Pencapaian yang membanggakan buat pemain sayap negara bertubuh kecil ini apabila memenangi gol terbaik pada Piala Asia Qatar.

Faisal Halim mencipta sensasi dengan gol menariknya itu apabila berjaya ‘menipu’ pertahanan dan penjaga gol Korea termasuk pemain yang beraksi bersama Bayern Munich, Kim Min-jae sebelum menjaringkan gol.

Menang Gol Terbaik Piala Asia, 10 Fakta Tentang FAISAL HALIM!

AFC sebelum ini turut menilai gol daripada Faisal itu sebagai satu keajaiban yang berlaku di pentas Piala Asia.

Ads

Ini 12 fakta menarik penjaring gol ini;

  1. Berusia 26 tahun, lahir pada 7 Januari 1998 dan berasal dari Mengkuang Titi Seberang Perai Pulau Pinang.
  2. Dipanggil Mickey dan berketinggian hanya 1.58 meter.
  3. Pemain Harimau Malaya sebagai penyerang untuk kelab Liga Super Malaysia Selangor FC dan pasukan kebangsaan Malaysia.
  4. Kejayaannya menjaringkan gol ketika berdepan Korea Selatan pada 25 Januari lalu disifatkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai satu keajaiban.
  5. Tonggak sayap skuad kebangsaan itu menjaringkan gol pertama skuad negara pada minit ke-51.
  6. Mulanya Faisal menyertai Soccer Kids dan seterusnya menyertai program realiti Mencari Ramli sebelum menyarung jersi sebagai pemain bolasepak penang U-19.
  7. Memulakan karier dengan menyarung jersi Penang U-19 pada 2015 dan dalam tahun sama diserap ke skuad senior Penang FC kerana kelincahannya beraksi.
  8. Mickey kemudiannya bersama pasukan Sri Pahang pada November 2015 dan membantu pasukan memenangi Piala FA Malaysia 2018.
  9. Pada 6 Disember 2020, Faisal menandatangani kontrak dua tahun dengan Terengganu dan menyarung nombor 7 dalam musim 2021. Beliau menjaringkan gol pertamanya menentang Perak dalam kemenangan 2–0 di Stadium Ipoh.
  10. Pada 22 Disember 2022, pengumuman dibuat bahawa Faisal telah berpindah ke Selangor dalam pertukaran bebas. Dia menjaringkan gol pertamanya saat menentang KL City menerusi sepakan penalti.

Sekadar info, Faisal memperolehi undian sebanyak 85 peratus meninggalkan jaringan pemain Jordan, Mousa Al Tamari yang mengumpul hanya sembilan peratus undian, pemain Korea Selatan, Son Heung-min (tiga peratus), Supachok Sarachat dari Thailand (satu peratus) dan Sardar Azmoun dari Iran (satu peratus).

Tiga gol lagi iaitu daripada pemain Jepun, Keito Nakamura, Hassan Al Haydous (Qatar) dan Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi) tidak menerima sebarang undian.

Tahniah Faisal, moga kejayaan ini menjadi inspirasi anak muda untuk memajukan sukan bola sepak tanah air.

Ads

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

BACA: Pernah Terfikir Dapat Anak Autism Akibat Dosa Lampau, Kata-Kata Isteri Tenangkan Hati Dr Say

Ads

Sumber : ( 1 ) ( 2 )

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI