Jatuh cinta pandang pertama. Bukan kepada aktres paling jelita atau ratu cantik yang paling menawan di pentas peragaan. Namun jatuh cinta ini lebih kemaruk jadinya!
Buat peminat motosikal terutamanya dalam kategori cruiser, kemunculan BMW R 18 First Edition di pasaran telah menambat hati mereka yang selama ini tidak menyangka hasil kejuruteraan hebat BMW boleh ditampilkan dengan persona cukup luar biasa.
Tampil sebagai salah satu ahli keluarga baharu dalam variasi motosikal hebat keluaran BMW Motorrad model BMW R 18 muncul dengan rekaan sensasi yang bukan sahaja gah tapi menonjolkan sisi auto maskulin yang cukup mantap. Dengan varian ‘Big Boxer’ diperkenalkan menerusi model ini, ia seakan memberikan gaya baharu pengembaraan yang mungkin menjadi lebih bermakna.
Jentera R 18 yang terbaru ini hadir secara eksklusif sebagai ‘First Edition’ dengan dua model yang sangat menarik iaitu BMW R18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental. Model kruiser ini juga dianggap oleh ramai penggemar motosikal berkuasa tinggi sebagai model yang bakal menjadi cukup ikonik pada masa kini dan masa akan datang.
Bukan sahaja mampu memberikan pengembaraan dan perjalanan jauh yang selesa malah BMW R 18 juga memberikan kualiti tunggangan berkualiti dan berprestasi tinggi di jalan raya.
Lebih mengagumkan BMW 18 menyerlahkan gabungan kuasa ‘Big Boxer’ bersama rekaan casis yang klasik berdasarkan inspirasi model terdahulu. Ini termasuklah rekaan kelengkapan eksklusif, paparan hadapan serta reka bentuk luaran yang mampu menambat hati sesiapa sahaja memandangnya.
Dari segi penampilannya, BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental hadir dengan siluet yang berbentuk memanjang seperti titis air yang menawan. Elemen luarannya menliputi gaya seperti bingkai gulung berkembas, aci universal dan saduran nikel berglos serta perumah klask bagi kotak gear pada bahagian gandar belakang.
Kedua-dua model varian First Edition ini juga sarat dengan pelbagai kelengkapan tambahan bergred tinggi dengan kemasan krom serta sulaman dan juga inskripsi ‘First Edition’ pada bekas muatannya.
Hadir dengan Headlight Pro, kedua-dua model menampilkan tafsiran teknologi pencahayaan LED serba klasik yang dapat dilihat pada lampu hadapan, ia turut membawakan fungsi pencahayaan waktu siang.
Penampilan hadapan dengan lampu LED turut menonjol dengan fungsi lampu rendah dan lampu puncak yang dioptimumkan telah digandingkan dengan indikator membelok LED yang diperbaharui di hadapan.
Manakala bahagian indikator membelok LED pula lengkap dengan ciri integrasi pada bekas muatan.
Turut Disediakan secara eksklusif bagi BMW R 18 Transcontinental adalah dua lampu hadapan LED tambahan serta lampu indikator multifungsi. Di samping itu, teknologi ini juga digunakan untuk memastikan lampu puncak dapat mengekalkan jarak pencahayaan yang tetap dengan mengadaptasi lampu hadapan mengikut jalan raya dan posisi tunggangan, termasuk dalam situasi tunggangan yang dinamik.
Enjin yang melengkapi motosikal kuriser ini juga bukanlah calang-calang. Ia dikuasakan enjin boxer silinder berkembar yang disejukkan dengan udara/minyak, digelar “Big Boxer”. Hadir dengan 1802 cc, ia menjana output 67 kW pada paras 4,750 rpm dengan puncak tork bernilai 158 Nm pada paras 3,000 rpm.
Sebagai standard, BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental baharu didatangkan dengan tiga mod tunggangan iaitu ‘Rain’, ‘Roll’ dan ‘Rock’ untuk memberikan pengalaman berbeza ketikan tunggangan.
Selain itu, ia juga dilengkpai dengan Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) dan kawalan tork seretan enjin (MSR) menawarkan taraf keselamatan yang lebih tinggi. Dikawal secara elektronik, MSR mengelakkan kegelinciran pada roda belakang ekoran pendikitan (throttling) atau pertukaran ke gear rendah yang dibuat secara mengejut, meskipun dalam kondisi basah.
Turut dirangkumkan sebagai standard ialah bantuan mengundur, diaktifkan melalui tuil pemilih untuk pengolahan yang mudah, serta Kawalan Permulaan Curam (Hill Start Control) untuk memulakan tunggangan di atas curam.
Ruang kokpit telah diberi sentuhan istimewa untuk BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental, ia menampilkan empat instrumen analog bulat serta paparan berwarna TFT 10.25 inci – memadankan penampilan klasik dan ciri kefungsian maksimum dengan sempurna.
Navigasi peta dan keupayaan keterhubungan dibawakan bersama menerusi konsep pengoperasian terintegrasi yang bertahap tinggi – peta navigasi akan dipaparkan di kluster instrumen melalui telefon pintar serta BMW Motorrad Connected App. Bukan itu sahaja, fungsi Tunggangan Tanpa Kunci dan radio juga ditawarkan sebagai standard bagi kedua-dua varian.
Pengalaman bunyi turut dinaik taraf dengan sistem bunyi Marshall Gold Series, ia tampak lebih berbeza dengan gril pelitup pembesar suara berwarna kelabu berserta dengan inskripsi Marshall dalam rona emas.
Bagi BMW R 18 Bagger, ia dilengkapi dengan Marshall Gold Series Stage 1 yang membawakan empat pembesar suara dan seunit penggalak.
Dua pembesar suara Marshall berciri dua hala yang setiap satunya hadir dengan output berjumlah 25 watt diintegrasikan di reraut hadapan, turut disinambungkan dengan subwufer di bahagian atas hadapan bekas muatan. Penggalak tersebut mempunyai output berjumlah 180 watt.
Untuk maklumat lanjut tentang jentera luar biasa ini, ada boleh layari https://www.bmw-motorrad.com.my/en/models/heritage/r18.
Turut tampil menerusi episod tiga RODA PANAS musim kedua ialah program eksklusif R 18 Getaway Malaysia yang cukup eksklusif. Menerusi tour yang dikelolai oleh Faizal Sukree yang merupakan Pengarah Teknikal FS Adventure, pengembaraan R 18 Getaway Malaysia ini berlangsung selama tiga hari di beberapa buah lokasi.
Program tiga hari dua malam turut disertai oleh hos RODA PANAS, Fizo Omar serta beberapa selebriti terkenal seperti Achey, Beto Khusairy, Fauziah Latif dan juga Datuk ‘Rockybru’.
Perjalanan mereka menunggang jentera BMW R 18 First Editon ini merentasi sejauh lebih 1,000 kilometer. Bermula di ibu kota Kuala Lumpur mereka menunggang ke Cameron Highland kemudian terus ke Ipoh dan juga Pulau Pinang.
Selain pengembaraan menikmati keindahan alam semula jadi di pelbagai lokasi tersebut, mereka juga turut mendekati juadah masyarakat setempat serta menerokai lokasi-lokasi unik.
Di antara lokasi yang cukup mengahdirkan momen menarik buat mereka ialah menikmati perjalana di Boh Tea Plantation, Camron Highland, menjamu selera di Lemang To’ki, makan nasi kandar di Hameed di Georgetown, Pulau Pinang dan juga menjelajahi bandar Ipoh.
Jangan lupa saksikan RODA PANAS episod ketiga yang menampilkan secara eksklusif R 18 Getaway Malaysia pada Ahad, jam 6 petang di Astro Ria!
Buat anda yang ingin mengetahui dengan lebih terperinci tentang motosikal BMW Motorrad bolehlah layari laman sesawang https://www.bmw-motorrad.com.my/en/home.html#/filter-all.