia diolah semula untuk kegunaan sepanjang tahun menerusi pengenalan dua model but berkonsepkan slip-on iaituZebzag Laceless Boot dan Zebzag Rigger Boot.
Inisiatif ini bukan sekadar penambahan koleksi, tetapi penegasan komitmen jenama terhadap fungsi tanpa menjejaskan gaya.
Menurut Ketua Pegawai Produk, Dr. Martens Adam Meek, “Tapak Zebzag direka khas bagi memenuhi tuntutan kehidupan moden menggabungkan ketukangan terserlah, ketahanan dan keselesaan harian.
“Siluet but baharu ini bergerak bersama anda, masuk dengan mudah ke dalam apa jua gaya, sambil mengekalkan identiti Dr. Martens yang tidak dapat disangkal.
“Ia mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan rekaan abadi, yang dibentuk melalui cara pemakai kami hidup, bergerak dan mengekspresikan gaya peribadi mereka,” tambahnya lagi.
Zebzag Laceless Boot mengambil estetik but 1460 yang klasik, namun hadir tanpa tali. Lantas menjadikannya pilihan slip-on yang cukup memudahkan.
But ini dibalut dengan kulit Wyoming hitam yang lembut, menawarkan tampilan santai dan selesa sebaik sahaja disarung. Ia mengekalkan ciri heel loop berjenama Dr. Martens (hitam dan kuning) sebagai sentuhan warisan.
Sementara itu, Zebzag Rigger Boot pula menawarkan ketinggian pada buku lali yang lebih rendah, mengambil inspirasi daripada siluet but industri tetapi diolah untuk keselesaan kasual.
Rigger Boot ini disempurnakan dengan dwi penarik (dual pull-tabs) dan perincian jahitan Puritan stitch yang teliti.
Pilihan material pula merangkumi kulit Wyoming hitam atau Milled Nubuck kalis air dalam pelbagai palet warna, menjadikannya serba guna untuk sebarang cuaca.
Teras kepada fungsi koleksi ini terletak pada reka bentuk tapak Zebzag itu sendiri. Ia direka dengan teras kusyen, menggabungkan midsoleEVA ringan bersama tapak PVC tahan lama.
Hasilnya adalah platform yang ringkas, ergonomik dan mampu menawarkan tahap keselesaan yang mengagumkan selain memberi ‘bounce’ kepada setiap langkah pemakai.
Ciri-ciri utama Tapak Zebzag merangkumi:
Selain itu, but Zebzag Laceless dan Rigger ini turut dilengkapi dengan insolesSoftWair, menjamin keselesaan menyeluruh, luar dan dalam.
Kedua-dua siluet Zebzag Laceless & Rigger Boots kini boleh didapati di butik Dr Martens di KLCC, Sunway Pyramid dan The Exchange TRX.
Ia dipasarkan ke seluruh dunia bermula September 2025 dan ia dijadualkan turut muncul dalam koleksi Dr. Martens AW25 yang lain. Ini membuktikan bahawa dalam dunia fesyen moden, fungsi dan keselesaan bukan lagi pilihan, tetapi satu kemestian.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa kata bau kaki itu perkara kecil? Kamu banyangkan jika orang lain buka kasut dihadapan kamu dan nah! Meloyakan! Tak lalu nak bernafas. Bau kaki juga melambangkan kesihatan tubuh seseorang itu. Jadi jika kaki kamu berbau busuk yang teramat, ini langkah untuk mencegahnya.
PILIHAN STOKIN YANG TEPAT
Seperti yang kita tahu, kaki berbau disebabkan peluh yang berlebihan di kaki. Jadi kami sarankan untuk sentiasa sarungkan stokin dan pastikan stokin itu dari nilon dan kapas. Nilon dan kapas membantu untuk memberi ruang dan menyerap peluh. Jika kamu benar-benar adal masalah kronik tentang peluh di kaki, lebih bagus jika kamu bawa stokin extra jadi boleh bertukar ganti jika kamu tidak rasa selesa.
RENDAMAN CUKA
Cuka bukan sahaja mampu membuang kulit mati di tapak kaki, malah ia juga membantu untuk menghilangkna bau kaki. Cara terbaik adalah dengan merendam kaki anda selama seminggu hingga ke dua minggu. Rendamkan kaki anda selama 30 minit. Pasti berkesan.
RENDAMAN AIR GARAM
Selain cuka, garam antara pilihan lain untuk menggantikan cuka. Tetapi, jika anda menggunakan garam, anda harus merendam kaki anda selama 20 minit. Seperti mana cuka, garam juga oleh menghilangkan kelembapan pada kaki khusunya tapak kaki.
SEMBURAN TEPUNG JAGUNG
Mungkin anda semua mengetahui tentang semburan disinfectant yang mampu membunuh bakteria. Namun, ada lagi cara lain untuk anda membunuh bakteria dengan menggunakan semburan tepung jagung. Selain menjimatkan kos, ia juga mampu untuk mengawal bau kaki dan meresap kelembapan kaki anda. Lebih berbaloi! Cara lain anda boleh taburkan tepung jagung pada bahagian dalam kasut.
AIR REBUSAN TEH
Asid dalam teh mengecilkan liang roma pada kaki dan sekali gus membantu untuk mengurangkan peluh. Selain itu ia juga membantu untuk bertindak sebagai antibiotik untuk membunuh bakteria.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.