Tiada siapa yang mampu menjangkakan apakah trend fesyen yang bakal popular di masa akan datang. Namun, kitaran gaya fesyen itu bergerak seperti roda. Apa yang popular masa kini sebenarnya pernah dipopularkan suatu masa dahulu.
Mungkin pendekataan cara penggayaan itu mungkin sedikit berbeza. Generasi millennial contohnya amat sinonim dengan gaya seluar skinny.
Lihat sahajalah gaya fesyen yang popular pada era awal tahun 2000 sehingga lewat 2010-an, rata-rata menggayakan seluar ‘skinny’.
Dalam dunia fesyen masa kini, seluar longgar atau dikenali sebagai ‘baggy trousers’ atau ‘baggy pants’ telah kembali menjadi trend yang mendominasi fesyen.
Tidak hanya menawarkan keselesaan, seluar potongan jenis juga memberikan peluang untuk bereksperimen dengan pelbagai jenis gaya yang tidak kurang aspek ekspresifnya.
MASKULIN ingin kongsikan beberapa tip tentang cara menggayakan baggy pantas untuk lelaki.
Khusus buat mereka yang memiliki badan bersaiz normal, bagi mencipta keseimbangan visual dalam berpakaian, seluar longgar harus dipadankan dengan baju atas yang lebih ketat atau bersaiz molek.
T-shirt polos atau kemeja dengan potongan slim fit dapat menjadi pilihan yang sempurna. Ini akan menonjolkan kontras antara bagian atas dan bawah, mencipta siluet yang lebih berdefinisi dan menarik.
Buat anda yang meluangkan banyak masa di dalam pejabat yang berpenghawa dingin, bereksperimen dengan lapisan pakaian dapat menambah dimensi dan kedalaman pada gaya berpakaian.
Jaket denim, baju hangat atau jaket bomber boleh menjadi tambahan yang menarik untuk melengkapi seluar longgar anda. Pastikan untuk memilih warna yang harmonis atau bermain dengan tekstur untuk menambah kesan visual yang menawan.
Kasut memainkan peranan penting dalam mengikat keseluruhan penampilan bersama. Untuk seluar longgar, kasut yang memiliki bentuk yang lebih besar atau berat, seperti boot atau sneaker tebal, dapat menjadi pilihan yang ideal.
Ini akan membantu memberi keseimbangan di antara bahagian bawah yang luas dengan kaki lalu mencipta penampilan yang seimbang.
Ketika memakai seluar yang berpotongan lebih longgar, penting untuk anda pastikan aksesori yang digunakan tidak terlalu berlebihan.
Pilihlah aksesori minimalis seperti jam tangan, gelang kulit atau kalung sederhana untuk menambah sentuhan keanggunan tanpa mengalihkan perhatian dari keseluruhan penampilan.
Jangan takut untuk eksperimen dengan warna dan corak. Seluar longgar dengan corak atau warna yang berani dapat menjadi titik fokus dalam penampilan anda.
Untuk keseimbangan yang baik, pastikan elemen lain dalam pakaian anda lebih neutral atau menyokong corak seluar tanpa bersaing dengannya.
Ingatlah, menggayakan seluar longgar memerlukan keseimbangan antara keselesaan dan gaya. Dengan memadankan elemen yang tepat anda dapat mencipta penampilan yang menarik dan bergaya.
BACA: Servis Kereta, Kena Ikut Masa Atau Ikut Jarak Perjalanan, Mana Lebih Baik?
Jangan lupa untuk bereksperimen dengan lapisan, warna, dan corak untuk menambahkan personaliti ke dalam gaya berpakaian anda. Dalam berfesyen keberanian untuk bereksperimen seringkali menjadi kunci untuk gaya unik yang benar-benar mencerminkan diri anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.