Memulihkan rambut rosak langkah
Foto: freepik - www.freepik.com

Rambut sering dikataan sebagai mahkota buat seorang wanita. Namun ramai tidak sedar rambut juga merupakan salah satu simbol kekuatan bagi seorang lelaki. Berdepan rambut rosak merupakan satu mimpi ngeri buat lelaki apatah lagi jika berlaku kebotakan kepala. Memulihkan rambut merupakan jalanyang harus dilakukan agar ia tidak merebak lebih teruk.

Jika anda perasan rambut sekarang tidak lagi mempunyai tekstur sama seperti dahulu bermakna ia berdepan masalah. Mungkin anda juga perasan rambut semakin kusam dan sukar bergerak bila ditiup angin.

Cara mudah untuk mendapat kepastian sama ada rambut rosak atau tidak adalah melakukan ujian simpulan dengan pintalan rambut nipis. Mula-mula asingkan pintalan rambut. Kemudian buat bentuk gelung dengan jari dan lepaskan dengan serta-merta.

Memulihkan Rambut Rosak Dengan Langkah Penjagaan Ringkas Ini
Foto: cookie_studio – www.freepik.com

Perhatikan sama ada ia kekal begitu atau adakah ia terlerai dengan mudah? Jika ia kekal tersimpul, itu bermakna rambut anda mungkin tidak cukup sihat.

IKLAN

Usah risau kerana anda boleh mulakan proses memulihkan rambut dengan beberapa langkah penjagaan seperti MASKULIN kongsi di bawah.

POTONG RAMBUT SELALU

Jika was-was, mula-mula sekali anda boleh pergi ke salun atau jumpa pendandan rambut profesional. Dapatkan pendapat dan minta mereka periksa rambut anda. Paling penting anda harus potong rambut yang rosak dengan nasihat pendandan. Melakukan potongan rambut yang rosak boleh menghindarkan ia merebak ke kawasan lain.

PRODUK KHUSUS RAMBUT ROSAK

Selepas mendapat tahu rambut rosak, ada juga harus terima kenyataan bahawa perlu melakukan proses memulihkannya dengan baik. Jadi langkah seterusnya menggunakan produk rambut khusus yang dicipta untuk rambut rosak dan membantu memulihkannya. Pilih produk yang mengandungi bahan dapat menguatkan, seperti keratin.

IKLAN
Memulihkan Rambut Rosak Dengan Langkah Penjagaan Ringkas Ini
Foto: prostooleh – www.freepik.com

GUNAKAN MINYAK RAWATAN

Jangan takut untuk menggunaka minyak semula jadi untuk memulihkan rambut rosak. Antara minyak semula jadi boleh digunakan ialah minyak argan, minyak makadamia dan minyak badam.. Ini merupakan sejenis minyak ringan yang mampu menghidratkan rambut rosak tanpa menjadikannya berat dan berminyak.

BELILAH KRIM RAWATAN

Menggunakan krim rawatan rambut juga mampu mempercepatkan proses memulihkan rambut. Krim rawatan ini juga harus dipilih berdasarkan kandungan yang mampu membantu proses pemulihan. Sesetengah krim mampu menjadikan rambut lebih baik dalam hanya 3 minit selepas digunakan.

IKLAN

PERLINDUNGAN DARI HABA

Kalau boleh elakkan daripada menggunakan mesin pengering rambut. Disebabkan menggunakan haba panas. ia mampu menjadi punca utama rambut anda berdepan kerosakan.

Semoga perkongsian ini mampu meningkatkan atau memulihkan rambut anda. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN bagi mengikuti seleksi video menarik tentang lelaki.

https://www.youtube.com/watch?v=FOqtUg4Dlt0&t=12s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI