Orang ramai digalakan menabung lagi-lagi di musim Covid-19. Menyimpan duit memanglah mudah bila bercakap namun cukup susah untuk kita lakukan. Namun di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalannya.
Menurut Iqbal Harun, seorang pengguna Twitter yang berjaya mengumpul duit sejak beberapa tahun yang lalu, menyedari betapa pentingnya menabung apabila dia bersama pasangan hidupnya tiada duit untuk keluar dating.
Sejak itu dirinya rajin menabung sehinggalah sekarang, lebih lagi kini dia sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Jadi jom kita baca postingnya yang memberi sedikit tip dan panduan untuk menabung khas untuk orang muda.
Hi semua, aku nak share sikit pengalaman aku pasal menabung ni. Dulu masa bujang, aku paling benci menabung sebab aku rasa mcm membazir and takda benefit. Masa tu belum nampak lagi apa kebaikan nya. Pastu masa aku kenal Ain, kat situ dia cuba ajar aku menabung. pic.twitter.com/FPAWS0yNu5
— Iqbal Harun (@qbalharun) June 26, 2020
So masa tu tabung tu dia letak dalam kereta viva bapak dia. Tapi bapak dia bagi dia guna keta tu. setiap kali ada syiling mesti kita org masukkan, and tetapkan rm1 sehari. Ada gak lah cheat sb takda duit and kdg2 aku malas nk masuk sb rasa rugi 😂
— Iqbal Harun (@qbalharun) June 26, 2020
Korek tabung kerana terlalu rindu untuk berjumpa, apabila dikorek dapat RM50 atau RM60.
Pastu kita org decide untuk korek tabung tadi and bukak lah masa tu total ada dalam 50 or 60 mcm tu lah. Time tu aku baru rasa penting nya menabung ni sebab kita tak tau bila kita akan perlukan duit. Pastu nak mengelakkan dari meminjam dan menyusahkan org.
— Iqbal Harun (@qbalharun) June 26, 2020
Nasihat untuk orang ramai…
So aku nak pesan kat sini kepada yang tak pernah menabung atau yang rasa rugi bila menabung tu, cuba dulu. Korang akan rasa tak menyesal sebab atleast masa terdesak kita tak menyusahkan orang lain ✌🏻
— Iqbal Harun (@qbalharun) June 26, 2020
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI