Memilih Tali Leher & Ikatan Sesuai Agar Padan Dengan Pakaian

Share

Percaya atau tidak masih ramai lelaki yang masih tidak tahu mengikat tali leher. Lebih mengharukan apabila ramai juga yang tidak tahu memilih tali leher yang sesuai.

Tali leher terdapat pelbagai jenis dan bentuk. Malah kini ia juga banyak dihasilkan untuk pelbagai tujuan acara sama ada formal atau santai. Malah ada juga tali leher yang dihasilkan untuk gaya kasual.

Jadi apa yang paling penting adalah anda mengetahui bagaimana memilih dan mengikat tali leher dengan betul. Rasanya tidak sesuai untuk lelaki yang sudah dewasa menggayakan tali leher menggunakan klip atau pencangkuk seperti kanak-kanak sekolah rendah.

Terdapat beberapa faktor penting dalam memilih tali leher yang sesuai. Ikuti perkongsian MASKULIN kali ini di bawah.

Ukuran Panjang

Panjang tali leher seharusnya mencecah kepala tali pinggang. Atas dari tali pinggang atau panjang melebihi tali pinggang akan terlihat canggung dan kelakar.

Saiz Tali Leher

Terdapat tiga saiz berbeza tali leher yang perlu anda tahu. Pertama adalah saiz standard yang berukurun 3.75 hingga 4 inci. Tali leher jenis ini sesuai dipakai oleh lelaki plus size atau mereka yang mempunyai badan yang lebar.

Foto: drobotdean – www.freepik.com

Yang kedua pula tali leher dari jenis narrow. Tali leher jenis ini biasanya berukuran antara 2.75 hingga 3 inci. Saiz ini agak istimewa kerana boleh dipakai oleh mereka yang mempunyai saiz badan yang besar, sederhana atau kecil. Lebih-lebih lagi jika yang berbadan besar mengenakan suit.

Dan yang ketiga pula ialah skinny. Dengan ukuran antara 1.75 hingga 2 inci, tali leher ini bukanlah tali leher formal dan tidak sesuai dipakai untuk urusan rasmi atau ke pejabat.

Ia biasanya dipakai untuk majlis tak formal atau pasti. Dan biasanya digayakan dengan seluar jenas. Tentunya tali leher skinny sesuai untuk mereka yang berbadan sangat kurus.

Jenis Ikatan

Tahukah anda terdapat puluhan jenis ikatakan tali lahir yang wujud di dunia ini. Ada yang lebih ringkas dan tidak kurang juga yang lebih rumit.

Namun dalam dunia peragaan dan tata hias standard terdapat dua jenis ikatan tali leher yang cukup sinonim.

1. Dimple

DIMPLE TIE KNOT

Tali leher biasanya digayakan dengan jenis ikatan dimple. Ia merujuk kepada alur tali leher di bahagian atas yang berlekuk. Dimple ini menunjukkan gaya seorang lelaki yang mementingkan kekemasan dan ketelitian.

2. Tie bar

TIE KNOT

Antara jenis ikatan lain yang juga popular ialah tie bar atau tie tack. Tie bar merupakan kepingan besi yang dipakai melintang dan dikepitkan pada bahagian placket baju.

Tie tack pula pin yang dikenakan pada tali leher dan disematkan sekali dengan bahagian baju. Kedua-dua aksesori ini adalah untuk memastikan kekemasan tali leher yang dipakai.

Ikuti video-video gaya hidup lelaki menarik di channel YouTube MASKULIN seperti di bawah. Jangan lupa subscribe!

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim